f@uzi This user has been deleted
|
Al-Quran seperti yang dijanjikan Allah akan dijamin ketulinanNya sehingga akhirat. Kerana itu semua kandungan didalam al-Quran adalah mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah swt termasuklah cara susunannya. Kepada yang mahu rujukkan, sila rujuk kepada al-Quran Mushaf Malaysia dan terjemahan, terbitan Yayasan Restu.
Al-Fatihah dijadikan ketua/penghulu kepada ayat al-Quran yang lain kerana ianya mengandungi isipati keseluruhan al-Quran. Didalamnya terkandung doa meminta Allah swt memberi petunjuk kepada manusia di atas jalan yang benar dan meminta Allah menjauhkan mereka dari jalan sesat yang dimurkai Allah. Kerana itu ramai yang membaca surah al-Fatihah sebelum membaca al-Quran dengan harapan Allah memberi kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran akan yang dibaca. Sesungguhnya semuanya adalah mengikut kehendak dan keizinan Allah, Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by f@uzi at 24-5-2007 10:10 AM
Al-Quran seperti yang dijanjikan Allah akan dijamin ketulinanNya sehingga akhirat. Kerana itu semua kandungan didalam al-Quran adalah mengikut seperti yang dikehendaki oleh Allah swt termasuklah ...
setuju, setuju...... dah tutup je kes kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kitab diturunkan
Salam..........
Mari bersama-sama kita renungkan terjemahan ayat dibawah:
17:106. Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan.
Bagaimana kalau saya katakan bahawa Al-Quran itu diturunkan sekaligus dalam satu penurunan kepada Nabi Muhammad melalui Jibrail: Lihat perkataan berwarna merah. Kemudiannya melalui Jibrail juga Baginda diarahkan untuk membacanya kepada manusia berjarak-jarak(perkataan berwarna hijau kerana tugas membahagi-bahagikan('compiling') Al-Quran adalah Haq ALLAH(perkataan berwarna biru).
AllahulAleem |
|
|
|
|
|
|
|
salam
maafkan saya kalau saya tersalah
tetapi dlm AYAT KEEMPAT SURAH IQRA tu
KALAM bermaksud KATA KATA dan bukannya PENA atau TULIS BACA
atau adakah persamaan disitu????
dan sebegitu juga DIBACAKAN oleh JIBRAIL
dan NABI kepada PARA SAHABATNYA
dan sehingga hari kiamat!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Dari Jabir bin Abdullah R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda: Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim kaya. (HR Tirmizi)
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda: Orang-orang fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun. (HR Tirmizi)
sape2 bleh terangkan x knapa tahun berbeza...
boleh ke tanya solan camtu
soalan nie berkenaan aqidah ke
boleh ke sharekan hadith2 cam ni |
|
|
|
|
|
|
|
salam
tak de sapa ke nak tolong jawab?
saya tak mampu jawab tapi sekadar berbicara utk DIFIKIRKAN bersama
kenapa tahunnya berbeza?
mungkin semasa NABI berkata begitu adalah ditujukan kpd segolongan fakir
manakala yg lagi satu tu pada golongan fakir yg lain pula
dan tentu golongan fakir pun berperingkat peringkat jugak kannnnn
dan tak semestinya NABI tika itu berhadapan dgn golongan fakir tersebut,
mungkin diILHAMKAN dgn golongan tersebut pada wktu itu
bukannya SALAH bertanya sebegitu
dan BERFIKIR SEKETIKA LEBIH BAIK DR IBADAT SETAHUN
dan kekadang fikiran kita tak mampu pada masa itu....
dan kalau diamati dgn MENDALAM
tiada bezanya HADITH tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum
Ketika Nabi (saw) wafat, ayat2 Qur'an seluruhnya belum terkumpul dalam sebuah kitab , masih bercerai berai.
