|
Gerun je baca pasal pnemonia ni.Semalam baby saya muntah. Banyak lak tuh. Pas tu dia senyap je. Senyum pun tak mau. Takut dibuatnya. Nasib pagi dah cam biasa dah. Tak demam apa... phooh, tu baru sikit je dah gabra. Ni kalau demam lama mesti lagi le risau dibuatnya.
Anak sedara saya cam tu jugak lagi, tak hilang lg demam ngan batuk. Dah suruh mak dia gi specialist dah. Alang2 asyik gi jumpa doktor klinik biasa banyak kali, mahal jugak kalau dihitung. Baik gi specialist terus.
Pnemonia ni disebabkan apa ya? dia cam lelah jugak ke? demam ngan batuk lama ni boleh ke disebabkan tidur dalam aircond ke? Lagi kalau mandi air sejuk camana pulak? ada org yg mandi kan anak umur setahun je mandi terus air paip tak panaskan ke atau guna heater. Mandi lambat cam malam pulak camana? |
|
|
|
|
|
|
|
Tentang PNEUMONIA.
Mangsa pnemonia sukar bernafas
SUDAH tiga hari Khairy Sabran, 5, mengalami demam dan batuk. Ibunya, Kamariah Hassan memberi Khairy ubat demam dan lebihan ubat batuk yang disimpan di dalam peti sejuk untuk mengurangkan ketidakselesaan anak kecil itu.
Berkali-kali ubat diberi, tetapi keadaan Khairy tetap tidak berubah. Badannya masih panas dan batuknya makin menjadi-jadi.
Malah, Khairy hilang selera makan dan badannya menunjukkan suhu setinggi 39.5º Celsius, walaupun diberikan ubat demam. Ibunya terus melakukan tuam (tepid sponging) menggunakan air suam kerana Khairy ada sejarah sawan demam sejak berusia satu tahun. Selepas dituam, suhu badan Khairy turun ke 38º Celsius.
Risau melihat keadaan anak semakin lemah, ibu membawanya berjumpa doktor yang merawat Khairy sejak kecil.
Doktor mendapati nafas Khairy laju dan selepas pemeriksaan dilakukan, Kamariah diberitahu Khairy mendapat jangkitan kuman paru-paru (pneumonia).
Pemeriksaan X-ray dada dilakukan dan terbukti menunjukkan tompok putih di kedua-dua bahagian paru-paru. Ini menunjukkan tanda jangkitan. Selain pemeriksaan sinar-x dada, doktor melakukan ujian darah.
Akibatnya, Khairy dimasukkan ke wad untuk rawatan susulan. Selepas diberi rawatan antibiotik dan cecair intravena, keadaan Khairy semakin pulih. Batuk dan demamnya semakin berkurangan.
Khairy kembali aktif seperti biasa. Kamariah yang mulanya berasa cemas berasa lega melihat Khairy beransur sembuh. Apatah lagi, kali ini Khairy tidak mendapat sawan demam seperti yang biasa terjadi setiap kali dia diserang demam panas.
Senario di atas antara kisah yang boleh terjadi kepada kanak-kanak yang mengalami masalah jangkitan kuman paru-paru. Di sini akan diberi penjelasan ringkas mengenai jangkitan kuman paru-paru atau jangkitan pneumonia.
Jangkitan kuman pneumonia atau kuman paru-paru (juga dikenali sebagai paru-paru berair) antara jangkitan kuman yang boleh terjadi kepada kanak-kanak sejak bayi lagi.
Ia terjadi apabila jangkitan kuman (sama ada virus, bakteria, mycoplasma atau kulat) yang menjangkiti saluran pernafasan atas merebak ke saluran pernafasan bawah.
Dari sini, kuman merebak dan menjangkiti bahagian alveoli paru-paru (bahagian gelembung udara di paru-paru, di mana berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida).
Ia juga boleh berlaku melalui jangkitan kuman di dalam darah yang merebak ke saluran darah di paru-paru dan juga boleh berlaku sebagai komplikasi selepas dijangkiti demam campak atau cacar air.
Apabila berlaku jangkitan di bahagian saluran pernafasan bawah paru-paru badan dan alveoli, sistem imun badan kita akan bertindak mempertahankan badan daripada serangan jangkitan ini. Hasil kesan ini disebut respon inflamasi.
Antara respon inflamasi adalah penghasilan cecair dan lendir dan seterusnya kawasan alveoli (gelembung udara paru-paru) yang dijangkiti akan dipenuhi cecair (yang memberikan gambaran tompok putih di dalam X-ray dada).
Kesan daripada jangkitan ini juga boleh mengganggu pertukaran gas karbon dioksida yang perlu disingkirkan dari badan untuk digantikan dengan gas oksigen yang penting untuk metabolisma sel badan.
Anak anda juga boleh menjadi kebiruan, terutama di sekeliling bibir, jika alveoli (gelembung udara) dijangkiti ini membabitkan sebahagian besar paru-paru.
Antara tanda menunjukkan anak anda mengalami jangkitan kuman pneumonia adalah batuk, demam panas dan perubahan pada rentak pernafasan, di mana anak anda mungkin didapati bernafas laju (terjadi kerana gerak balas semula jadi sistem badan anak anda untuk membantu pertukaran gas).
Selera anak anda mungkin berkurangan dan kadangkala mengadu sakit di dada atau perut. Jika jangkitan kuman pneumonia teruk, mungkin anak anda mengalami kebiruan di sekeliling bibir dan lidah.
