View: 3329|Reply: 15
|
Sejarah Muslimin dan Muslimat
[Copy link]
|
|
Assalamulaikum
Salam selawat keatas nabi Muhammad dan ahlulbaitnya...
saya disini ingin sangat untuk megetahui sejarah mengenai MM ini, saya pasti ingin sungguh menarik dan ramai yang ingin tahu.
saya harap sesiapa yang tahu akan sejarah MM silalah berkongsi agar dapat dijadikan tambahan info....
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumsalam.
Saya hanya mulakan sejarah forum selepas upgrade sekitar 2001, sebab kita nak bercakap pasal MM kan. Sejarah sebelum upgrade tu tak perlu lah.
Tak banyak sejarah sebenarnya MM ni. Dahulu, hanya ada satu board sahaja yg diwujudkan berkaitan dengan agama, iaitu board Religion. Di sanalah semua forumners dari semua agama berkumpul. Jadi board yang diwujudkan ini lebih berupa inter-religion discussion, terutama antara orang Islam dan Kristian.
Di board Religion, ada juga rakan-rakan Islam yang cuba mengutarakan permasalahan berkaitan Islam untuk meminta pandangan rakan-rakan Islam yang lain, tetapi ianya seringkali diakhiri perbalahan-perbalahan apabila rakan-rakan dari agama lain menjadikan thread-thread sebegitu sebagai alat untuk menghentam Islam. Memandangkan keadaan di board Religion, dan memandangkan orang Islam memerlukan satu medium untuk membincangkan permasalahan agama tanpa gangguan, forumners Muslim membuat permintaan untuk mengadakan satu board khas untuk orang Islam.
Selepas itu lah wujudnya forum MM pada sekitar akhir 2001 (pada asalnya, nama board ini pun lain, tak silap ingatan saya Muslimin dan Muslimah, yang mengandungi kesilapan tatabahasa). Dalam 2-3 bulan kemudian barulah ianya ditukar, selepas complaint kami kemukakan kepada pihak admin. Moderator pertama yang bertugas memantau board ini pada ketika itu adalah amorist (amorist adalah moderator terawal forum ini yg menjadi moderator pada pemilihan batch yang kedua, dulu pemilihan moderator bukan macam sekarang, dulu macam pilihanraya seluruh forum).
Tidak sampai sebulan forum dibuka, board MM ni menjadi seperti board Religion kembali. Mereka dari agama lain masih terus menerus masuk ke board ini dan mengacau thread-thread yang ada. Bidang kuasa moderator yang terhad tidak memungkinkan moderator untuk menghalang perkara ini terjadi, kerana moderator pada ketika itu tidak dibenarkan membuang post kecuali post-post lucah, iklan dsb. Perkara ini memaksa amorist berbincang dengan admin pada ketika itu (masa tu CARI big boss sendiri yang jadi admin), untuk meluaskan bidang kuasa moderator bagi membolehkan halatuju MM diwujudkan tercapai. Selepas itu, barulah board MM ini menjadi board pertama yang mempunyai undang-undang berlainan daripada board lain, dan pengenalan board menjadi " THIS TOPIC IS MODERATED. Any posting which are not relevant to Islam in any way. WILL BE DELETED. ". Moderator juga diberi kebebasan untuk bertindak untuk memastikan perjalanan thread berjalan lancar. Pada ketika itu, hanya main board sahaja yang wujud, sub board belum diwujudkan lagi.
Sekitar akhir 2002, selepas pemilihan moderator batch ketiga dijalankan, amorist meminta saya membantu beliau untuk memantau board ini (sebelumnya, saya adalah moderator board Local Politics). Pada ketika ini, bunga-bunga perbincangan tentang syiah telah ada, tetapi tidak terlalu ketara dan sangat jarang. Pada ketika itu, rakan-rakan syiah tidak membincangkan tentang syiah di board. Namun, selepas banyak thread dibuka menghentam ajaran syiah, seorang dua rakan-rakan syiah mula tampil untuk mempertahankan pegangan. Pada ketika itu, banyak perbincangan yg dijalankan dengan sangat berhemah antara rakan-rakan Syiah dan ASWJ, dan ada beberapa thread yang sangat memberi impak kepada forum kerana sangat informative (sangat sayang, banyak antaranya dah hilang semasa pembersihan, kalau tak kita boleh tengok macam mana mereka berhujjah dulu, sangat berhemah). Ianya selalu berakhir dengan baik.
