|
Sumpah, dengan nama Allah ( MariaClara, rebas, AniS_aYuNi, hazel, durability)
[Copy link]
|
|
..... dlm kita berkata-kata, mestilah berhati-hati.
nak kiaskan seolah-olah kita tak akan berbaik dgn menyebut turun snow di malaysia, tetapi Allah tu Maha Berkuasa, last-last terpaksa tarik balik kata-kata kita yg tak masuk akal tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai bleh kata turun snow tu mesti kita ingat yg kita ni memang dah betul2 tak salah, kan ? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi mungkin sumpah tu tak valid sebab kan kite tak bleh sumpah untuk perkare tak baik..
dan tak nak tegur ngan orang sebab sakit hati ngan die kan perkare yang tak baik....tol tak?? |
|
|
|
|
|
|
|
peliknya sumpah ;)
kenapa tak sumpah yg elok2 macam jadi kaya ke, ahaks... just curious. :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada dah snow......kat bukit cerakah :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by durability at 29-11-2006 08:48 AM
Assalamualaikum.....
saya ingin bertanya jika kita bersumpah (sbb terlalu sakit hati dgn org tersebut)....dgn berkata begini..... ' Aku bersumpah dgn nama Allah jika aku berbaik semula dgn dia ...
sumpah ini tak valid sebab sumpah untuk melaku sesuatu yang dilarang ie.. tak mau menyambung silahturahim....
sumpah ini mesti dilanggar..dan kifarat sumpah mesti dibayar...! |
|
|
|
|
|
|
|
ASM.
Sumpah ni suatu yang tak boleh dibuat main rasa-rasa akulah sebab sumpah ni kena sebut nama Allah atau sesuatu ungkapan yang merujuk kepada Allah SWT. Kalau guna lak snow kat Malaysia, adoi.........berat ni beb!
tapi tak pa, hang jangan suspen. Sumpah ni pun banyak degree jugak. Ada kategori "Ori" ada kategori "pirate" jugak
cuma aku tak kata lah sumpah hang tu kategori pirate. Aku hanya insan biasa beb...
Sumpah ni kalau aku tak silap lah, ada 3 jenih kot. 1= jenih yang valid dan sengaja dibuat 2= Jenih yang tak sengaja 3= Jenih yang palsu. HAng pun tau hal ni rasanya. Yang jenih kena bayar kifarah tu jenih yang 1 dan 3. kut. yang jenih 2, tak payah. Mungkin "sumpah" hang ni jatuh kategori 2. kut? KAlau hang tak sengajalah. Tapi kalau hang sengaja pun boleh kita fikir lagi sebab sumpah ni suatu yang biasa digunakan untuk mengiyakan kebenaran kita atau menidakkan. Mungkinlah bab "snow turun tu" cuma nak bagi lebih "perisa" ja.
Apa pun, yang aku tau, bab nazar memang berat. Apa yang kita kata, patut kena tunailah. Kalau hang nazar snow turun kat Malaysia,...kacau jugak nak tunai tu.
Apa pun, kalau perkara ni jadi kesusahan dalam hati hang, elok banyak istiharah dan sembahyang taubat. InsyaAllah Dia akan tunjuk kan jalan keluar. Biasalah manusia buat silap.
WaAllahua'lam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
kenapa????
masih tak caya akan sampai masa malaysia di turuni SALJI??????
iyelah salji yg putih tuuuu
yg sejuk sejuk tuuuuuu
yg ramai sangat mat dan minah nak main dgnnya
SESUNGGUHNYA DIA MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU
takkan kot masih TAK PERCAYA?????????????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 30-11-2006 06:04 PM
salam
kenapa????
masih tak caya akan sampai masa malaysia di turuni SALJI??????
iyelah salji yg putih tuuuu
yg sejuk sejuk tuuuuuu
yg ramai sangat mat dan minah nak main dgnnya
SESUNGGUHN ...
Kami Percaya Pada KuasaNya :tq::tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sedondon at 30-11-2006 09:34 AM
Dah ada dah snow......kat bukit cerakah :lol
mungkin itu sbbnya sumpah tak jadi. rupanya dah ada snow kat malaysia. kena bayar denda tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo turun snow kat malaysia.. tayah la susah2 nak kaji nape snow turun.. sbb tau reason nye sbb durability dah berbaik dgn kwn dier tuh. ehehhee.
bab2 sumpah2 nih tatau la nak komen caner. apesal ko tak doakan semoga kwn ko tu sedar atas kesalahan die ke. dr sumpah2 turun snow nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
selagi hidup selagi itu buat salah
dan tak memadai dgn terus melakukan kesalahan
tanpa mendapat PELAJARAN
dan memperbaiki diri sendiri
dan percayalah
TUHAN MAHA PEMAAF LAGI MAHA PENGAMPUN |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 14-7-2006 10:26 AM
Puan hazel,
Saya berdoa agar diri saya yang lemah ini dan diri sahabat2 di sini semuanya dihindarkan
oleh Allah dari mengalami keadaan sebegitu.
