View: 2679|Reply: 0
|
PENCEMARAN LAUT CHINA TIMUR..
[Copy link]
|
|
Laut China Timur tercemar
BEIJING: Pegawai alam sekitar China berkata, Laut China Timur tercemar akibat pencemaran dan penangkapan ikan berlebihan, lapor akhbar tempatan semalam.
Sebanyak 81 peratus daripada Laut China Timur, kawasan penangkapan ikan utama bagi China, Korea Selatan dan Jepun tersenarai dalam kategori keempat pencemaran, kedua terburuk mengikut kategori berskala lima, lapor Shanghai Daily yang memetik kajian pegawai alam sekitar wilayah Zhejiang.
Angka berkenaan mewakili 53 peratus peningkatan pencemaran dalam kategori keempat sejak 2000, mengikut laporan itu yang menyatakan sisa petrokimia dan besi adalah pencemar utama.
Laut China Timur menyumbangkan bekalan ikan ke 10 daripada seluruh hasil tangkapan China, lapor akhbar berkenaan tetapi tangkapan dalam negeri menurun kepada 980,000 tan pada 2005 berbanding 1.3 juta tan pada 2001.
Mereka yang bekerja dalam industri perikanan juga menurun kepada 210,000 daripada 250,000, kata akhbar berkenaan.
?asil tangkapan makin kurang dan makin banyak ikan kecil juga ditangkap,? kata Yu Zhouzhuang, pemilik restoran makanan laut yang berhenti daripada industri berkenaan.
?aya sedar ikan semakin berkurangan akan menyebabkan ramai nelayan meninggalkan perniagaan ini,? katanya. ? Reuters |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|