CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antiQue

ANEKA RESEPI BERASASKAN IKAN BILIS

[Copy link]
Post time 20-8-2010 03:51 PM | Show all posts
xde resipi serunding ikan bilis ek kat sini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2013 03:00 PM | Show all posts


Suami saya sangat suka makan nasi dengan sambal ikan bilis yang saya buat, kadang-kadang ulang setiap hari pun tak pe, kat sini saya kongsikan resipi sambal ikan bilis yang biasa saya sediakan dengan rakan-rakan semua, makan dgn nasi lemak mmg terangkat habis, huhuhu...

DI KONGSI OLEH :FORTIORI13



2 senduk cili giling/kisar
2 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah kecil
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 mangkuk ikan bilis (saiz sederhana)
sedikit belacan (dibakar)
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Ikan bilis direndam dan dibasuh bersih. Asingkan kpd dua bahagian.
2. Tumbuk sebahagian ikan bilis, bawang merah kecil, bawang putih dan halia hingga lumat, ketepikan.
3. Goreng baki ikan bilis hingga separuh garing, angkat dan toskan.
4.  Tumis bahan yang tumbuk dan juga bawang besar hiris sehingga kekuningan kemudian masukkan cili geling bersama dengan belacan, kacau hingga garing.
5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam dan kacau hingga pekat dan naik minyak.
Sedia untuk dimakan, selamat mencuba!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2013 03:03 PM | Show all posts

RESIPI DIKONGSI OLEH :  cmf_jeangrey's


My Sambal Ikan Bilis Kering

500 gm ikan bilis putih - i beli siap pek kt giant
1 labu bawang besar - dihiris halus
5 senduk blended cili kering - gunting 2, pastu gunting pendek2, rebus dan blend
garam secukup rasa
minyak yg boleh cover cili tu dlm kuali

Mula2, goreng ikan bilis tu dulu sampai garing. Ketepikan.
Baki minyak tu kalau keruh buang separuh dan tambahkan minyak yg baru utk goreng cili pulak.
Bila minyak panas, masukkan cili dan bawang tadi.
Goreng dgn api sederhana. Masa ni ambik masa lama sikit nk garingkan dia sbb cili tu berair.
Bila minyak dah timbul, kecikkan api, sentiasa kacau sambil bersabar dan kecikkan api supaya tak hangus.
Bila warna merah cili tu bertukar gelap sikit demi sikit, maksudnya cili dah nak garing.
Masukkan ikan bilis dan baru masukkan garam sikit2 ikut rasa. Pastu tutup api.
Kalau belen minyak tu byk, boleh recycle utk goreng telur dadar ke sbb minyak tu sedap.

Boleh disimpan berbulan dalam peti ais.
Sgt on the go.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 11:11 AM | Show all posts
di kongsi oleh : CHEKTI


Teringat masa kecik2 dulu..resepi ni mula jadi kegilaan aku masa abg icun (pekerja ladang abah) yang perkenalkan..tiap2 hari aku mengadap makanan tu kat umah die...hehehhee best wooo....

Masa kat Universiti aku jadikan sebagai bekalan..almaklumlah nak masak kat asrama susah..last2 aku siap meniaga ikan bilis pedas ni..roomate aku selalu jek pesan..regular customer lah katekan..yg tak minat pedas pun jadi gile sama...

nak tau caranya..mudah aje...10 minit gerenti siap..yang lambatnya nak bersihkan ikan bilis tu jek...

Bahan-Bahanya?

1/2 kilo ikan bilis (segenggam pun boleh)
20-30 Biji cili padi (ditumbuk lumat)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Secubit Ajinomoto

Caranya...

Goreng ikan bilis kc garing...angkat dulu pastu tumis cili dan bawang yang ditumbuk bersama...cing cing cing...berdesing lah ble dapat bau bahan tumis ni..pasti ramai yang bersin nanti...dah garing  bahan tumis masukkan ikan bilis semula, garam dan ajinomoto. tadaaa...siap.

Aku suke masukkan kentang goreng mak aku lah suke tanmbah kicap..pedas2 manis gitu...yg mane2 lah..asal ade bilis ngan cili..makan lak ngan nasi panas2..mak aiii..meleleh..tiap kali balik kampung menu ni takkan miss sbb mak aku tau ni makanan kegemaran aku..tak yag susah2 nak masak menda lain..yg ni pun habis 1pot sekali makan...walllah....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 05:36 PM | Show all posts
Sila pastikan menggunakan ikan bilis mata biru..................
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2013 11:22 AM | Show all posts
IKan Bilis Pedas Giler Best...

Bahan-Bahanya?

1/2 kilo ikan bilis (segenggam pun boleh)
20-30 Biji cili padi (ditumbuk lumat)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Secubit Ajinomoto

Caranya...

Goreng ikan bilis kc garing...angkat dulu pastu tumis cili dan bawang yang ditumbuk bersama...cing cing cing...berdesing lah ble dapat bau bahan tumis ni..pasti ramai yang bersin nanti...dah garing  bahan tumis masukkan ikan bilis semula, garam dan ajinomoto. tadaaa...siap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2015 07:26 AM | Show all posts
sambaklikan bilis best... buat pedas2...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 10:59 AM | Show all posts
ya allah baca resepi kat sini pun dah meleleh air liur aku.
dalam banyak2 resepi ikan bilis, favourite aku is sambal gesek.
goreng ikan bilis, pastu tumbuk dengan cili padi kampung & belacan. pastu perah limau.
oiii makkkk....kalau makan ngan nasi panas, ikan masin tenggiri dan ulam timun, brad pitt lalu belakang pun aku buat tatau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 04:16 PM | Show all posts
Edited by ninnamina at 9-3-2016 04:23 PM

sapa tau resepi sambal ikan bilis godok mcm farahdhiya buat tu? i is terliur.
fd ckp tu sambal godok.
i penah try buat tp x kick, sebab i penah rase yg lg sedap.
ada org penah mtk resepi kat dia, tp x dilayan hahaha



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 2.312478 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list