CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Al-Mansur

[Copy link]
Post time 1-6-2010 04:19 PM | Show all posts
Keturunan Raja Jembal? Ada kaitan ke dengan Pantai Tok Jembal di Kuala Terengganu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2010 02:39 PM | Show all posts
raja jembal pun beli dengan kerabat kelantan juga
budak minta sedekah@derma sebenarnya anak2 anggota jemaah al mansor sendiri.. rugi zaman kanak2 tak dapat merasa masa untuk belajar dan bermain... kesian!.. kebodohan pengikut yang tersihir dan diikat dengan sumpah setia laknat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2010 04:14 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Siapa tau pasal Al-Mansur ni.  Tiap hari ada aje bebudak jual barang-barang Al-M ...
ibnur Post at 19-8-2005 22:03



    salam. pernah beli beberapa kali beli kalendar takwim al mansor ni . kadang2 budak2 jual, kadang2 org dewasa jual, rm 10. aku beli jer dengan niat membantu sesama islam apa salahnya. setakat rm10 jer pun, aku dapat kalendar islam lagi. pernah juga budak2 ni jual ubat balm tuh. aku beli juga, dengan niat derma kat budak tuh, kesian dia. entah makan ke tidak. kalau semua ini penipuan pun aku redha sahaja, itu dia dengan tuhan. niat aku untuk derma dan tolong sesama islam, itu sahaja. pernah juga nak fikir camni, tapi aku cepat2 padam semula, niat kan ihlas sahaja lagi pun rm1o jerk . kalau banyak ratus2 tuh mungkin lain pula caranya kan.

aku pun tak periksa sangat siapa al mansor nih?
kenapa ada ura2 dia ni tak betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:33 PM | Show all posts
Fatwa Mengenai Pengharaman Ajaran Azhar Bin Wahab ( Pengasas Al-Mansur Holding Sdn Bhd )                                                                                                                                                                                                                                                                  

      Keputusan:


                                    
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 36 dan 39 Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bil.4 tahun 1994, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama' yang bersidang pada 16 Jamadil Awal 1425H bersamaan 4hb. Julai 2004M dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan membuat fatwa yang berikut :

1)  Ajaran Azhar Bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada
    ajaran Islam yang sebenar, dan;

2 ) Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar Bin Wahab dianggap
    menyalahi hukum syara' dan wajib bertaubat.
        
        

      Keterangan/Hujah:


                                    

1 ) Dari Segi Akidah


1.1 Tadhir Arwah;


    Azhar mengamalkan konsep ini dengan mendakwa beliau didampingi pak sheikh dan rohnya bersama wali Songo;

    Ulasan:  
    Mengikut Sheikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya"rawi dalam kitabnya 'Fatawa' muka surat 230-231 bermaksud;
    Konsep 'Tadhir Arwah' adalah diharamkan oleh syara'. Sheikh Mutawalli Sya'rawi ketika ditanya mengenai Tadhir Arwah
    dan berubat dengan menggunakan roh, beliau berkata :


    " Apakah yang boleh memberitahu kepada mereka bahawa yang hadir itu adalah roh?. Adakah mereka mengenali roh sehingga
    apabila ia datang , mereka boleh berkata inilah roh yang kami kenal. Yang mungkin mereka kata ialah; sesungguhnya mereka
    menghadirkan kekuatan yang tersembunyi tetapi bukan roh. Itu  semua tidak dapat diterima, dan orang yang berkata sesungguhnya ia menghadirkan roh mengikut Quran, maka orang itu adalah pembohong dan penipu...yang mereka hadirkan itu adalah jin.

1.2 Aurad Muhammadiah


    Azhar bin Wahab juga mengaku mengamalkan aurad Muhammadiah dan mendakwa sebagai lakonan dengan tujuan menarik bekas pengikut-pengikut Al-Arqam. Oleh itu sama ada ia bermaksud sebagai lakonan namun uanya tetap tidak dibolehkan syara'.

    Ulasan:
    Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang diadakan pada 5 Ogos 1994 ,
    telah mengharamkan Aurad Muhammadiah yang diamalkan oleh Al-Arqam . Pada masa yang sama turut diwartakan juga oleh     
    seluruh negeri-negeri .

