tanggabesi This user has been deleted
|
saya nak tanya pasal nak merancang jantina anak!
lagi spesifik.... macam mana nak merancang
dapatkan anak lelaki.... maybe kawan2 leh advice
dari segi pemakanan, cara seks ataupun petua2
org lama2 dolu... sila lah beri respond . TQ |
|
|
|
|
|
|
|
dari info yg i dpt:
Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum ? XY (anak lelaki) ? XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih:
Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.
Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:
Merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan douching atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses layering, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ovulation yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan douchingd dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
[ Last edited by rani at 8-7-2006 02:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
bgs info nie...senang la nak merancang nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
i tak penah merancang pun. dua2 keluar lelaki. masa pregnant anak ke2, teringin sgt nak baby girl. tapi dpt boy jugak, cuma fizikalnya agak lembut. berjalan 5-6 langkah, jatuh. berlari 3 langkah, jatuh. dah jadi ala2 baby girl pulak. manja yg melampau, cuit sket...nangis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menentukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu. |
|
|
|
|
|
|
|
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
yg ni kan kak rani, suami yg kena makan kan?
sebelah isteri makan apa pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana merancang jantina?
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Asdira at 9-7-2006 01:29 AM
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
yg ni kan kak rani, suami yg kena makan kan?
seb ...
iskkk...taktau la pulak. akak pun tak penah buat benda2 ni. :hmm: |
|
|
|
|
|
|
| |
|