Namun lama kemudian, perbincangan ASWJ dan Syiah mula menjadi tegang dengan kehadiran banyak nama-nama baru di dalam forum. Banyak pergaduhan berlaku di main board berkaitan pertentangan ASWJ dan Syiah. Pada ketika itu saya menjadi moderator tunggal board ini, kerana ketika itu amorist telah pun dinaik pangkat menjadi Super Moderator (namun amorist banyak memantau board ini, kerana beliau tahu saya tidak mampu melakukannya berseorangan kerana faktor masa).
Selepas perbincangan demi perbincangan, kami mengambil kata putus untuk mewujudkan sub board yang baru, iaitu board ASWJ, Syiah, Wahabi, Mazhab etc. Ini dilakukan demi kebaikan forum. Ada ramai rakan-rakan yang hadir ke board ini belum bersedia untuk melihat perbincangan-perbincangan antara mazhab, dan ramai yang hadir ke forum ini hanya untuk mengetahui tentang basic hukum. Percakaran yg berlaku di main board menjadikan sesetengah forumners keliru dan natijahnya, ramai yang "takut" menjejakkan kaki ke MM. Itulah sebab awal mengapa perbincangan tentang mazhab diasingkan ke sub board, untuk memastikan hanya yang bersedia untuk mengikuti perbincangan tersebut sahaja yang akan ke sana. Sub board ni tak silap saya wujud sekitar awal 2004 kot.. tak ingatlah bila exactly...
Sekitar akhir 2004 kot, saya mengambil keputusan untuk tidak aktif di dalam forum atas beberapa sebab, antaranya faktor kekangan masa dll. Selepas berbincang dengan amorist, amorist menawarkan fluersza untuk memantau board ini. Selepas itu lah fluersza banyak memantau board ini berseorangan, dan kemudiannya dibantu oleh nahzaluz. Saya tidak aktif dalam jangkamasa lebih kurang 1 tahun sehingga akhir 2005 (hanya masuk sekali sekala, kadang2 sebulan sekali), jadi pada ketika itu, perkembangan forum saya tak berapa tahu sangat kecuali apa yang amorist cerita pada saya di luar sahaja. So apa yang berlaku dalam jangkamasa tersebut, fluersza lebih mengetahui Oh lupa, pada ketika itu juga ada satu lagi moderator, Amin Al-Kalam, yang ni tak lama lah.
Apabila saya masuk semula pada akhir 2005, ada fenomena baru dalam forum, iaitu main board telah dibanjiri pula oleh anti hadith / quranist view. Sekali lagi amorist mencadangkan untuk diadakan satu lagi sub board perbincangan al-Qur'an dan Hadith. Ianya kemudian dibincangkan dikalangan moderators, sebelum poll dibuka untuk mendapat pandangan para forumners. Selepas itu wujudlah sub board Al Quran and Hadith Rasulullah s.a.w. . Sub board ni wujud sekitar September 2005.
The recent development, sekitar akhir May, perbincangan dibuat untuk melantik seorang lagi moderator untuk memantau board ini. So akhirnya, saudara ibnur pun dipilih untuk moderate the forum bersama-sama.
Adoii... penatlah saya nak tulis... okeylah... rakan-rakan yang lain tambahlah... ada banyak history yang saya tak include kan sebab ada banyak masa yang saya tidak berada di dalam forum.
Lebih kurang ginilah history nya....
[ Last edited by antiQue at 7-7-2006 11:56 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
fohhh sungguh menariklah sejarahnya banyak kenagan pahit dan manis...
pasti dulu ia sangat menarik.....
alhamdullailah, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara antiQue atas kesudian menerangkan sejarah MM memamg menarik....
boleh saya tanya bila cari forum ini dibuka dan berapa ramai ahlinya pada awal pembukaannya...?????
Harap sesiapa yg tahu bolehlah berikan jawapannya....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Sejarah Muslimin dan Muslimat
Assalamualaikum...
Terima kasih le dengan pertanyaan dan jawapan yang diberi.... saya pun boleh tumpang sekaki...... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah apa yang Antique taipkan tu.... saya mempunyai beberapa kawan yang aktif 'berdebat', berdiskusi bersama dari forum lain dan Cari Forum versi lama... masing2 dah teruk lebam mata dsb nya sejak 1998 lagi sehingga lah terbawa ke Cari Forum sehingga kini... antara nya ada lah Debmey yang dulu nya menggunakan nick SFE dari Singapura. Anti betul dia dengan Melayu dan Islam....