1.3 Menggunakan Tawassul


    Azhar bin Wahab telah mengangkat dirinya sendiri sebagai seorang yang hebat, seolah-olah dia tergolong sebagai wali dan
    orang-orang soleh . Oleh itu beliau meminta supaya pengikutnya menggunakan dirinya sebagai Tawassul kepada Allah . Banyak     
    bukti yang mendapati bahawa beliau sendiri sering melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syara'; seperti
    meninggalkan sembahyang Jumaat, memakai seluar pendek,berbohong kepada pengikut serta mendakwa perkara yang bukan-bukan dan bertentangan dengan syara'.


    Ulasan:
    Bertawassul dengan zat atau peribadi seseorang samada Rasul, Nabi atau Wali, adalah diantara cara bertawassul yang tidak
    pernah diperintahkan oleh Allah atau pun disampaikan oleh Rasulnya . Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam Surah Az-Zumar, ayat 3 bermaksud :

    " Ingatlah ( hak yang wajib dipersembahkan ) kepada Allah ialahsegala ibadat dan bauan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pemimpin dan penolong (sambil berkata):
"Kami tidakmenyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.
    Sesungguhnya Allah akan menghukum diantara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik ) tentang apa yang
    mereka berselisihan padanya.  Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta ( mengatakan yang bukan-bukan ), lagi sentiasa kufur ( dengan melakukan syirik )".

1.3 Berbai'ah


i-  Setiap ahli baru dikehendaki berbai'ah terlebih dahulu dan tempatnya tidak ditentukan . Mungkin dirumah, dipejabat atau
    dimana-mana sahaja yang dirasakan sesuai . Bai'ah pula tidak terikat kepada kaedah tertentu .

ii- Jika seorang atau dua ahli, cara memegang tangan akan digunakan sekiranya ramai , kain akan digunakan untuk melindungi mereka  dengan tujuan dapat dipegang oleh semua , seolah-olah dalam bulatan. Upacara ini diketuai samada oleh Hj.Illias atau Ustaz Hanapi dengan diperhatikan oleh Azhar bin Wahab .

iii-Semasa berbai'ah para ahli akan diminta melafazkan ayat-ayat berikut iaitu ; 'Saya (....nama....) dengan ini mengaku akan
    memberi taat setia kepada jamaah dibawah pimpinan Sayyidi Sheikh Syed Muhammad Amin Al Mansur Al Hallaj, Nabi Khidir dan
    berjanji akan taat setia tidak berbelah bagi............'

iv- Majlis berbai'ah yang diadakan akan diketuai oleh Ustaz Hanapi atau Hj Illias yang dilantik sebagai ketua majlis dengan  memegang sebilah keris kecil. Antara bacaan yang perlu dibaca ialah ;

    a. Al Fatihah
    b. Membaca ;   لقد جاءكم..... الي اخر - Surah At-Taubah Ayat 128
    c. Membaca ; لا اله الا انت سبحنك اني كنت من الظالمين
    d. Selawat keatas Nabi
    e. Membaca ; سبحن الله والحمد لله ولا اله الا الله والله اكبر
    f. Membaca ; استغفر الله العظيمsebanyak 3kali


  v-Keris kecil 4 inci akan digunakan dalam pengijazahan. Disamping itu,ahli diminta memakan ais sebanyak sekilo seorang dan
    diminta berjanji membuat penyerahan nyawa secara total , harta dan apa sahaja yang ada kepada Azhar bin Wahab.

    Ulasan:
    Sikap taksub kepada guru adalah salah satu dari gejala melampau. Sikap melampau adalah bertentangan dengan sikap adil dan
    sederhana yang dituntut dalam Islam seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 143 bermaksud;


    "Dan demikianlah (sebagaimana telah kami memimpin kamu ke jalan yang lurus),kami jadikan kamu ( wahai umat Muhammad ) satu
    umat yang pilihan lagi adil , supaya kamu layak menjadi orang  yang memberi keterangan kepada umat manusia(tentang yang benar dan yang salah),dan Rasulullah( Muhammad )pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu."
    Disamping itu sikap taksub kepada guru ini juga mengundang bahaya kerana seolah-olah menjadikan diri guru sebagai Nabi
    yang maksum dan perkataannya seperti firman yang diturunkan  yang menyebabkan guru dianggap benar dalam apa hal
    sekalipun.Hal ini sama dengan apa yang berlaku dalam Al-Arqam . Telah ijtimak ulama' salaf dan khalaf bahawa semua orang boleh diambil dan ditinggal pendapatnya melainkan Nabi.

