CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3554|Reply: 1

RIBUT DI KUALA KEDAH..

[Copy link]
Post time 18-8-2006 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Rumah kena ribut
Oleh Zuliaty Zulkiffli


KUALA KEDAH: Kira-kira 200 penduduk, kebanyakannya nelayan di lima kampung dekat sini hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka rosak, sesetengahnya ranap, dilanda ribut ketika hujan lebat awal pagi semalam.

Lima kampung terbabit ialah Kampung Kompleks, Lorong Lapan, Kampung Ulu, Kampung Kubang Bongok dan Kampung Tanjung Besar membabitkan 38 rumah.

Kebanyakan penduduk sedang tidur apabila ribut melanda kawasan berkenaan jam 5.51 pagi dan menerbangkan bumbung rumah dan sesetengahnya ranap sama sekali.

Difahamkan, semua rumah terbabit adalah kediaman nelayan di sekitar kawasan Kuala Kedah dan dibina hampir dengan laut.

Penduduk, Mat Ani Saad, 82, berkata kejadian berlaku ketika beliau menunggu hujan reda untuk turun ke laut.

"Tiba-tiba saya mendengar bunyi kuat dari atas bumbung sebelum terdengar dentuman kuat di hadapan rumah.

"Saya terus mengejutkan anak, menantu serta isteri, Asma Ibrahim, 65, yang sedang tidur kerana bimbang kejadian buruk," katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau melihat rumah jirannya ranap dipukul ribut.

Seorang lagi mangsa, Subri Arifin, 43, berkata ketika kejadian, beliau dan isterinya, Atun Busu, 35, serta dua anaknya berusia 13 dan 15 tahun sedang tidur di tingkat atas rumah.

Bagaimanapun, dia terkejut selepas ditimpa hujan dan mengarahkan keluarganya turun ke tingkat bawah menyelamatkan diri.

"Apabila turun ke tingkat bawah, kami dapati dinding dapur roboh akibat angin kencang.

"Kami tidak sempat menyelamatkan barangan di dalam rumah kerana semuanya rosak selepas dimasuki air termasuk peralatan dan buku sekolah," katanya.

Ahli Parlimen Kuala Kedah, Hashim Jahaya yang turut melawat tempat kejadian berkata, pihaknya sudah menyerahkan bantuan makanan dan minuman kepada mangsa terbabit.

Beliau berkata, setiap keluarga menerima bantuan RM200 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

"Sumbangan lain akan menyusul selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjalankan bancian,? katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-8-2006 05:07 PM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

sekarang ni -- cuaca tak kira camana ...
ribut    taufan    puting beliung..

cuaca - sangat tak boleh predict...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.041285 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list