|
Tidak perlu minta maaf daripada pasangan zina
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
SOALAN
Adakah perlu (wajib, harus, haram) bagi dua orang Islam bukan mahram (lelaki dan wanita) yang berzina tetapi ingin bersegera bertaubat memohon maaf (selain dari Allah s.w.t.) dari pasangan masing-masing atau dan adakah perlu bagi lelaki tersebut memohon maaf daripada suami wanita tersebut, manakala wanita perlu juga memohon maaf daripada isteri lelaki yang dia berzina dengannya?
Sekiranya pihak-pihak tersebut (pasangan atau isteri/suami kepada penzina) tidak dapat memaafkan kesalahan itu, apakah yang boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita itu? Adakah bayaran dapat dibuat bagi menebus maaf sekiranya wang ringgit menjadi isu atau jalan penyelesaiannya?
Apa pun, yang pasti kedua-dua keluarga akan menjadi kucar-kacir sekiranya kedua-dua belah pihak mengetahuinya.
JAWAPAN: Bertaubat daripada perbuatan zina adalah wajib. Dosa besar ini perlukan taubat yang segera. Apabila seorang hamba melakukan suatu perbuatan yang telah ditegah dalam agama maka adalah menjadi wajib ke atasnya segera bertaubat dan menyesal terhadap perbuatannya itu serta berazam tidak akan kembali kepadanya. Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu didatangi mati dan bersegeralah melakukan amal soleh. (Riwayat al-Baihaqi, jld:3, hlm:173). Abdullah bin Masu抎 pernah berkata ketika mentafsirkan ayat yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya).
Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai |
|
|
|
|
|
|
|
Kedudukan ibu bapa nabi
Kemusykilan anda dijawab
MOHD YUSOF ABAS
SOALAN:
Adakah ibu bapa Nabi termasuk dalam mereka yang terselamat di akhirat nanti sedangkan ada hadis yang mengatakan bahawa Baginda pernah bersabda: "Bapa kamu dan bapaku dalam neraka"
- Sanusi Samsul, Taiping, Perak.
JAWAPAN:
Menurut pendapat ahlul haq, mereka yang berada di antara dua masa para rasul itu (mereka yang dikenali sebagai ahlul fatrah) atau mereka yang tidak diutuskan rasul kepada mereka itu, mereka dikira terselamat dan tidak diazabkan di akhirat nanti. Ini termasuklah ibu bapa Nabi kita. Ia berdasarkan firman-Nya yang bermaksud "Kami tidak menyeksa (sesiapa) sehingga Kami utuskan Rasul dan utusan (untuk menerangkan yang benar dan salah)" (Maksud Surah al Israa' ayat 15).
Adapun sabda Nabi tadi yang mengatakan "Bapamu dan bapaku dalam neraka" itu dikatakan hadis ahad yang tidak dapat menolak dalil qat'ai dari al-Quran. Justeru itu para ulama kita mengatakan maksud dengan perkataan bapaku dalam hadisnya tadi boleh difahami sebagai bapa keturunan (seperti datuk neneknya, bapa saudara seperti Abu Talib dan Abu Lahab dan lainnya. Ini kerana Abu Talib adalah bapa angkat yang memelihara dan menjaganya sejak kecil lagi dan bagaimana hubungan kasih sayang yang terjalin antara anak saudara dengan bapa saudaranya itu. Menurut pendapat yang terkuat, ibu bapanya (ibu bapa nabi) adalah terselamat, malah kata para ulama lagi, seluruh datuk nenek dari keturunannya dikira dari ahlul fatrah lagi bersih dari sebarang keaiban. Ini berdasarkan sabdanya yang bermaksud: "Aku sentiasa berpindah-pindah dari benih yang suci dari satu generasi ke satu generasi yang baik-baik (tidak bercampur) bukan dari benih yang kotor dan jahat'' (Riwayat Abu Nu'aim)
Malahan dikatakan ada hadis riwayat dari Urwah dari Aisyah: "Bahawa kedua ibu bapa Nabi pernah dihidupkan kerana permohonannya lalu hiduplah keduanya dan beriman dengannya lalu terus meninggal" (Riwayat Ibnu Syahin).
Kesimpulannya, akidah yang perlu dipegang ialah kedua ibu bapa Baginda adalah selamat sejahtera. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|