CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3189|Reply: 0

BANJIR BESAR DI HABSYAH (ETHIOPIA)

[Copy link]
Post time 18-8-2006 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Korban banjir di Habsyah cecah 1,000


ADDIS ABABA: Korban banjir di Habsyah dijangka mencecah 1,000 orang biarpun bilangan rasmi setakat ini adalah seramai 626 orang.

Seramai 300 lain masih hilang setakat ini.

Negara Afrika itu berdepan bencana banjir akibat hujan lebat yang melanda sekitar Habsyah sejak 11 hari lalu.

Pihak berkuasa negara Afrika itu juga bimbang yang angka korban berkenaan akan terus meningkat mendadak selepas ini.

Air sungai di selatan, utara dan timur Habsyah melimpah berikutan hujan lebat sejak awal bulan ini. Malah keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan yang sekali gus menjejaskan usaha menyelamat di Habsyah.

Keadaan yang meruncing itu menyebabkan agensi bantuan antarabangsa termasuk di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terpaksa turun padang membantu kerajaan Habsyah.

Setakat semalam, korban banjir berkenaan adalah 364 dan pihak polis meramalkan ia akan mencecah 1,000 orang. Seramai 256 orang maut di timur dan enam di utara.

PBB pula menyatakan, seramai 300 orang masih hilang di timur.

Polis berkata mereka membatalkan usaha mencari mayat di timur Habsyah tetapi meneruskannya di kawasan selatan.

?eadaan sukar dikawal sekarang. Kami tiada pilihan lain kecuali bersedia menghadapi hakikat yang korban banjir itu mencecah 1,000 orang. Kami memerlukan bantuan helikopter dan bot bagi tujuan mencari dan menyelamat,? kata jurucakap polis wilayah selatan, Inspektor Daniel Gezahenge. ? AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.080659 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list