CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3604|Reply: 12

TAIWAN DILANDA TAUFAN

[Copy link]
Post time 10-8-2006 07:48 AM | Show all posts |Read mode
Taiwan dilanda ribut Bpoha, taufan Saomai
TAIPEI 9 Ogos ?

Taiwan dilanda ribut tropika Bpoha di bahagian selatan dan taufan Saomai di utara negara ini, hari ini.

Biro Pusat Cuaca berkata, ribut Bopha melanda di seluruh pulau sepanjang malam dan bergerak ke barat daya bandar selatan Tainan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Menurut biro tersebut, ribut Bopha yang bermaksud sejenis bunga dalam bahasa Kemboja itu turut membawa tiupan angin selaju 65 kilometer sejam.

Selain ribut Bopha, biro cuaca itu juga telah mengeluarkan satu amaran laut akibat taufan Saomai di perairan pantai utara pulau ini. Ia dijangka melanda kawasan tersebut pagi esok.

Jelas agensi itu, taufan tersebut berlaku pada kira-kira 630 kilometer di timur utara hujung Taiwan, awal hari ini. Ia bergerak ke barat laut pada kelajuan 28 kilometer sejam selain turut membawa angin selaju 130 kilometer sejam.

Nama ribut Saomai pula diambil sempena nama planet Zuhrah dalam bahasa Vietnam.

Sementara itu, di Tokyo pula lebih 100 penerbangan terpaksa dibatalkan serta menyebabkan kira-kira 24,000 ribu penumpang terkandas apabila taufan Saomai yang kuat menghala ke pulau paling selatan di negara tersebut.

Selain itu, langkah berjaga-jaga di Taiwan dan China sedang dipersiapkan bagi menghadapi hujan lebat yang berterusan.

? AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2006 10:00 PM | Show all posts
Taufan Saomai landa Asia Timur


TOKYO: Satu taufan ganas kini menuju kepulauan di hujung selatan Jepun semalam yang menyebabkan pembatalan lebih 100 penerbangan ketika ribuan penduduk di Jepun dan China bersiap menghadapi hujan lebat dan angin kencang.

Taiwan turut mengeluarkan amaran lautan bergelora di kawasan perairan di utara negara itu.

Taufan Saomai dengan kelajuan angin mencecah 144 kilometer sejam, dikesan kira-kira 240 kilometer ke timur Miyako-jima di wilayah Okinawa, Jepun, awal pagi semalam.

Jurucakap Agensi Kaji Cuaca Jepun berkata, taufan itu dijangka menyebabkan hujan lebat di kawasan Fujian dan Zhejiang di timur China, hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi cuaca di Taiwan, Jepun dan China memberi amaran hujan lebat, angin kencang dan ancaman banjir kilat dan tanah runtuh.

Syarikat penerbangan Jepun termasuk Japan Airlines Corp. dan All Nippon Airways Co, sudah membatalkan sekurang-kurangnya 141 penerbangan dijadualkan semalam yang membabitkan kira-kira 24,000 penumpang, lapor agensi berita Kyodo.

Kawasan pesisiran tenggara China juga terpaksa bersedia menghadapi kedatangan Saomai biarpun ia baru pulih daripada Taufan Bilis yang menyebabkan lebih 600 orang maut.

Satu lagi taufan, Prapiroon melanda kawasan pantai selatan China dan meragut lebih 80 orang.

Sementara itu, kawasan yang sama turut bakal dilanda satu lagi taufan yang dikenali sebagai Ribut Bopha.

Bopha yang melintasi kawasan Taiwan kelmarin, diramal melanda kawasan daratan dengan kelajuan angin sehingga 65 kilometer sejam, kata pejabat kaji cuaca Taiwan. Jabatan kaji cuaca itu juga mengeluarkan amaran mengenai kehadiran taufan itu yang bermakna bunga dalam bahasa Kemboja.

Sementara itu, Ribut Tropika Maria juga dilaporkan menuju ke pesisir pantai timur Jepun selepas melanda sebahagian Semenanjung Izu membawa hujan sehingga 40 sentimeter sejak dua hari lalu, lapor Agensi Kaji Cuaca Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 09:15 AM | Show all posts
Berita pagi tadi ada cakap taufan2 ni menyebabkan laut bergelora dan ombak di pantai Sabah
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 10-8-2006 07:48 AM
Taiwan dilanda ribut tropika Bpoha di bahagian selatan dan taufan Saomai di utara negara ini, hari ini.

