|
Originally posted by jac_diehard_fan at 2-8-2006 06:56 PM
avatar adik nazgul ade rupe nek pah la
kannn????? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 itikganas's post
AGAK2 NYE ADA SAIZ TAK KAT PASARAN :lol :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 2-8-2006 06:58 PM
kannn?????
yehhh..btoll
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 2-8-2006 06:58 PM
AGAK2 NYE ADA SAIZ TAK KAT PASARAN :lol :bgrin:
kene tempah kot. :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 2-8-2006 07:11 PM
kene tempah kot. :nyorok:
ke homemade :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 2-8-2006 06:56 PM
avatar adik nazgul ade rupe nek pah la
menci taww..
ps: nak tukaw |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 adik_nazgul's post
yea yea... tak sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 adik_nazgul's post
ahaha..:bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by harisbee at 2-8-2006 05:27 PM
Anak dgn Ali Bakar ker tu...ermmm pesal x hensem macam bapanya?
ali bakar hensem???
muka gonjeng aje.. :jeling:
aliff ni hensem |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by itikganas at 2-8-2006 05:51 PM
Woishhh besarnya rambut dan buah dada tok pah... ish mcm tak sedar diri org tua ni. market price dah drop lahh nenek ooooi
rasanya dia tetap laku - cuma buat show mostly exclusive saja...
suara tetap maintain.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayangidaku at 2-8-2006 06:45 PM
eh, ko pon dah pandai bosan dgn ct ek? sejak bila?
biasala... sepah aini n ct tak bisa dipisahkan. :pmuka:
dh lama dah aku bosan ngan dia :geram: |
|
|
|
|
|
|
|
kak pah tak best!! boring! |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 dia dah terima kad jemputan perkahwinan cinderella tak??????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Kes Sharifah Aini saman wartawan disebut semula 23 November
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kes saman penyanyi Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar terhadap seorang wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Inggeris kerana mendakwa memfitnahnya akan disebut semula di Mahkamah Tinggi di sini pada 23 November ini.
Hakim Datuk Abdul Malik Ishak menetapkan tarikh itu untuk lanjutan pengurusan kes sewaktu kes berkenaan disebut di kamar beliau hari ini.
Sharifah Aini, 52, memfailkan saman terhadap Ketua Wartawan (Hiburan) The Star, Fauziah Mohd. Johar atau Zieman pada 28 April 2004.
Mengikut pernyataan tuntutan, Sharifah Aini mendakwa Fauziah dalam perbualannya dengan wartawan, Saodah Ismail daripada media elektronik, Agendadaily Dot Com, dengan niat jahat ?elancarkan serangan? terhadap beliau.
Beliau mendakwa Fauziah secara palsu dan niat jahat memberitahu Saodah mengenai kerjayanya sebagai penyanyi dan penghibur dengan merujuk kepada Konsert Simfoni Ghazal Johor Bersama Sharifah Aini di Istana Budaya pada 2003.
Fauziah dalam pembelaannya pula mendakwa perkataan dikatakan fitnah itu adalah komen daripada luahan pandangannya dan ia bersifat subjektif. |
|
|
|
|
|
|
|
Gebang: Sharifah Aini hasilkan album ke-98
Oleh Roslen Fadzil
[email protected]
Suara emas Kak Pah tidak pernah pudar, beliau akan kembali dengan kejutan terbaru
MEMANG ada jalan pintas untuk menjadi artis rakaman tetapi hakikat yang jelas, tak mudah untuk seseorang itu mempertahankan gelaran dan kualiti dirinya. Kalau orang tanya siapakah satu-satunya artis Melayu yang dapat survive paling lama dalam industri rakaman tempatan dan setia hanya pada SATU syarikat rakaman saja, dia tidak lain daripada Ratu Seni Suara - Datuk Sharifah Aini.
