View: 3883|Reply: 15
|
JEJAK RASUL 13 [Isnin-Jumaat, 6 ptg. Sabtu & Ahad, 5 ptg]
[Copy link]
|
|
Salam Ramadhan,..
Aku baru berpeluang tengok jejak rasul 12 last week, sabtu lepas.. menarik,..
Anybody wanna share some thoughts? Aku kagum dgn usaha crew for the program. And i was really amazed that they all dapat jejakkan kaki ke bumi Palestin - Dome of the Rock, Masjidil Aqsa.. etc,.. setahu aku org Malaysia tak dapat masuk area sana, (ke aku dah ketinggalan?.. now kita dah boleh masuk sana?)...
[ Last edited by jac_diehard_fan at 20-9-2007 05:38 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam ramadhan also....:tq:
sy tiap2 hari tgk....+2 ttg rasulullah plak...lg bertambah minat nak tgk....kekadang tu x berapa faham sgt sbb sambil tgk wat kerja lain....tp bestla jejak rasul nie....sy pun kagum gak diaorg wat program mcnie....berkualiti n berinformasi.....pastu ada scene yg diaorg lakonkan balik...
yg sy faham ttg masjidil aQsa tu klau sesapa nak pi melawat kena lalu 2 peringkat kawalan.......1st org yahudi....diaorg x kisah sgt n senang jer masuk melalui diaorg ni...pastu second tu org islam....klau sesapa nak lepasi kawalan mereka kena baca surah fatihah n klau boleh, bolehla masuk....(klau silap tolong perbetulkan k)
ari sabtu lepas diaorg tunjuk sesi pengambaraan diaorg kan?yg best time krew jejak rasul(klau x silap)naik unta pastu jatuh..... :
[ Last edited by pinKy180 at 4-10-2006 05:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
krew jejak rasul siri Muhammad ni diberikan kemudahan dalam merakamkan siri ni... kawan fox ckp, dlm the making of tu dowang ada ckp, mmg takleh tangkap gambar, cth dalam masjidil haram... tapi mereka diberikan kelulusan...
fox rasa memang beruntung hj zainal ariffin ismail tu... dapat pergi ke tempat2 peninggalan nabi...best sangat2 kan? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg bestla hj zainal tuh....free2 jer boleh jejak kaki kat sana n boleh masuk plak tempat yg org lain x leh masuk.... krew2 yg lain pun bertuah cm hj zainal tu....
org cam sy yg tak penah pegi tgk jerla.....tgk jer pun dah best inikan pula diaorg yg pergi sana
[ Last edited by pinKy180 at 5-10-2006 11:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mintak2, hat ni diorang percepatkan sikit vcd TMO and whole versions of jejak rasul.. aku kompol duit nak beli nih |
|
|
|
|
|
|
|
tu sebab aku nak kerja bahagian broadcastign!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
JEJAK RAUL 13
ISNIN - JUMMAAT (6.00 pm)
Sahabat
SABTU & AHAD (5.00 pm)
As-Salam USA |
|
|
|
|
|
|
|
tak berkesempatan tengok Jejak Rasul kalau Ulangan Bila ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 HangPC2's post
ulangan tengah malam skit lepas night line.... lam kul 1.03am![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat tengok waktu siang, ulangan saja yang sempat tengok
Moga-moga Haji Zainal Ariffin Ismail kekal jadi pengacara Jejak Rasul sampai 10 musim lagi, rasa tak best kalau orang lain ganti dia |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat tengok waktu siang, ulangan saja yang sempat tengok
Moga-moga Haji Zainal Ariffin Ismail kekal jadi pengacara Jejak Rasul sampai 10 musim lagi, rasa tak best kalau orang lain ganti dia |
|
|
|
|
|
|
|
background music tur sedap arr.... sapa tau ekk??? cam nak donlot jek..... as salam usa n jejak rasul...... |
|
|
|
|
|
|
|
tahun ni ade tak jejak rasul 15? |
|
|
|
|
|
|
|
ada.....