Sebagai orang Islam kita perlu mengamb ...
Aku ada seorg kawan yg aku tahu bersumpah dengan nama Allah dan memegang Al quran untuk menunjukkan dia bercakap benar...tetapi malangnya aku tahu bahwa dia memang menipu dan penipuannya itu telah menganiaya orang lain. Dia menipu kerana tidak mahu dilihat sebagai dia bersalah dan mungkin sebab2 lain yg aku sendiri kurang pasti.
Aku cuba menasihati diri dia tetapi usaha aku tidak berhasil. Setakat itu sahajalah yg dapat aku buat.
Tolonglah doakan kawan aku itu supaya dia sedar dan insaf akan kesalahannya. Supaya sumpah palsunya itu tidak memakan diri sendiri, supaya dia tidak dimakan sumpah. Apapun, orang yg teraniaya dek kerana sumpah palsunya itu telah memaafkan kwn aku itu walaupun dia sendiri dan keluarganya turut terfitnah dengan sumpah palsu tersebut.
Tetapi kita tidk dapat menduga apakah balasan Tuhan kepada kwn aku tu walaupun dosanya menganiaya orang itu sudah dimaafkan oleh orang itu..
[ Last edited by rainbows at 14-2-2007 09:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah
S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah
Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan
membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
[ Last edited by rainbows at 14-2-2007 09:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti Perlis minta Anwar, Saiful Bukhari bersumpah
Oleh JOHARI SHAWAL
KANGAR 3 Julai - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.
Menurut beliau, isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.
"Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah.
"Mubahalah di sini bermaksud sumpah laknat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Asri, Anwar dan Mohd. Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."
"Mereka juga hendaklah bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya," katanya.
Tambah Mohd. Asri, isu liwat tersebut telah menyebabkan rakyat berbalah dan bertengkar sesama sendiri.
"Sekarang ini macam-macam cerita kita dengar daripada kes liwat ini. Ada konspirasi, niat jahatlah sampai rakyat pula yang bergaduh," katanya.
Mohd. Saiful, 23, dalam laporan polis yang dibuatnya di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu, mendakwa diliwat beberapa kali oleh Anwar dengan kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Damansara, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mohd. Asri turut tidak bersetuju dengan saranan supaya kes liwat itu perlu dikemukakan empat orang saksi.
"Saya tidak setuju sebab mangsa mendakwa liwat berlaku ke atas dirinya sendiri, bukan orang lain," katanya.
Mufti Perlis turut melahirkan rasa kecewa dengan cara berpolitik negara ini yang didakwanya gemar mengaibkan antara satu sama lain.
"Dalam Islam, peribadi seseorang tidak boleh didedah kepada orang lain. Tetapi dalam politik Malaysia sekarang, mereka berlumba-lumba mendedahkan aib orang," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bermubahalah atau bersumpah dengan Al Quran: Apa kata tokoh agama?
09-07-2008 01:13:03 PM
INSIDEN cabar mencabar agar bersumpah atau bermubahalah membabitkan isu dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kian hangat diperdebatkan.
Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi isu dakwaan meliwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998.
Adakah Islam membolehkan umat Islam bersumpah? Dalam keadaan manakah, kaedah bersumpah ini dibolehkan? Bagaimana pula kaedah bersumpah dengan menjunjung al Quran, adakah ini dianjurkan? Atau adakah ini sebahagian dari tradisi orang Melayu yang masih kuat dipegang hingga ke hari ini.
Tidak pernah lagi terjumpa satu ayat pun yang mengatakan kita dibolehkan bersumpah dengan menjunjung Al-Quran untuk membuktikan kebenaran.
Beberapa ulamak dan tokoh agama bercanggah pendapat apabila diajukan tentang al-Quran dijadikan sebagai alat untuk membuktikan seseorang itu berada di pihak benar atau tidak.
Bolehkah penyelesaian pintas menyelesaikan sesuatu masalah fitnah dengan memaksa individu yang didakwa terbabit dengan melafazkan sumpah mubahalah atau sumpah laknat?
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr Abdul Shukor Husin:
Lafaz sumpah wajar dijadikan jalan terakhir selepas mereka yang saling tuduh-menuduh tidak dapat membuktikan kebenaran dakwaan itu melalui proses lain dalam mencari keadilan.
