CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: junkredish

Pengkelasan Sunnah Rasullullah S.A.W.

[Copy link]
Post time 13-5-2007 03:37 AM | Show all posts

Adapun dalam penerimaan hadis adalah berdasarkan kepada hadis sahih iaitu hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat yang rapat dan didengari sendiri dari Rasulullah SAW.
Hadis ini telah didengar,ditulis, disusun, diamalkan dan disimpan dengan baik mengikut apa yang ditunjukajar oleh Rasulullah SAW.
Adapun pengumpulan hadis ini adalah disusun mengikut nama nama yang sebegitu rupa seperti:
Jami', Muwatta', Sunan ,Musnad, Mu'jam dan Juz'.
yang dihimpunkan olih Sufian Al Thawri, Al Bukahri, Muslim, Al Tardmidzi, Abu Dawud dan lain lain.
Yang terawal adalah yang bersama dengan Rasulullah SAW adalah sahabat sahabat baginda seperti Al Bukhari dan Muslim dan kemudiannya Imam Malik, selepas itu beberapa lagi Sahabat Rasulullah SAW seperti Al Tardmidzi, Abu Dawud, Ibn Majah, dan lain lain.
Ini diikuti dengan beberapa lagi hadis yang disampaikan kepada sahabat sahabat ketika beberapa keadaan kejadian ketika itu.
Ketika pengumpulan hadis hadis terdapat beberapa hadis yang tidak kuat iaitu penyampaian dari buah mulut mereka yang memusuhi Rasulullah dan juga ketidak pastian mereka ini di mana tiada mendapat rujukan yang sahih daripada Rasulullah SAW sendiri ataupun sahabat sahabat yang rapat.
Mereka yang menyampaikan dakwah dakwah ini selalunya tidak dapat memberi apa apa bukti(not verified)  dan dakwah yang disampaikan adalah samar(yang tidak diperkuatkan dengan hadis sahih).

= Adalah mustahil bagi sesorang itu menyampaikan sesuatu maksud perkara berdasarkan Al Qur'an semata mata tanpa berlandaskan hadis sahih bagi mengukuhkan maksud perkara tersebut.
Oleh itu seseorang itu haruslah merujuk kepada sunna untuk pemahaman maksud yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Al Qur'an.
Apa yang dimaksudkan adalah mustahil seorang mujtahid untuk berdasarkan sesuatu perkara itu dengan hanya Al Qur'an semata mata kerana Al Qur'an adalah peringkat i'jaz kerana terlalu mendalam pemahaman bahasanya.

Di dalam Al Qur'an terdapat ringkasan(mujmala) dan kompleks(mushkila).
Jika hanya berdasarkan Al Qur'an, maka seseorang itu tidak akan tahu bagaimana untuk membahaskan sesuatu perkara, mengamalkan kehidupan, menterjemahkan, menolak bida'ah, menghukum, dan pelbagai lagi seperti yang diwahyukan oleh Allah SWT.
Oleh itu adalah perlu seseorang itu merujuk kepada hadis dalam menjalankan kehidupan ini menurut apa yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui Al Qur'an..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2007 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 13-5-2007 03:37 AM

Adapun dalam penerimaan hadis adalah berdasarkan kepada hadis sahih iaitu hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat yang rapat dan didengari sendiri dari Rasulullah SAW.
Hadi ...


Salamun Alaika rdzaccess..........
Salamun Alaikum semua...........

Tolong huraikan mengenai:

Di dalam Al Qur'an terdapat ringkasan(mujmala) dan kompleks(mushkila).

Apakah ayat dibawah ini tidak memberi apa-apa erti langsung buat anda:


أَفَغَيْرَ اللّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلاً وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِّن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
006.114YUSUFALI: Say: "Shall I seek for judge other than Allah? - when He it is Who hath sent unto you the Book, explained in detail." They know full well, to whom We have given the Book, that it hath been sent down from thy Lord in truth. Never be then of those who doubt.
PICKTHAL: Shall I seek other than Allah for judge, when He it is Who hath revealed unto you (this) Scripture, fully explained? Those unto whom We gave the Scripture (aforetime) know that it is revealed from thy Lord in truth. So be not thou (O Muhammad) of the waverers.
SHAKIR: Shall I then seek a judge other than Allah? And He it is Who has revealed to you the Book (which is) made plain; and those whom We have given the Book know that it is revealed by your Lord with truth, therefore you should not be of the disputers.
6:114.       Mestikah aku mencari selain Allah sebagai perundangan, apabila Dia yang telah terangkan kepada kamu kitab yang sempurna dan terperinci?* Mereka yang mendapat kitab mengenalinya yang ianya telah diturunkan oleh Tuhan kamu, dengan kebenaran. Kamu jangan sekali kali menyimpan sebarang keraguan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2009 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by ulartedung at 13-5-2007 01:45
pada saya untuk memastikan kesahihan hadis amat susah,apatah lagi
penulisan hadis bermula selepas 200 tahun lebih nabi wafat dan perawi
nya berlapis lapis.bagaimana jika orang membuat cerita yg tak dibuat
oleh nabi,tapi dikatakan nabi yg melakukannya(jual nama nabi le ni).jika
kita baca hadis sahih pun banyak percanggahan antara hadis tu dan
setengahnya bercanggah dengan quran tapi dikira hadis sahih.jika baca
hadis sahih bukhari saja banyak percanggahan sesama hadis
aku pung terpikir gitu gak........
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 16-5-2007 23:05


Salamun Alaika rdzaccess..........
Salamun Alaikum semua...........

Tolong huraikan mengenai:

Di dalam Al Qur'an terdapat ringkasan(mujmala) dan kompleks(mushkila).

Apakah ayat di ...


Maksud ayat ni, apakah patut aku mencari selain Allah sebagai Tuhan yang menetapkan hukum (perundangan yang melibatkan semua urusan manusia dlm semua aspek kehidupan) kepada manusia, sedangkan ALLAH telah menurunkan al-Quran dengan terperinci dan sempurna.... sebagai muhasabah kepada manusia, Pilih ALLAH atau tuhan lain... sedangkan tuhan lain tiada perundangan/peraturan yang lengkap/sempurna.

Memang al-Quran itu kadang-kadang dlm bentuk ringkas sahaja, kerana bersesuaian dgn situasi semasa ia diturunkan... tetapi jika sekiranya terdapat isu lain yang ada kaitan dgn isu tersebut, ALLAH akan turun ayat yang lain menerangkan dengan lebih jelas atau melalui Hadis. Atau dgn kata lain, ikut keadaan masa, situasi dan kefahaman org yang ada. Ini bukan satu pertentangan antara ayat atau kelihatan seolah-olah al-Quran tidak lengkap/tidak sempurna.

Logiknya, kadang-kadang kita juga jawab sesuatu itu secara ringkas, ada masanya kita jelaskan dgn panjang lebar kerana situasi dan masa yang berbeza dan berdasarkan kepada kefahaman orang tersebut.Juga bukan kerana kita bertukar fikiran, tetapi berdasarkan situasi....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 11:46 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Acong at 10-2-2009 23:23 [url=http://eforum6.cari.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:24 PM | Show all posts

Balas #9 belut\ catat

haaaa.....


lama menghilang ko kan.....

jumpa gak balik.....

soalan aku dulu tentang ko da berkhatan ke belum ko x jawab lagik...

ke ko da lupa ni...


p/s: aku nak jawab soalan ko yang dulu.... " betul nabi kencing duduk... orang lain pun kencing duduk... tapi cara nabi duduk sama ke ngan cara abu jahal duduk.....from karkun_iman (masihkah kau ingat)
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.039182 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list