CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4878|Reply: 1

Ketahui gejala bayi biru

[Copy link]
Post time 7-9-2006 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Kesihatan: Ketahui gejala bayi biru
Oleh Halina Mohd Noor


Rawatan awal disusuli pembedahan boleh selesai masalah disebabkan jantung berlubang

KEHAMILAN memerlukan perancangan untuk menentukan kesihatan ibu dan bayi yang optimum. Kajian menunjukkan sesetengah masalah dihidapi bayi seperti masalah saraf tunjang spina bifida, kecacatan otak dan penglihatan serta masalah jantung kongenital boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

Amalkan pemakanan seimbang termasuk pengambilan asid folik, hindari daripada dijangkiti penyakit berjangkit seperti rubella dan toxoplasmosis serta jauhi diri daripada merokok, minuman beralkohol serta ubatan yang boleh mengancam pembentukan janin.

Umur ibu yang optimum membantu dalam mengurangkan insiden masalah sindrom seperti sindrom Down yang turut dikaitkan dengan masalah jantung kongenital disamping kelewatan perkembangan.

Apakah masalah jantung kongenital?

Secara ringkas, jantung terdiri daripada empat bilik, dua di sebelah kanan dan dua di sebelah kiri. Bilik kiri menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru dan mengepamnya ke badan, manakala bilik kanan menerima darah kurang oksigen dari badan dan menghantarnya ke paru-paru yang mana ia akan menerima oksigen.

Pakar Perunding Pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, berkata masalah jantung kongenital berlaku apabila pembentukan jantung janin terganggu. Ini menyebabkan pembentukan bilik dan dinding jantung serta saluran darah yang bersambung dengan jantung terjejas.

揌asilnya ialah jantung berlubang, saluran sempit serta posisi saluran darah yang terbalik. Tentu sekali, keadaan sebegini akan menimbulkan masalah kepada bayi apabila lahir kelak. Masalah jantung kongenital boleh dibahagi secara amnya kepada dua jenis iaitu masalah jantung kongenital sianotik yang menyebabkan bayi kelihatan biru, dan masalah jantung kongenital tidak sianotik,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2006 01:22 PM | Show all posts
baca topik ni bubble pernah berhadapan dengan baby yang tiba-tiba jadi biru. Tapi bukan baby bubble.. baby kepada org sebelah katil.. kitorang punye lah kalut masa tu.. takut baby tu berhenti breathing... bubble berlari cari nurse (dgn perut memboyot).
Tapi rasanya baby tu takde masalah jantung.. tapi taktau la sekarang ni baby tu camne..harap2 baby tu sihatt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.043561 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list