Tetapi dalam al Qur'an sendiri ada janji Tuhan, akan memelihara Qur'an ini dengan baik dan mengumpulkan dengan selengkapnya serta membetulkan bacaannya.
Pada masa pemerintahan Abu Bakar, banyak terjadi peperangan besar, di antaranya Yamamah utk memadamkan pemberontakan kaum murtad yang dipimpin seorang yang mendakwa dirinya sebagai Nabi, namanya Musailimah al Kazzab. Dalam peperangan ini banyak yg. syahid, di antaranya beberapa orang yang hafal Qur'an. Hal inilah yg menjadi pemikiran bagi Umar ibn Khattab, betapa besarnya kerugian bila org2 yg. hafal Qur'an itu banyak yg. meninggal di medan pertempuran. Umar berpendapat, sebaiknya al Qur'an itu dikumpulkan kepada satu kitab.
Pendapat yg berharga itu disampaikan kepada Abu Bakar ketika itu Khalifah kaum Muslimin. Pada mulanya beliau menolak pendapat ini, kerana tidak pernah dilakukan Rasulullah (saw) semasa hidupnya. Namun Umar meyakinkan bahawa usaha itu amat baik dan sangat diperlukan kerana besar kemungkinan Qur'an akan hilang bersama dgn hilangnya org2 yg menghafal Qur'an dan akhirnya Abu Bakar bersetuju.
Abu Bakar memanggil Zaid bin Tsabit seorang penulis tetap wahyu di masa Rasulullah (saw) . Lalu diceritakan kpd Zaid akan gagasan Umar yg telah ia terima dgn baik dan menyetujuinya utk mengumpul ayat2 Qur'an, mengingat alasan2 yg dikemukakan Umar spt perang Yamamah yg menimbulkan korban syahid di kalangan para penghafal Qur'an sehingga di kuatirkan yang hafal Qur'an menjadi sedikit.
Untuk itulah maka Zahid binTsabit bersama beberapa sahabatnya melakukan pengumpulan al Qur'an selengkapnya sehingga terhimpun dalam satu kitab dengan urutan surat(surah) dan ayat2nya.
Urutan surat(surah) dan ayat yg ada dalam Mash-haf Imam, Mash-haf Usmani bukanlah susunan yg dibuat di masa Abu Bakar dan Usman melainkan menurut yg telah ditetapkan oleh Rasulullah (saw) sebelum beliau wafat dengan petunjuk Jibril.
Wassalam.
Betapa sayangnya kita telah lupa akan pengajian Islam yang kita telah pelajari di waktu sekolah rendah lagi...
[ Last edited by rdzaccess at 1-8-2007 03:19 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
sayang betapa sayangnya
dan teramatlah sayangnya bahwa
kita melupakan perjanjian kita dgn PENCIPTA dahulu
bahawa kita TIDAK SESEKALI AKAN MENYEKUTUKAN DIA DGN SESUATU PUN
dan adakah kita lebih takut sesama manusia dr takut kepada tuhan,
merupakan SEKUTU bagi TUHAN???
adakah kita lebih mengharap sesama manusia dr mengharapkan TUHAN,
merupakan SEKUTU bagi TUHAN???
adakah ingatan kita dgn dunia lebih diingati dr mengingati TUHAN
merupakan sekutu bagi TUHAN???
betulkah??? atau was was dr syaitan??? |
|
|
|
|
|
|
juskurma This user has been deleted
|
ucap dua kalimah tapi hari2 syirik... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
jadi kenapa walau selalu ber KALIMAH SHAHADAH
selalu BERZIKIR SOLAT BERDOA
tapi masih MENYEKUTUKAN TUHAN
adakah manusia tidak sedar???
atau hanya buat tak tahu????
sedangkan TUHAN MEMAAFKAN SEGALA KESALAHAN YANG LAIN
TETAPI TIDAK MENYEKUTUKANNYA DENGAN SESUATU PUN
adakah manusia faham??????????????? |
|
|
|
|
|
|
| |
|