1.5 Khurafat


    Beberapa amalan dalam ajaran Azhar bin Wahab adalah mengandungi unsur-unsur bid'ah dan khurafat seperti menangis
    dihadapan ahli-ahli dan kakitangan kerana mendakwa nampak dan tahu kesalahan agama yang pernah dibuat oleh mereka , mengaitkan memakan ais  sebagai syarat karamah , dan menggunakan keris untuk mengubat dan mempercayai keris tersebut ada penunggu.

    Ulasan:
    Khurafat adalah cerita sama ada rekaan atau khayalan dan sebagai-nya yang menyimpang dari ajaran Islam.Islam sangat  menitikberatkan soal akidah dan syariat . segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan sumber yang asal seperti Al-
    Quran ,Hadis,Ijmak dan Qias adalah ditolak oleh Islam . Dalam Islam , kepercayaankepada benda-benda khurafat ini adalah
    syirik dan boleh merosakkan akidah umatnya. Alam ghaib hanya Allah sahaja yang tahu dan tindakan sedemikian seolah-olah
    menyaingi kuasa Allah dan ia bertentangan sama sekali dengan akidah Islam . Berdasarkan buku' Fatawa al Akidah ' oleh Sheih
    Muhammad bin Saleh bin Uthaimin, halaman 375 menyatakan ;

    "sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib sesungg-uhnya dia telah kufur kerana mendustakan Allah Taala . Allah
    memerintahkan Nabi Muhammad memberitahu bahawa baginda tidak tahu perkara-perkara ghaib melainkan Allah . Sesiapa yang
    mendakwa mengetahui perkara ghaib sesungguhnya dia telah mendustakan Allah Taala.

(bersambung...)
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2010 03:34 PM | Show all posts
(sambungan...)


2 ) Dari Segi Syariat


2.1 Dam

Dam hanyalah berlaku semasa mengerjakan haji sahaja . Ini seolah-olah telah mereka-reka syariat baru iaitu membayar dam disebabkan satu kesalahan .


2.2 Solat Jamak

Solat Jamak hanya boleh dilakukan dalam keadaan tertentu sahaja seperti musafir dengan niat ibadat. Ianya merupakan
rukhsah khusus dalam keadaan tertentu sahaja. Amalan Solat Jamak secara berterusan ini adalah merupakan amalan orang-
orang Syiah.


3 ) Dari Segi Akhlak


3.1 Memberi Barakah dan Syafa'at

Barakah hanya boleh diberi oleh Allah S.W.T sahaja , bukan manusia . Azhar menunjukkan ia membesarkan dirinya dan
mengagungkannya hingga ke tahap dia boleh memberi berkat. Ini bertentangan dengan roh Islam , sedangkan sahabat dan ulama'
terdahulu,tidak pernah mendakwa sedemikian. Firman Allah S.W.T dalam Suran Al-Baqarah ayat 255 bermaksud ;


" Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)melainkan Dia, yang tetap hidup , yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhluknya) yang tidak mengantuk usahkan tidur , yang memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi . Siapakah yang
memiliki segala yang ada dilangit dan yang ada dibumi.Siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izin Nya? Allah
mengetahui apa-apa dibelakang mereka.Dan mereka tidak  mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.Kursi Allah meliputi langit dan bumi . Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya , dan Allah Maha Tinggi lagi Maha  Besar."


3.2 Bersumpah dengan Al-Quran

Semasa bertemu dengan Yang Berbahagia Datuk Ketua Pengarah  JAKIM,Azhar bin Wahab telah bersumpah dengan nama Allah sambil memegang Al-Quran walaupun tidak diminta berbuat demikian. Lazimnya bersumpah sebelum diminta seolah-olah menunjukkan bahawa dia merasakan dirinya tidak boleh dipercayai lalu berbuat demikian. Bersumpah dengan memegang atau mengangkat Al-Quran adalah bid'ah dan perlu dijauhi atau diperbetulkan. Lagipun dalam kes 'Li'an' sahaja boleh berbuat demikian . Ini seolah-olah mempermainkan Al-Quran.


4 ) Penutup

Berdasarkan kepada hasil penyelidikan serta pengakuan bekas  ahli-ahli AlMansur yang ditemui serta hasil pertemuan dengan
peneraju utama kumpulan berkenaan , maka kedudukan Ajaran  Azhar bin Wahab adalah bercanggah dengan akidah dan syariah
Islamiah.


Status Penwartaan:
Diwartakan

Negeri:
Kelantan


Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... sur-holding-sdn-bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.067144 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list