CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rizayati

ANEKA RESEPI NASI AYAM

[Copy link]
Post time 4-4-2013 12:33 PM | Show all posts
DianaA posted on 21-2-2006 01:20 PM
Psstttt Teja, Kak D tak makan kaki ayam... itu lauk untuk bonda dan nenekda :cak:.... Kak D tak  ...

boleh minta? hahaha ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 12:56 PM | Show all posts
last weekend 2 hari dok bantai buat nasi ayam ipoh.1st time buat nasi ayam ni terus t'pikat n smpai la klu nak buat nasi ayam....akan buat nasi ayam ipoh ni.resepi ni kwn saya yg bagi...tu pun lps dia try n error buat sbb dia org ipoh so bila pi mkn nasi ayam ipoh kat sana....mmg dia akn cuba perhatikan (dgn merasa) bahan apa yg digunakan utk masak nasi ayam tu

NASI AYAM IPOH (resepi by quinnie)

*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya

*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

*BAHAN TAMBAHAN*
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
utk sos kicap tu..letak 2 sudu besar sos tiram..saya tertinggal bahan ni rupanya...sorry pada semua yg dah mencuba resepi ni...saya tak perasan...boleh tambah kicap pekat jika ada...

CARA-CARA

- mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.

- selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

- penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

- cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.

- cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.

- cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.

- selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. Last edited by Ayu61279 on 4-4-2013 01:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 01:12 PM | Show all posts
klu buat hainan style guna resepi nasi ayam ipoh pun leh gak cuma beza tang pennyediaan ayam & penambahan sayur jela.
ni resepi utk ayam n sayur taugeh bagi NASI AYAM IPOH HAINAN (resepi nasi dll boleh refer kat NASI AYAM IPOH)


*BAHAN AYAM*(utk 1 org punya makan)
3 ketul ayam
2-3 titik minyak bijan
1-2 titik kicap cair
1 sudu besar sup

*BAHAN TAUGEH* (1 org punya hidangan)
semangkok kecil taugeh
1 sudu besar sup
2-3 titik minyak bijan
2 titik kicap cair

* semasa menyediakan air rebusan ayam.....ayam dimasukkan selepas air betul2 mendidih dan masak utk 20min atau pastikan ayam betul2 masak (tak pun cucuk2 daging ayam tu utk tgk dah msk ke x) memandangkan ayam ni tidak akn dibakar/digoreng lagi selepas itu

cara penyediaan ayam, ambil 3 ketul ayam yg telah masak dan telah di toskan tadi. kemudian...potong siap2 ayam tu biar mudah waktu makan nanti.... masukkan kedalam satu mangkok..kemudian masukkan minyak bijan...kicap cair dan sup...kacau2 rata...kemudian boleh la hidangkan kedalam piring kecik

cara penyediaan taugeh....masak sedikit air didalam periuk...biarkan air didih....lepas didih je air..terus tutup api..masukkan taugeh..dan terus je tos...takyah lama2 proses celor nanti taugeh layu....masukkan taugeh kedalam mangkok...lepas tu masukkan kicap...air sup dan minyak bijan...kacau rata...lepas tu letakkan kedalam piring dan hias dgn daun sup dan bawang diatas taugeh tu tadi. Last edited by Ayu61279 on 4-4-2013 01:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 08:00 PM | Show all posts



Ni Nasi Ayam Salad saya..eheh..versi ni lain sikit dari nasi ayam biasa .. nanti sy bg resepi
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2015 04:27 PM | Show all posts
ni aku punya cara yg simple.

rebus ayam dgn lemak2nye sekali. gunakan bahagian selain dada utk lebih flavour. lemak yg paling penting utk flavor.

tumis bawang putih dgn butter dan sedikit minyak sehingga hilang bau pahit garlic tu . tumiskan sekejap beras yg sudah siap dibasuh utk lebih wangi.

masukkan dlm rice cooker berserta stok ayam tadi(xpayah pakai kiub) dan garam secukupnya. ketuk halia banyak2 dan campak dlm rice cooker.

dan masak. pastu tadaaaaaaaa. makan je le. gerenti lebih sedap drpd nasi ayam pasar malam yg rasa xmcm nasi ayam

ayam dan sos sukatile nak wat camne. garnish pon ikut sukati le.

so there is no recipe here just method. kuantiti bawang dan garlic adjust le ikut kuantiti beras.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca resipi ni jd lapar pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2015 09:41 AM | Show all posts
for beginner like me...i masak nasi ayam guna resepi blogger fillanie..alhamdulilah menjadi n sedap

NASI

3 pot beras
lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin

(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

- i tambahkan daun pandan kasi wangi

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.224924 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list