Bagi teman ini sesuatu yg amat jarang berlaku, 3 putaran ( 1 typhoon, 1 severe Tropical storm (TS) dan 1 TS ) berlaku hampir serentak dan dikawasan yg berdekatan. Secara teori, pembentukan 1 SEVERE TYPHOON adalah lebih mudah berbanding 3 secara serentak (malah dalam kebanyakkan kes/ almost all cases).. sekiranya terdapat 2 typhoon yg terbentuk secara hampir serentak yang berdekatan... salah satu harus mati  dan memberi laluan kepada yg hidup untuk makin kuat
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by Nakabu at 11-8-2006 09:15 AM
Berita pagi tadi ada cakap taufan2 ni menyebabkan laut bergelora dan ombak di pantai Sabah


emmm... iye ke... atau akan wujudnya satu Typhoon yg lebih berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by rudz at 11-8-2006 12:47 PM

Bagi teman ini sesuatu yg amat jarang berlaku, 3 putaran ( 1 typhoon, 1 severe Tropical storm (TS) dan 1 TS ) berlaku hampir serentak dan dikawasan yg berdekatan. Secara teori, pembentukan 1 SEVE ...


emmm... sorry pembetulan Soamai adalah Super Typhoon
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2006 09:41 PM | Show all posts
ingat lagi history saya belajar..
di mana typhoon melanda honshu in 1934
killing some 4000 people..

memang angin yang kuat ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 11-8-2006 09:41 PM
ingat lagi history saya belajar..
di mana typhoon melanda honshu in 1934
killing some 4000 people..

memang angin yang kuat ...


mmg kuat...216km/h (tu angin yg membuat putaran besar tuu).. kalau u berhadapan dengannya u tambah la lebih kurang 30kts (60km/h)...tapikan... tsunami lagi lajukan...kan...kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 11-8-2006 09:41 PM
ingat lagi history saya belajar..
di mana typhoon melanda honshu in 1934
killing some 4000 people..

nie belajor history kat mana nie... form brapa nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2006 11:20 PM | Show all posts
Korban Saomai mungkin cecah 300

BEIJING 13 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2006 06:53 AM | Show all posts
Saomai terus mengganas


BEIJING: Angkat kematian akibat taufan paling kuat dalam tempoh 50 tahun meningkat kepada 295 orang semalam dan dijangka bertambah apabila lebih banyak mayat nelayan dan anak kapal ditemui, lapor agensi berita negeri.

Kira-kira 59 mayat ditemui semalam di perairan Fuding, sebuah pelaburan di pantai tenggara, meningkatkan jumlah kematian di bandar itu akibat taufan Saomai kepada sekurang-kurangnya 178 orang dengan 94 lagi mangsa masih hilang.

Taufan Saomai menenggelamkan lebih 1,000 buah kapal dan memusnah 50,000 rumah apabila ia melanmda tenggara China Khamis lalu dengan kelajuan angin sehingga 270 kilometer sejam.

China sudah mengerahkan beribu-ribu askar untuk membina semula jalan yang rosak, menyambung kabel elektrik dan membekalkan air.

Di Fuding, kebanyakan penduduk yang terbunuh, mati akibat taufan dengan kekuatan melampau, mememutuskan rantai sauh di atas kapal yang berlindung di pelabuhan itu, lapor Xinhua.

Fuding mengalami kerugian sekurang-kurangnya 2.5 bilion yuan (RM1.1 bilion) akibat kemusnahan bot nelayan dan tangkapan ikan, kata Xinhua.

Saomai menyebabkan sebahagian kawasan Fuding dan lima bandar lain di wilayah Fujian bergelap manakala lebih 1.6 juta penduduk wilayah itu dan wilayah pesisir pantai Zhejiang, terpaksa meninggalkan rumah.

Angka kematian kekal 206 di Fujian, 87 di Zhejiang dan dua di Jiangxi yang teruk dilanda banjir serta tanah runtuh ketika Saomai bergerak ke bahagian barat China.

Sebuah akhbar harian China melaporkan, seramai 52 orang msih hilang di Zhejiang.

Saomai atau Planet Zuhrah dalam bahasa Vietnam adalah taufan ke-8 melanda China ketika musim tengkujuh ketika ini.

Rantau Asia masih lagi baru dipulihkan daripada kesan ribut tropika Bilis yang membunuh lebih 600 orang bulan lalu.

Saomai juga menyebabkan sekurang-kurangnya dua kematian di Filipina sejak membawa hujan lebat ke Jepun, Taiwan dan Hong Kong.

Biro Cuaca China menyatakan, Saomai tidak menyebabkan kematian terbesar tetapi adalah taufan paling kuat sejak ia memulakan catatan mengenai bencana alam itu pada 1949.

Pada 1956, satu taufan yang membawa angin kencang selaju 234 kilometer sejam menyebabkan 4,900 maut di Zhejiang.

Pada Julai dan Ogos, kira-kira 23 orang terbunuh di kota Altay dan Turpan manakala dua lagi maut kerana dipanah petir, lapor Xinhua.

Sungai Aksu, Hotan dan Yarkang di Xinjiang juga melimpah menyebabkan banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun.