Setiap tahun kita dapat melihat kemunculan ramai bakat baru. Melalui pelbagai pertandingan dan anugerah hiburan, ramai bintang muda cuba mencuri perhatian tapi yang selalu terjadi, expiry date penguasaan mereka sungguh singkat. Lepas satu single atau kalau bernasib baik lagi satu album, ada yang terus tenggelam dan tidak timbul-timbul lagi. Kalau dikumpul-kumpul nama-nama artis itu, entah-entah boleh muat satu Yellow Pages!
Begitulah bezanya artis zaman dulu yang mencari tapak bermula dari peringkat paling bawah dan seterusnya membina nama dengan jujur, bersungguh-sungguh dan berdisiplin. Bayangkanlah, selama 39 tahun dengan EMI Singapura dan Malaysia, Sharifah Aini atau Kak Pah sudah punya 97 album rakaman mahupun koleksi terbaik. Bukankah itu satu lagi rekod baru untuk penyanyi Malaysia?
Penguasaan lagu Kak Pah merangkumi bahasa Melayu, Inggeris dan Arab manakala genre lagunya memang pelbagai. Dari pop, asli, joget, ghazal, inang, keroncong, zapin, deli hinggalah ke nasyid, semua rentak lagu pernah dirakamnya. Malah dalam album Breaking The Silence yang lalu, Kak Pah dengan suara emasnya itu mengabadikan bacaan beberapa ayat suci al-Quran termasuk terjemahannya. Ia tak pernah dibuat mana-mana penyanyi wanita Melayu sebelum ini bukan?
Oh ya, kenapakah tiba-tiba hari ini saya bergebang mengenai Sharifah Aini?
Kalau ada yang mengikut penulisan saya sejak dulu lagi, anda tentu perasan saya biasanya menulis cerita Kak Pah kalau ada sesuatu perkembangan yang relevan sama ada dengan album terbarunya atau konsert besarnya.
Justeru apa yang dapat saya khabar di sini, khas untuk semua peminat Kak Pah di luar sana, artis pujaan anda itu sebenarnya sedang giat membuat persiapan untuk melangkah ke studio, bagi menghasilkan albumnya ke-98.
Hebat bukan? Jadi kalau ada yang berkata, Sharifah Aini dah angkat bendera putih selepas apa yang menghimpitnya selama ini, mereka semua silap.
Sebaliknya, kasih Kak Pah terhadap dunia seni tak pernah hilang dan tekanan biasanya membuatkan dia menjadi lebih kuat. Itu belum melihat penampilannya sekarang yang saya tengok makin cantik. Nyata Kak Pah dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk kembali ke studio.
Tapi buat masa ini saya sengaja rahsiakan dulu apakah bentuk album Kak Pah itu. Anda mungkin dapat mengagak tapi selepas berbual dengannya, ia lebih hebat daripada apa yang pernah saya fikirkan.
Remang sekejap bulu roma ini apabila mendengar semangat dan konsep album itu. Memang idea dan pemikiran Kak Pah selalu grand, macam orangnya juga!
Apapun, biarlah Kak Pah sendiri beri lampu hijau untuk wartawan mengumumkannya. Eloklah, kalau benda sudah hampir menjadi, barulah kita buat hebahan besar-besaran. Saya pun setuju sebab memang ada orang dalam industri ini yang jenis suka potong jalan.
Tup, tup dengar, si polan itu terus kebas idea orang lain. Penat orang memerah otak, dia senang-senang buat cetak rompak!
Yang boleh saya cakap, dua komposer dan penggubah lagu terhebat sudah diberikan tanggungjawab untuk mengemudi projek album Kak Pah itu. Kak Pah pula kalau dia mahu, dia sanggup keluarkan wang sendiri untuk membiayai albumnya. Kiranya, dia tidak suka hidup atas tajaan orang lain kerana dia bukan opportunist.
