|
SATE AYAM/LEMBU
Bahan-bahan sate:
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan yg perlu dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai
Cara membuatnya:
Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.
Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila sate dibakar.
Kuah Kacang
Bahan-bahan:
minyak untuk menumis
air secukupnya
1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa
2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa
garam secukupnya
250 ml santan pekat
500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
2 batang serai diketuk
15 biji bawang merah }
20-30 tangkai cili kering }
2 cm lengkuas } dikisar halus
2 ulas bawang putih }
2 biji buah keras }
Cara membuat kuah kacang:
Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam.
Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.
Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi.
Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air
|
|