Kira-kira 500 askar dan penduduk, bagaimanapun, berjaya mengawal keadaan selepas dilanda banjir tiga hari, kata agensi berita itu. ? AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-8-2006 07:54 AM | Show all posts
Mangsa taufan Saomai kini 325


BEIJING: Penduduk China mendakwa kerajaan gagal memberi amaran kepada orang ramai mengenai kedatangan taufan Saomai, menyebabkan sekurang-kurangnya 325 orang mati dan berjuta-juta penduduk terpaksa dipindahkan pada saat akhir.

Angka korban akibat bencana Saomai meningkat enam orang lagi kepada 325 orang semalam apabila lebih banyak mayat ditemui di laut, tetapi penduduk tempatan menyatakan, angka korban mungkin melebihi 1,000 orang.

Penyelamat menemui lima mayat di laut dekat bandar Fuding di Fujian, wilayah yang paling teruk dilanda taufan itu, manakala satu lagi mayat ditemui di dalam jurang, lapor agensi berita Xinhua.

Angka korban di Fuding mungkin meningkat kerana berpuluh-puluh lagi masih hilang, terutamanya nelayan yang berlindung daripada Saomai di pelabuhan Shacheng, lapor Xinhua.

Saomai adalah taufan paling dahsyat melanda China berbanding taufan lain sejak lima dekad lalu. Ia mula melanda pada minggu lalu, memusnahkan rumah serta menyebabkan kapal karam.

Penduduk di Fuding dan kawasan sekitarnya mendakwa pihak berkuasa tidak melaporkan angka sebenar kematian. Penduduk menyatakan, angka korban adalah sekurang-kurangnya 1,000 orang.

Pegawai tempatan sering didakwa cuba menyembunyikan laporan sebenar mengenai nahas industri, bencana alam atau bencana lain, kerana bimbang laporan itu akan mencetuskan kemarahan rakyat atau dihukum pegawai atasan.

Selain itu, penduduk tempatan turut mendakwa kerajaan gagal memberi amaran kepada orang ramai mengenai kedatangan taufan itu, maklumat yang amat penting terutama bagi nelayan.

Saomai atau dalam bahasa Vietnam bermaksud Planet Zuhrah, adalah taufan yang kelapan melanda China pada musim tengkujuh ini.

Biro kaji cuaca China menyatakan, Saomai adalah taufan paling dahsyat melanda negara itu sejak 1949. ? AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2006 10:43 AM | Show all posts
China nafi sembunyi angka korban Saomai


BEIJING: China menafikan menyembunyikan jumlah kematian akibat taufan terkuat yang melanda negara itu iaitu Saomai ketika angka korban rasmi meningkat kepada 330, yang disifatkan penduduk bukan jumlah sebenar.

Saomai yang membawa angin selaju 216 kilometer sejam, melanda kawasan pantai tenggara China semalam menyebabkan beribu-ribu rumah musnah serta turut menyebabkan kapal terbalik dan merosakkan kemudahan lain.

Sebelum ini, penduduk mendakwa, 1,000 orang terbunuh kerana taufan itu.

Di bandar Shachen di wilayah Fujian adalah kawasan paling teruk dilanda taufan berkenaan apabila lebih 1,000 daripada 10,000 kapal yang berpatah balik ke pelabuhan tenggelam manakala beratus-ratus nelayan dikhuatiri mati atau hilang.

Sejumlah 186 mayat ditemui di kawasan perairan Shachen manakala berpuluh yang lain masih hilang, lapor agensi berita Xinhua.

Penduduk turut mendakwa kerajaan gagal untuk memberi amaran kedatangan taufan itu, lapor South China Morning Post.

Pegawai tempatan di China juga dilaporkan menyembunyikan berita mengenai bencana alam berkenaan, kemalangan serta wabak kerana takut dikenakan hukuman.

Tetapi, ketua bantuan bencana Kementerian Hal Ehwal Awam China, Wang Zhenyao menafikan sebarang cubaan untuk menyembunyikan jumlah kematian sebenar.

?Pegawai tempatan tidak perlu menipu mengenai angka kematian akibat bencana alam kerana mereka tidak membabitkan perkara seperti kejadian kemalangan lombong arang batu,? Wang dipetik Xinhua semalam.

China turut memiliki industri perlombongan arang batu yang bahaya di dunia dan pegawai tempatan didakwa berpakat dengan pemilik lombong berkenaan untuk menyembunyikan kemalangan maut yang berlaku hampir setiap hari.

?Mendapat perhatian dari saudara mara mangsa, penduduk dan media menyebabkan sukar untuk menyembunyikan angka kematian,? katanya.

Angka kematian di Fujian kini adalah 241 menjadikan jumlah kematian di China akibat Saomai ialah 330 orang.

Kawasan selatan China sering dilanda taufan dan ribut tropika tahun ini menyebabkan hampir 1,000 orang terbunuh akibat hujan lebat, tanah runtuh dan bencana alam lain sebelum berlakunya Saomai.

Pegawai tempatan di Hunan berkata, hampir 200 orang terbunuh akibat banjir yang dicetuskan taufan Bilis bulan lalu. ? Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055049 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list