Jadi sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya dalam sebulan dua lagi, insya-Allah. Pesan Kak Pah, doakan yang terbaik buat dirinya. Jumpa lagi! |
|
|
|
|
|
|
|
dulu album Kompilasi Kak Pah yg kuar time album Zahid kuar laku gak. placement kat carta RIM dulu pon baik. padahal masa tu sebok pasal kes e-mail fitnah dia. album ke-98? sesuatu yg baru? ada harapan kot nak menang AIM. |
|
|
|
|
|
|
|
Perihal Tok Pah, dua komposer, projek rahsia
KALAU bukan ada yang bertanya, teman malaslah hendak menjawab. Tetapi sebab sudah kerap benar ada yang menghantar e-mel dan surat kepada teman bertanya mengenai perkembangan diri Datuk Sharifah Aini, teman kenalah juga bercerita di sini. Teman akui, masuk setengah tahun 2006 ini, Tok Pah kita memang tak banyak cerita. Rupa-rupanya, diam Tok Pah diam-diam ubi. Dan macam ubi, diam-diam Tok Pah rupanya berisi. Dan, kalau bukan berita menarik mengenai diva evergreen ini teman memang malaslah hendak kongsi dengan peminat setianya.
Kalau setakat hendak bercerita mengenai bagaimana Tok Pah kini sibuk mengubahsuai rumahnya yang sememang sudah cantik dan mewah itu atau bagaimana dia bershopping sakan di Starhill bagaikan artis Hollywood tak payahlah. Rupa-rupanya dalam sibuk dan kalut mengubahsuai rumahnya itu dan ke sana ke mari menguruskan bisnes, khabarnya minggu ini Tok Pah sudah pun nak masuk studio merakam 36 lagu - semuanya hebat dan merdu - untuk album ke-98nya.
Ya... anda memang tak silap baca. Memang album ke-98 Sharifah Aini dan sukacita teman hendak umumkan di sini bahawa ini adalah tahun ke-39 Tok Pah berada di persada seni. Tetapi apabila ditanya banyak-banyak, Tok Pah banyak sangat berahsia mengenai projek istimewanya itu. Yang teman tahu, dia kini sibuk berbincang bersama dua komposer terkenal yang setakat ini tak perlulah teman beritahu namanya. Mereka ini pun zip mulut memegang amanah Tok Pah.
Teman risik-risik lagi, dan agak terperanjat juga apabila Tok Pah bagi tahu 憄rojek rahsia |
|
|
|
|
|
|
|
Sharifah Aini selepas 42 tahun
[tr][td]
[/td][/tr][tr][td]Membaca buku adalah terapi paling mujarab buat biduanita ini.
[/td][/tr][/table]
MELIHAT kepada raut wajahnya, pasti ada yang tidak percaya bahawa dia sudah menghambakan diri lebih 40 tahun dalam industri hiburan tanah air. Bermula tahun 1968 sehingga hari ini, nama biduanita Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar kekal meniti di bibir peminatnya. Malah, beliau diminati oleh semua peringkat usia.
Keunggulan yang ada pada anak kelahiran Singapura yang dibesarkan di Johor Bharu ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Kejayaan yang boleh dibanggakan apabila beliau berjaya menghasilkan 98 album termasuk album kompilasi dengan 1,000 lagu pelbagai genre.
Ia merupakan satu pencapaian hebat buat insan seni yang tidak pernah putus asa dalam perjuangannya. Dia pernah jatuh tersungkur dan kembali bangkit daripada kesilapan lampau.
Sharifah Aini juga tidak pernah merasakan apa sahaja masalah yang ditempuhinya itu satu bebanan malah menjadikannya sebagai perencah kehidupan buat penyanyi sepertinya.
‘‘Alhamdulillah kehidupan saya semakin bahagia dan tenteram. Ini semua datang daripada-Nya. Saya percaya apa sahaja rezeki yang diberikan, kita patut membalas dengan sujud syukur,’’ katanya bersulam senyuman.
Apa tidaknya, nama Sharifah Aini itu sendiri sudah diukir sebagai satu jenama. Sebab itu, penyanyi yang diberi jolokan nama Joan Collins Malaysia ini sentiasa diberi penghormatan untuk menjayakan majlis makan malam korporat yang berprestij.