Dulu nak ujudkan bod Religion selepas teruk berbalah di Local Politics pun Admin teragak-agak... pernah sekali bod Religion di block oleh Admin atas alasan tak mahu membangkitkan isu keagamaan, lama jugak sebelum akhirnya dibuka balik.. Amorist dulu pun beberapa kali juga tak bersetuju dengan saya.. kihkihkih... Tak pe, one day kita makan Nasi Padang bersama... my feveret tu... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bro shaikh, board MM ni dibuka sekitar akhir 2001. Berapa ahli yang ada dalam board pada ketika itu, tak ada statistik Maklumlah, sesiapa sahaja boleh melawat forum ni pada ketika itu.
Oh ya, ada tambahan, board ini pernah ditutup. Ini adalah berikutan perbalahan teruk yang berlaku di dalam board Religion, sehingga memaksa semua board berteraskan agama ditutup. Saya tak ingat exactly bila ianya berlaku, dan berapa lama ianya ditutup. Tapi mungkin sekitar tahun 2003/2004, sebab ketika itu, saya masih berseorangan moderate board ini. Tak silap saya, makan bulan juga jangka waktu ianya ditutup. Sebab itulah sekarang, kita perlu sangat berhati-hati supaya tidak terlalu banyak menimbulkan isu yang terlalu sensitif di dalam board ini, kerana jika ianya tidak terkawal nanti, ditakuti sekali lagi board ini ditutup. Kalau dah ditutup nanti, manalah kita nak merempat.
Bro Lax, bab tak bersetuju pendapat dengan amorist tu, kalau nak diikutkan, saya pun sampai hari ni banyak pendapat-pendapat berbeza dengan dia. Biasa lah tu, dia tak simpan dalam hati. Kita share knowledge kan, sama-sama belajar, so ada lah perbezaan di sana-sini. Boleh juga satu hari nanti "ajar" amorist tu makan nasi padang, sebab dia ni nama saja minang, tapi cakap minang pun tak reti, makanan minang pun tak berapa nak kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 8-7-2006 10:52 AM
Betul lah apa yang Antique taipkan tu.... saya mempunyai beberapa kawan yang aktif 'berdebat', berdiskusi bersama dari forum lain dan Cari Forum versi lama... masing2 dah teruk lebam mata dsb nya s ...
kawan tu kira aku ka? atau sekarang kau dah tak nak kawan aku lagi?
untuk pengetahuan shaikh,
saya masih ingat masa saya mula masuk CARI forum dulu tak payah rejister pun boleh post. saya rejister tapi lupa password dan terus saja sebagai guest menggunakan nick ibnu2ahmad. bahaya nick guest ni senang-senang kena hijack sebab tak perlu password. lepas dekat setahun baru saya daftar semula sebagai ibnur.
Masa dulu kita berbahas dalam board local politic di moderate oleh tigress. Jadi semua orang kira masa tu perang besar terutama antara PAS dengan UMNO, keristian dengan Islam, dll, semuanya pasal bergaduh sahaja dalam board Local Politic. Lebih-lebih lagi masa tu tengah panas isu anwar dgn mahathir.
kemudian saya ingat lagi sampai ke satu masa di mana SFE TALK (atau debmey sekarang) post satu thread berkenaan moon god. lalu saya pun post satu thread berkenaan sun worshipper. tetiba selang 2-3 hari lepas tu semua thread keagamaan telah didelete oleh admin disebabkan katanya sudah keterlaluan. jadi ramai komplen lalu dia akur untuk buat board religion. sambungan ceritanya dalam post antique.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
kalau tak silap aku dalam tahun2 2003 - 2004 berlaku perdebatan hebat diantara islam dengan agama2 lain bukan saja di forum ni saja malah dimana2 forum pun. Ketika itu aku terlibat dalam 2 forum berbahasa indonesia. Pertama http://webforum.plasa.com .... saya jadi mod dalam forum islam yang mana ketika itu begitu ramai non muslim datang menyerang.. Aku pening kepala hari2 ada post yang nak kena delete.. Kemudian aku letak jawatan lebih baik jadi forumnner biasa jer leh aku bantai mereka kaw kaw punya heheheee... kedua aku join http://indonesia.faithfreedom.org/ masa tu ustaz Nahzaluz ada kat sini tapi aku tak kenal dia masa tu... dia hanya kat board hindu aku kat merata-rata... Yang ni betul2 tempat berentap antara agama2 tapi tumpuan diberikan untuk serangan terhadap islam.... Bukan calang2 orang mereka ni ada yang belajar dari Al Azhar semata2 nak cari kelemahan islam... Kedua2 forum ni masih wujud tapi dalam suasana yang berbeza.....