Dalam kes isu tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim misalnya, mana-mana pihak mesti berhati-hati dalam membuat keputusan untuk menggunakan al-Quran dan lafaz sumpah laknat ketika mahu menyelesaikan masalah berkenaan.
"Cuba usahakan cara lain dulu yang boleh mengait atau mengelakkan seseorang itu daripada tuduhan berkenaan. Biarlah proses perundangan menentukan kebenaran tuduhan ini melalui proses pencarian bukti, saksi dan sebagainya.
"Jika tuduhan itu berlanjutan, melarat dan tiada jalan keluar, barulah lafaz sumpah itu digunakan," katanya diminta mengulas kewajaran cadangan untuk bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan kebenaran masing-masing.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid:
Islam tidak pernah mensyariatkan supaya orang yang terbabit dalam fitnah bersumpah dengan menjunjung al-Quran tetapi cukup hanya bersumpah dengan nama Allah SWT.
"Tidak wajar dan haram hukumnya untuk seseorang Islam menjadikan al-Quran sebagai alat untuk bersumpah kerana yang diharuskan agama ialah bersumpah dengan melafazkan nama Allah sebanyak tiga kali," katanya.
"Hanya Allah SWT yang berhak menggunakan nama makhluknya seperti al-Quran dan alat lain dalam mempertahankan kebenaran sesuatu perkara. Manusia pula disyariatkan bukan bersumpah dengan alat atau al-Quran sekalipun ketika mempertahankan diri mereka daripada fitnah atau penipuan tetapi cukup dengan menyebut tiga nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi.
"Kalimah sumpah itu adalah yang termasyhur dan biasa disebut semua orang sama seperti lafaz sumpah yang digunakan ketika pemimpin politik mengangkat sumpah di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri," katanya.
Mufti Johor, Datuk Noh Gadut:
Isu fitnah seperti dakwaan kes liwat yang sedang hangat diperkatakan ini wajar ditangani di mahkamah.
"Ia akan membabitkan lebih ramai pihak berwibawa dalam menentukan keputusan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak," katanya.
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin
Bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam.
"Bukan itu yang dianjurkan oleh Islam. Nabi pun tidak pernah buat begitu. Bersumpah dengan menjunjung Quran adalah tradisi orang Melayu. Yang dianjurkan ialah bermubahalah atau bersumpah dengan berkata, "Jika benar saya yang melakukannya, laknatilah saya." Dan pihak yang satu lagipun perlu berkata sedemikian.
"Dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi - Saya tidak melakukannya," kata Dr Asri.
Menurut beliau, "Kedua-dua mereka, baik yang menuduh atau yang dituduh meliwat hendaklah bermubahalah. Inilah cara yang pernah Nabi buat dulu," jelasnya Dr Asri lagi.
Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah "menjunjung al-Quran" sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.
Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.
Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut "Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" manakala satu pihak lagi perlu menyebut " Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku."
"Serahkan pada Allah kerana ini urusan Allah," kata Asri.
Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat
Beliau menyokong cadangan bermubahalah cuma cara bersumpah yang dianjurkan ialah bermubahalah sambil menjunjung Al Quran.
"Bermubahalah atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
"Tapi kalau ada prosedur lain, lakukan dahulu yang lain itu, pihak mahkamah tentu tahu apa yang sepatutnya," katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.
"Bersumpah atau bermubahalah merupakan langkah paling akhir yang perlu dibuat selepas proses perundangan dijalankan.
"Tapi biarlah pihak mahkamah siasat dulu. Bersumpah adalah langkah yang terakhir," kata Tok Guru itu.
Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.
"Namun Anwar perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya.
Dr Harussani berkata yang menuduh kena mengemukakan empat orang saksi di mahkamah. Kalau tidak boleh dikenakan sebatan 80 kali.
Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman
Perbuatan bermubahalah (sumpah laknat) adalah bercanggah dengan ajaran Islam terutama jika ia membabitkan unsur-unsur politik.
Beliau berkata, sumpah adalah suatu perkara yang tidak boleh dipermain-mainkan dan hanya perlu dilakukan ketika dalam mahkamah membabitkan peruntukan undang-undang atau kanun tertentu.
''Sumpah bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya, jika yang bersumpah itu mahu menunjukkan bahawa kalau dia benar-benar bersalah maka akan turun azab daripada Tuhan.
''Tetapi bagaimana pula keadaannya jika orang yang bersumpah itu tidak dikenakan azab (di dunia), adakah itu menunjukkan dia benar-benar tidak bersalah.
''Sedangkan ajaran Islam hanya mempercayai bahawa azab Allah kepada umat-Nya akan dikenakan di akhirat dan bukannya di dunia," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|