Jangan tidak percaya, wanita berhati waja ini masih menerima undangan menyanyi. Meskipun pernah dinasihatkan untuk berehat sebentar, tetapi akhirnya beliau menerima undangan itu kerana tidak ‘terdaya’ melihat wajah kecewa penganjur.
Apa yang menjadi pengukur buat peminat Sharifah Aini ialah keupayaan berkomunikasi yang dimilikinya dengan baik mampu menghiburkan sesuatu majlis.
Keinginan Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah ini jelas dalam perjalanan kehidupannya. Selain memiliki kesenangan duniawi anugerah Tuhan, beliau menaruh harapan untuk melengkapkan tabung ukhrawi pula.
‘‘Apa yang kita miliki ini tidak kekal lama. Selepas 42 tahun dalam dunia seni, Kak Pah sedar hanya satu perkara yang boleh mengisi rohani ialah dengan cara membahagiakan anak-anak yatim.
‘‘Kak Pah buat secara ikhlas. Sejak 42 tahun lalu, Kak Pah sudah membuat 3,800 pertunjukan amal. Sungguh, ini bukan cara Kak Pah untuk menunjuk-nunjuk baik tetapi ia adalah ajaran yang boleh membersihkan hati seseorang itu,’’ katanya.
Beliau berpendirian, kekayaan dan kemiskinan adalah petaka dan musibah kerana Allah SWT menguji seorang hamba dengan keduanya. Allah melapangkan kuasa-Nya kepada orang kaya dan menahannya ada orang miskin.
Rahsia kelihatan muda
Apabila disoal tentang rahsia muda penyanyi ini, tiba-tiba sahaja Sharifah Aini menguntum senyuman. Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa rahsia melainkan berfikiran positif.
Apa yang penting ialah sentiasa membahagiakan diri sendiri. Jujurnya, Sharifah Aini seperti manusia lain yang mementingkan kesihatan. Tidak salah sekiranya mengeluarkan sedikit belanja untuk memastikan hanya yang terbaik mendapat tempat untuk tubuh badan.
‘‘Kak Pah memperbanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun, hanya mengambil bahan makanan organik sahaja seperti telur dan sayuran hijau.
‘‘Cara masakan juga perlu betul. Tidak boleh terlalu berminyak. Sebab itu, Kak Pah mempelbagaikan kaedah masakan sama ada berkuah, separuh masak atau mentah. Selain itu, Kak Pah juga suka makan masakan Jepun,’’ katanya.
Bekas juruhebah sambilan di RTM Johor Bahru ini juga suka memanjakan dirinya di spa. Sebab itu, dia boleh duduk seharian di pusat kecantikan berkenaan untuk rawatan dari hujung rambut hingga kaki.
Pemenang Anugerah Pelakon Harapan Terbaik bagi filem Hapuslah Air Matamu di Festival Filem Asia di Seoul, Korea Selatan pada 1976 ini juga menganggap ia adalah satu rawatan tekanan yang paling mujarab.
Apatah lagi buat seorang ‘penjual suara’ sepertinya yang seringkali memerlukan kaedah terbaik yang memanjakan diri sendiri. Bekerja dalam suasana tertekan dan tidak tentu masa.
Selain itu, Sharifah Aini juga gemar bersenam dan melakukan kerja rumah sendiri. Tidak kira apa juga aktiviti yang dilakukan asalkan boleh mengeluarkan peluh.
Antara kegemaran wanita ini adalah mengubah atur kedudukan perabot rumahnya. Ia dilakukan selama dua bulan sekali bergantung kepada “mood” ketika itu.
Bintang filem Sumber Ilhamku dan Bintang Pujaan ini juga gemar membaca buku agama, biografi dan motivasi. Terbaru buku bacaannya ialah Purification of The Heart - signs, symtoms and cures the spiritual disease of the heart oleh Hamza Yusuf.