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 8-7-2006 03:52 PM
Oh ya, ada tambahan, board ini pernah ditutup. Ini adalah berikutan perbalahan teruk yang berlaku di dalam board Religion, sehingga memaksa semua board berteraskan agama ditutup. Saya tak ingat exactly bila ianya berlaku, dan berapa lama ianya ditutup. Tapi mungkin sekitar tahun 2003/2004, sebab ketika itu, saya masih berseorangan moderate board ini. Tak silap saya, makan bulan juga jangka waktu ianya ditutup. Sebab itulah sekarang, kita perlu sangat berhati-hati supaya tidak terlalu banyak menimbulkan isu yang terlalu sensitif di dalam board ini, kerana jika ianya tidak terkawal nanti, ditakuti sekali lagi board ini ditutup. Kalau dah ditutup nanti, manalah kita nak merempat. ...
Saya kut yang bertanggungjawab masa tu.....saya report JAKIM sebab board Religion memang takda fungsi selain dari membuang masa berbalah berkenaan topik yang berulang-ulang tanpa penghujung. (tapi saya akui saya pun pernah terikut berbalah disana selama beberapa tahun selepas meletak jawatan sebagai moderator board berkenaan)
Nak tambah sikit pasal sejarah cari....dahulu masa tigress jadi moderator, ada sorang lagi moderator iaitu staedler (yang tak penah muncul) pastu baru buat pilihanraya di cari forum untuk lantik moderator2 baru. Moderator2 yang dilantik melalui undian masa tu termasuk saya dan yang masih bertugas cuma tinggal AceHand dan Amorist sahaja sekarang....
[ Last edited by Jukebox at 9-7-2006 05:58 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya ingat beberapa nick yang telah dibanned (saya rasa lepas peristiwa Jukebox tu agaknya la) dan direjister semula dengan beberapa nick lain seperti:
SFE TALK kini Debmey
Truth kini Truth.8
Josh kini 13Friday
Nick-nick yang dahulu aktif berforum dan kini tidak aktif:
salman
Unik_Woman_Warior (atau UWW)
Pikachu (saya rasa ahli syiah yg pertama mengakui sebagai ahli syiah)
sy_edy (nick terakhir dia rider)
BJ
Tok Pin
werner (atau warner saya tak ingat)
dan ada lagi saya tak ingat.
Dalam kes Laxamana mungkin lax tidak dibanned. ada suatu masa admin membuat permbersihan nick-nick, di mana nick-nick yang tidak aktif utk sekian masa telah dibersihkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 9-7-2006 08:36 AM
sy_edy (nick terakhir dia rider)
Saya macam ada ternampak-nampak lagi si edy ni sekarang with different nick... tapi tak pasti betul tak tekaan saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulilah nmpaknya banyak info yang diberikan...
terima kasih semua teruskanlah...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 9-7-2006 10:17 AM
Saya macam ada ternampak-nampak lagi si edy ni sekarang with different nick... tapi tak pasti betul tak tekaan saya..
kat board C&C dan religion ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
I registered dlm forum Cari ini krn tertarik dgn board Religion. So, pd mulanya I post replied kat board religion shj.
Dua tiga bulan kemudian baru I masuk board Muslimin & Muslimat. Itu pun byk copy & paste info dlm B Inggeris je. Hingga kena warning oleh Mod Amorist sebab post satu info ttg Allah swt yg silap.
Sejak itu I lebih berhati2. Mod Jukebox pun pernah tegur sebab tulis terjemahan ayat al Quran yg tak lengkap.
Sekitar 2004 bahagian Religion ( Religion, Spirituality and Faith, Muslimin & Muslimat, Christian and Christianity) ditutup krn kes en Jukebox buat report kat JAKIM.
I buat poll di Board Suggestion supaya Board M&M dibuka semula. Poll mendapat vote yg tinggi. Tidak berapa lama kemudian bahagian Religion dibuka semula dgn penambahan board Buddhism dan Hinduism.
Then, Supermod Amorist minta tolong I jadi moderator M&M. Terus terang I beritahu beliau I bukan dr aliran agama tapi beliau confident I boleh handle board ini.
Atas sebab2 byk perdebatan forumners yg sukar dikawal... I bg pihak mod M&M buat poll bagi memohon sub-board Al Quran dan Hadith dgn sub-board Jemaah2 Islam. Hanya sub-board Al Quran dan Hadith yg menang poll.
Sampai sekarang I membantu jadi mod dgn segala kekurangan yg ada. Dulu malu2 gak dgn mod antiQue sebab respect gitu... sekarang dah kamcing dah he he he he |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 9-7-2006 04:09 PM
kat board C&C dan religion ke?
Kat sini, ada dia post sekali dua baru-baru ni... lebihnya tu kat CC Tekaan saja... tak tau betul ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
Oh si paderi Josh tu tukar nick ke Friday13 sekarang ya..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|