tapi TV9 pun ada dokumentari macam ini jugak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, TV9 turut tidak ketinggalan menyediakan kandungan program menarik dan bermutu seperti dokumentari agama Al-Risalah yang membawa penonton mengenali lebih dekat Nabi Allah Isa a.s. seperti diperkatakan al-Quran serta turut memaparkan titik pertemuan di antara agama Islam dan Kristian. |
|
|
|
|
|
|
|
Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya
Friday, August 21, 2009
Jejak Rasul kembali lagi dengan paparan Sirah Anbiya
SEBAGAIMANA kurma dan dan bazaar Ramadan menjadi penyeri sambutan bulan puasa, begitu juga dengan program di TV3, Jejak Rasul yang menjadi santapan rohani setiap kali menjelangnya bulan yang mulia ini.
Mula diperkenalkan pada tahun 1995 di TV3, Jejak Rasul adalah dokumentari ilmiah yang popular kerana memaparkan peninggalan para anbiya selain peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan 25 Rasul.
Kali ini, Jejak Rasul - Sirah Anbiya yang disiarkan sebanyak 29 episod ini menemui penonton TV3 sepanjang Ramadan setiap hari jam 6 petang mulai, esok.
Sirah Anbiya’, dokumentari sejarah berkonsep kembara jalanan atau travelogue ini adalah pembikinan semula siri Jejak Rasul musim pertama. Bagaimanapun, kali ini pengisiannya lebih segar dan bermaklumat.
Sejak diperkenalkan 14 tahun lalu, Jejak Rasul 1 memberi kesan amat berkesan kepada penonton dan industri dalam pembikinan dokumentari berbentuk ilmiah.
Siri pengenalan Jejak Rasul ini terus menjadi permintaan ramai dan selepas lebih sedekad menemani penonton, lokasi-lokasi Jejak Rasul yang masih menjadi sebutan penonton setia siri ini kembali dikunjungi oleh krew penerbitan Jejak Rasul.
Bersempena sambutan ulang tahun TV3 yang ke 25 ini, Jejak Rasul 15 kembali menerokai lokasi bersejarah yang pernah dilawati seperti Syria, Mesir, Jordan, Israel, Turki, Arab Saudi dan Yemen.
Jejak Rasul 15 akan mengupas sejarah Nabi dan Rasul juga kisah-kisah penuh pengajaran yang disebut dalam al-Quran dan Sunnah. Bersesuaian dengan lokasi penggambaran yang bersejarah, warna kehidupan masyarakat tempatan juga akan turut dipaparkan merangkumi latar belakang sejarahnya, budaya serta bahasa.
Siri 29 episod ini membawakan kisah bersumberkan al-Quran dan Sunnah disokong dengan fakta dan kajian ilmiah serta disampaikan oleh pengacara berwibawa, Ahmad Noor Sulaiman.
Penerbit Jejak Rasul Musim ke-15, Jasmi Shahir berkata, siri kali ini memberi tumpuan kepada semangat yang ditunjukkan oleh Rasul serta pengajaran yang boleh didapati daripada sejarah.
Kisah-kisah para Rasul ini dapat dilihat dengan jelas lagi melalui siri Jejak Rasul selain dari mengetahui peristiwa yang bersejarah melalui al-Quran dan Hadis. Ayat-ayat suci al-Quran dan Hadis menerangkan perjuangan para Rasul dan sahabat demi menegakkan syiar Islam seperti rintangan yang terpaksa dihadapi ketika berdakwah, kesusahan dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh mereka serta pencapaian dalam menyebarkan agama Islam.
Penggambaran yang dijalankan selama 100 hari ini bukan saja menerokai peristiwa sejarah para Rasul seperti yang dinyatakan di dalam Quran dan Sunnah tapi turut memaparkan pemandangan, rakyat tempatan dan lokasi-lokasi yang dilawati sepanjang pengembaraan di serata pelusuk bumi Anbiya’.
Khusus buat penonton setia TV3, pastikan petang anda terisi sepanjang bulan Ramadan ini dengan menonton Jejak Rasul 15 -Sirah Anbiya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|