Melalui pemeriksaan doktor, masalah jangkitan pneumonia dapat dikenal pasti. Pemeriksaan lengkap, termasuk bahagian tekak, telinga dan dada, akan dilakukan. Pemeriksaan ketepuan oksigen dilakukan jika didapati anak anda mempunyai kebiruan di sekeliling bibir.
Ujian darah dan sinar-x dada akan dilakukan untuk memastikan lagi masalah anak anda.
Antara rawatan diberikan untuk jangkitan kuman paru-paru adalah rawatan antibiotik. Jika anak anda lemah dan tiada selera, rawatan cecair intravena akan diberikan. Rawatan oksigen akan diberikan jika anak anda didapati kebiruan dan ujian ketepuan oksigen rendah (kurang 95 peratus).
Jika anak anda mengalami penyempitan saluran pernafasan dan didapati nafas berbunyi apabila dijangkiti pneumonia, rawatan gas ventolin melalui alat nebulizer akan diberikan untuk mengurangkan penyempitan saluran pernafasan itu.
Ada kes jangkitan pneumonia teruk menyebabkan pesakit terpaksa memerlukan alat bantuan pernafasan. Oleh itu, untuk mengelakkan komplikasi ini terjadi, rawatan awal adalah perlu.
Rawatan lain yang mungkin diberikan jika anak anda mengalami jangkitan pneumonia adalah fisioterapi pada bahagian dada yang dilakukan untuk memudahkan anak anda mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasannya.
Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencegah jangkitan pneumonia adalah mementingkan kebersihan dan memastikan persekitaran sihat.
Pastikan imunisasi wajib semasa dua, tiga, lima, 12 dan 18 bulan tidak diabaikan.
Batuk kokol, jangkitan Haemophilus Influenzae B dan Measles antara penyebab jangkitan pneumonia. Juga imunisasi tambahan seperti Influenza (Flu) dan Pneumococcal mungkin diperlukan untuk kanak-kanak tertentu.
Prognosis kepada pesakit jangkitan pneumonia pada keseluruhannya adalah baik, di mana majoriti sembuh dengan rawatan diberikan.
Namun, ada pesakit mengalami kompkikasi setelah dijangkiti pneumonia.
Antara komplikasi jangkitan kuman pneumonia adalah masalah abscess pada paru-paru, kegagalan sistem pernafasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan, kematian dan sebagainya yang terjadi, terutama jika tidak mendapat rawatan awal.
Jika anak anda mengalami tanda jangkitan pneumonia dan anda risau kesihatannya, dapatkan rawatan sewajarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
ler... lin igt zulaikha yg demam, anak sedara rupanya..ni kes baca tak habis la nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KakFie at 25-4-2006 12:02 PM
Za,
Kalau rasa dia banyak kahak, in the mean time, cuba tiarapkan anak, tinggikan bahagian dada (dengan 2 bantal) dari kepala. Lepas tu tepuk-tepuk belakang dia banyak kali. Untuk bagi lose ...
betul..anak kakak sabb pon specialist wat cam tu dulu sblm dia sedut kahak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 KakFie's post
my son punyer exp lebih mcm nih ler dulu...memula kasik nebulizer every 3hours..pehtu that nurse ckp kalo dia tido lena tak yah..bu tetiba tgh2 mlm mcm dia grasping to breath lak..rupernyer dmm dia melampau tingi (39C) but menggigil n dada dia congested..apo lg..pastu nebulize every 2 hours...maknyer jdk mamai jek...
erm..penah dgr tak public pools like kat klcc got the germs which caused pneumonia to young children?sbb dulu my collegue's son kena pneumonia gak...then dr ckp sebelum nih pun ada kes bdk yg kena gitu after went a public pools... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 26-4-2006 11:46 AM
my son punyer exp lebih mcm nih ler dulu...memula kasik nebulizer every 3hours..pehtu that nurse ckp kalo dia tido lena tak yah..bu tetiba tgh2 mlm mcm dia grasping to breath lak..rupernyer dmm dia ...
I see...
Itula...ramai sangat, tengok babies/toddlers berendam dengan pampers segala...macam-macam orang dari pelbagai background...so tak boleh nak salahkan sesiapa... |
|
|
|
|
|
|
|
Demam: Jangan sampai diserang sawan
Oleh: TAJAIYAH IHSAN
DEMAM sememangnya merisaukan ibu bapa. Walau dianggap biasa, ia tidak boleh dipandang ringan apa lagi di kalangan kanak-kanak bawah enam tahun.
Sekiranya anak-anak mengalami demam yang berlarutan lebih tiga hari, mereka perlulah dibawa berjumpa doktor.
Begitu juga kalau suhu badannya terlalu tinggi, si anak boleh diserang sawan dan memudaratkan. Dalam sesetengah kes, demam juga memberikan isyarat bahawa ia tidak semestinya demam biasa, malah lebih dari itu.
Sebagai ibu bapa yang baru beranak kecil dan kurang pengalaman, tentunya akan berasa panik apabila demam anak tidak reda ataupun mereka meracau-racau di dalam tidurnya.
Pakar Kanak-kanak, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Roliza Ibrahim memberi butiran lebih lanjut mengenai demam dan demam panas.
揂pa yang jelas, demam juga merupakan simptom bagi pelbagai penyakit lain dan bukan sekadar demam biasa, |
|
|
|
|
|
|
| |
|