‘‘Buku ini sememangnya merawat penyakit hati dan memberi satu motivasi kepada pembacanya. Kak Pah sendiri tersendiri mendapat inspirasi setelah membacanya. Sebab itu, Kak Pah sanggup mengimport sebanyak 100 naskah dari Amerika Syarikat (AS) untuk dijadikan buah tangan buat kawan-kawan atau sahabat handai,’’ katanya.
Syarat pilih menantu
Tatkala diajukan soalan kebenaran mengatakan biduanita itu bakal mendapat menantu Sharifah Aini menunjukkan reaksi terkejut. Sememangnya, isu berkenaan belum pernah dibincangkan bersama anaknya, Aliff Omar.
Katanya, anak bujangnya yang berusia 28 tahun itu tidak pernah bercerita tentang teman wanita malah belum bersedia untuk membicarakan perkara tersebut.
‘‘Aliff tidak pula bercakap mengenai perkahwinan. Biarlah dia yang bercakap sendiri tentang perkara itu. Bagi Kak Pah, biarlah dia habiskan pengajian terlebih dahulu.
Ada pekerjaan tetap dan barulah berfikir tentang perkahwinan,’’ katanya.
Saat ditanya apakah Sharifah Aini akan mengenakan sebarang syarat untuk gadis yang berjaya menawan hati Alif, katanya sebagai ibu, sudah pasti beliau mengharapkan bakal menantunya seorang yang ikhlas.
Selain itu tidak memandang keduniaan (materialistik), gadis yang soleh dan boleh diharap untuk menjadi suri yang baik dalam urusan rumah tangga.
Tambahnya, Aliff adalah satu-satunya darah daging beliau. Oleh itu, dia mahukan kesempurnaan dan apa sahaja yang terbaik buat Aliff yang mendapat pendidikan menengah di Madinah sejak berusia belasan tahun.
Konsert amal
Perkembangan terbaru buat penyanyi Bunga Tanjung ini adalah bakal mengadakan konsert amal, Up Close and Personal With Sharifah Aini. Ia dijadualkan pada 17 April ini bermula pukul 8 malam di Grand Ballroom, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
Pada konsert berkenaan, Sharifah Aini bakal menyampaikan 25 hingga 30 lagu termasuk secara medley. Sudah pasti lagu yang menjadi taruhan termasuk Seri Dewi Malam, Hapuskanlah Air Matamu, Percayalah, Jatuh Cinta, Seroja, dan Dekat Padamu.
Persembahan selama tiga jam itu juga mempertaruhkan rantaian lagu-lagu daripada bahasa Inggeris dan Arab selain himpunan lagu popularnya sejak era 1970-an hingga 1980-an.
‘‘Kak Pah mahu jadikan masa tiga jam itu sebagai satu detik paling indah bersama peminat yang hadir. Kak Pah mahu 350 pengunjung yang datang akan berpuas hati dengan menyanyi bersama dan saling berkomunikasi antara satu sama lain,’’ katanya.
Tambahnya, semua hasil kutipan disalurkan kepada Rumah Ijabah Anak Yatim dan Al-Hafiz, Subang Jaya.
Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi talian 019-3488054 dan 012-9332373 atau e-mel kepada [email protected].
Sharifah Aini juga merancang untuk membuat kolaborasi konsert amal bersama Datuk Ahmad Jais. Baginya ikon berkenaan mempunyai aura tersendiri dalam menyampaikan lagu-lagu klasik dan joget.
Apa yang diimpikannya adalah untuk menggabungkan kedua-dua peminat dan berhibur secara aman. Sekiranya diizinkan Tuhan, konsert berkenaan bakal dibuat selepas menyambut hari Raya Aidilfitri tahun ini.
kakak aku mmg minat kak pah nih... konsert tu pun dia dah book tiket.. punyer ler minat... aku suka ajer dgr sore kak pah.... best sore dia!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|