Penerbit & pencipta siri Avatar: The Last Airbender telah mengumumkan siri baru sekuel iaitu Legend of Korra.
Dijangka selama 2 musim dan sebanyak 26 episod (13 bagi setiap musim), Legend of Korra mengisahkan hampir 70 tahun berlalu setelah kisah Aang mengalahkan Firelord Ozai.
Menurut penerbit, setelah Firelord Ozai dikalahkan Aang, Firelord Zuko & Aang telah menubuhkan negara kota metropolis - Republic City yang dihuni oleh semua bender samada water / fire / earth atau manusia biasa. Toph Bei Fong pula mengembara ke secara ceruk Earth Kingdom mengajar Earth Bender tentang teknik metalbender. 70 tahun telah berlalu, kini dunia Avatar telah beransur masuk ke era pemodenan (diinspirasikan berdasar era 1920an - 1930an) dengan teknologi steampunk.
Berkisar di Republic City, Avatar pada zaman ini ialah seorang gadis dari Southern Water Tribe bernama Korra, yang sudah pun menguasai elemen fire / water / earth & kini mengembara ke Republic City bagi berguru dengan seorang pakar Airbender iaitu Master Tenzin yang merupakan anak bongsu Aang (Aang dah lama meninggal). Pada masa yang sama, anak perempuan Toph Bei Fong iaitu Chief Bei Fong adalah ketua polis Republic City yang rata2nya pakar metalbender (cabang earth bender yang diajar Toph Bei Fong). Ketika ini, berlaku pemberontakan oleh pengganas Equalists, iaitu golongan manusia biasa menentang bender (anti-bender revolution).
Korra perlu menangani isu anti-bender malah turut menyertai sukan popular terkini di Republic City iaitu Pro-Bending.
Wa bagus ada sequel ek.. tapi musuh ang yg sebenar bukan firelord tapi SHYAMALAN
HAHAHAHAH
Dah ok dah jalan citer filem The Last Airbender, tapi pilihan pelakon cam & lakonan cam kayu!
Cuma pelakon watak Zuko, iaitu Dev Patel (pelakon citer Slumdog Millionaire), pelakon watak Iroh, Shaun Toub yang benar2 menjiwai watak mereka ... serta pelakon Firelord Ozai.