|
Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser?
[Copy link]
|
|
Ketupat segera dalam plastik tidak berbahaya - UPDATE
Ketupat segera dalam plastik tidak berbahaya
MERUJUK kenyataan akhbar bertarikh 2 November 2006 mengenai Ketupat segera dalam plastik boleh akibat kanser, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam isu tersebut.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyatakan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) boleh menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem endokrin dan kesan karsinogenik. Plastik ketupat yang mengandungi bahan HDPE adalah jenis gred makanan yang tahan kepada haba sehingga 120oC dan tidak mudah merembes (leaching) keluar.
Kajian yang dilakukan oleh Institut Sains dan Teknologi Industri Pembuatan di Princeton, Amerika Syarikat yang dibangkitkan oleh Pengerusi CAP adalah kajian terhadap plastik HDPE saluran paip, dan ia tidak boleh disamakan dengan penggunaan plastik ketupat atau plastik pembungkus makanan.
Organik mudah meruap (VOC) dari plastik adalah tidak stabil dan mudah meruap pada suhu yang tinggi, oleh itu ia tidak menjadi isu keselamatan kerana sifat ini di dalam masalah plastik ketupat.
Salah satu bahan yang digunakan untuk membuat plastik termasuk yang digunakan untuk membuat bekas atau pembungkus plastik adalah Bisphenol A. Bahan ini dilaporkan boleh mengganggu sistem endokrin pada tahap yang agak tinggi.
Melalui kajian penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM dengan kerjasama Universiti Malaya (UM), kelunturan Bisphenol A dari plastik ketupat adalah di bawah paras bahaya dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.
Untuk makluman pengguna, terdapat 2 bahan dalam plastik yang boleh menyebabkan gangguan sistem endokrin iaitu Diethyexyl phthalate (DEHP) dan Diisononylphthalate (DINP). Kajian yang dijalankan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan Kerjasama Universiti Malaya (UM) pada 2002, mendapati plastik ketupat mengandungi kedua-dua bahan ini pada paras yang amat rendah dan dengan itu tidak memudaratkan kesihatan kepada pengguna.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna supaya tidak perlu khuatir dan bimbang mengenai isu penggunaan plastik sebagai sarung ketupat.
? BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN,
Kementerian Kesihatan
Malaysia.
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... um&pg=fo_03.htm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue at 4/11/2006 09:44 AM
tadi on the way ke opis dgr radio ERA..kementerian kata toksah takut sbb R&D dah dibuat sebelum benda ni diluluskan dan diorg dpt kelulusan dari amerika lagik tu...
betui ker sue? |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa boleh laaa...produk2 makanan segera ni mesti dah banyak melalui pelbagai tapisan...kalau betul2 merbahaya takkan Kerajaan nak luluskan...
I punya falsafah..kalau nak sakit..sakit jugak...berapa banyak cerita kita dah dengar tentang orang yang tak merokok boleh kena kanser paru2..kanser lidah...kalau ALLAH swt nak duga..anytime, anywhere... |
|
|
|
|
|
|
|
muneerah posted on 20-11-2006 09:50 PM
i rasa boleh laaa...produk2 makanan segera ni mesti dah banyak melalui pelbagai tapisan...kalau betu ...
Betul jugak tu... lagi satu dlm badan pun dh bnyak toksin sama...
|
|
|
|
|
|
|
|
ketupat segera dalam plastik tu tak sedap... yang ori tu sedap.... |
|
|
|
|
|
|
|
betol tuh, barangan dr plastik mmg penyebab kanser |
|
|
|
|
|
|
|
memang tak sedap pun , rasa ada bau plastik bila makan,
diharap sykt pengeluar dapat gunakan bahan lain spt kain atau bahan yg lebih selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak anyam ketupat tetiap tahun. Kadang tu jadi ketupat bawang. Lepas teranyam jadi ketupat sate lak. Suami akak je yg terrer..kejap je dah siap. Kat office, dr dulu dia le tukang buat ketupat riben plastikplastik tp bkn utk rebus tau.. Utk hiasan saja hat riben tu.... Yg pasti hidangan pagi raya ketupat ori..
Kalo nasi himpit plak, dah lama x buat.. Thn ni kena buat utk open house.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|