CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: GasTrick

Cuma ingin meluahkan perasaan-Baca

[Copy link]
 Author| Post time 23-11-2006 06:47 PM | Show all posts

Khas untuk mereka...

Bagi golongan yang enggan berfikir dengan akal....

Tentang kebenaran

Dan kebanyakkan tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk untuki mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Yunus 10 : 36

Penerangan: Ayat2 ini adalah sebahagian daripada yang mengisahkan umat manusia yang di seru untuk mengikuti islam. Agar memilih kebenaran(islam) namun mereka tidak mahu mengikutinya dan jika adapun yang mengikuti islam yang diterangkan pada ayat

Dan kebanyakkan tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk untuki mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Yunus 10 : 36

Iaitu mereka ini mengikuti islam dengan persangkaan (tanpa berfikir kebenarannya) sama sekali tidak dapat mengantikan sesuatu yang diperolehi dengan keyakinan.

Oleh itu, kebanyakkan ayat al quran sering kali menyeru umat manusia mengikuti islam adalah terdiri daripada mereka yang berakal kerana mereka ini akan berfikir dan apabila menemui kebenarannya maka kebenaran tersebut akan menambahkan keyakinan dalam diri mereka.(rujuk surah al quran yang saya postkan)

Mereka-mereka yang berakal ini sering kali di panggil orang-orang beriman(rujuk surah dibawah) kerana orang2 yang berakal pastinya akan sentiasa mencari-cari(berfikir) akan kebenaran yang dinyatakan. Setiap kali ia dapat difikirkan kebenaran maka mereka akan mendapat keyakinan dan setiap keyakinan yang diperolehi akan mengukuhkan iman dalam diri.

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertakwalah kepada Allah  hai orang-orang yang mempunyai akal ; (iaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepada kamu. Ath Thalaaq 65 : 10

Orang ?rang yang berakal akal mengkaji al quran berdasarkan pengetahuannya, sama ada dari segi matematik, sains, geografi, biologi, kimia, fizik dan sebagainya(nak senang cheack mata pelajaran kat sekolah).oleh itu iman mereka bertambah jika mereka lakukan kerana mencari kebenaran sejati seperti yang dinyatakan

Dan apabila diturunkan suatu surat, maka diantara mereka(orang2 munafik) ada yang berkata : ?iapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surat ini?? Adapun orang yang beriman, maka surat ini menambahkan imannya, sedang mereka merasa gembira? At Taubah 9 : 124

Wahai muslimin dan muslimat
Sudah saya terangkan tentang kebenaran dan akal
Kebenaran boleh dicari dengan akal
Dan akal itu yang membezakan kita dengan haiwan
Wahyu Allah swt yang mana pula kamu mahu ingkari?

Sebab sesungguhnya?..


Sesungguhnya orang2 yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang yang melalaikan  ayat-ayat Kami, :  mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. Yunus 10 : 7-8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2006 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 19-11-2006 12:10 PM
Kalo tak silap isu kewujudan/ kebenaran ini dibincangkan dlm ilmu Ontologi. Ni ilmu sekular...

Descartes cakap...

'Tidak menerima sesuatu itu benar, jika saya tidak benar2 mengetahui bahawa ia benar'



hmm... itu Descartes cakap...
Biar GasTrick lak cakap...

Tidak ku terima sesuatu itu benar melainkan ia adalah perkara yang benar
kebenaran yang ku ketahui adalah dalam lingkungan pengetahuanku
jika ku tak tahu atau mengerti adakah perkara itu kebenaran atau kepalsuan?
maka kepada Allah swt sahaja ku memohon petunjuk daripadaNYA
kerana kebenaran datang darinya dan bukannya kepalsuan
Insyaallah kebenaran akan bersinar
umpama mentari terbit di waktu pagi
menceriakan dan membangunkan bumi yang tertidur
Agar aku bersyukur kepadanya
dengan sebenar-benar syukur dari hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 03:20 PM | Show all posts

sajeee

Hanya sekadar pandangan GasTrick mengenai sajak? errr saya tahu ni cut paste tapi sape punya sebenarnya?.

Tuhan!
Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni
Iaitu beri aku faham tentang pengertian sifat-sifat-Mu yang mendalam


Ha ha ha ?. Saya tak pernah dengar ilmu yang seni-seni tu apa dia (saya tak paham). So tak boleh komen banyak?api satu perkara saya amat jelas disini iaitu al hikmah?ika betul kamu mahukan Al hikmah iaitu kefahaman yang mendalam tentang Al quran dan Hadis (kerana melalui wahyu Allah swt dan penerangan dari Rasulullah saw sahaja kita dapat mengenal sifat-sifat Allah) maka dengarlah surah ini?..

Allah?menganugerahkan al hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al quran dan as sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang di anugerahkan al hikmah?itu, ia benar-benar telah di anugerahkan kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah) Al Baqarah 2 : 269

Yang jelas diterangkan disitu, Al hikmah hanya dianugerahkan kepada mereka yang berakal kerana kerana Al Hikmah yang di anugerahkan oleh Allah menyebabkan orang2 berakal memahami dan mengambil pelajaran dari wahyu Allah.


Agar aku bertambah mengenal-Mu
Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu
Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu
Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu
Semakin luas ilmuku terhadap-Mu
Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu yang Maha Kuasa
Bertambah aku malu dengan-Mu


Well, tiada komen yang lebih sememangnya itulah yang kita mahukan iaitu mendekatkan diri dan mengenali Allah swt lebih dekat dan jelas. Ada pelbagai cara untuk kita mengenali Allah swt dan saya pula cuba mengenalinya berdasarkan kebenaran dan untuk memdapatkan kebenaran maka saya terpaksa bergantung kepada satu-satunya alat yang membezakan antara kebenaran dan kepalsuan iaitu Akal (seperti mana yang saya ceritakan akal yang baik adalah keharmonian antara minda(fikiran) dan Hati (perasaan)). Ini cara saya dan konsepnya sesuai dengan saya sehingga saya dapat maju sejauh ini dan saya ingin memecut lebih jauh dan lebih pantas lagi.




Tuhan!
Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa
Bukan ilmu di dalam fikiran


Sesungguhnya jika muslimin dan muslimat lihat frasa terakhir tersebut, ianya amat jelas bertentangan dengan konsep yang saya miliki?udah tentu saya menolak dengan keras pandangan sebegitu?agi saya Hati dan fikiran adalah sama-sama penting kerana mengikut konsep saya?eseimbangan dan keharmonian antara kedua2nya akan menghasilkan akal yang baik untuk manusia. Kekurangan satu bahagian akan sama ada hati(perasaan) atau minda (fikiran) akan membentuk ketidak seimbangan akal manusia.(hehehe..lain orang lain pandangannya)

Tambahan : Mungkin saya belum mempunyai pengetahuan yang tinggi? tapi bukankah ilmu rasa ini seumpama ilmu firasat?.. setahu sayalah cuma ahli nujum dan tukang tilik biasanya mempunyai ilmu sebegini.. tak tahulah saya. Cuba bayangkan je?.


Pandangan hati menebalkan keyakinan
Pandangan akal adakalanya membawa keraguan
Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada
Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu dapat menebalkan rasa kehambaan
Rasa kehambaan pada seseorang itulah membawa seseorang tawadhuk
Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu sombong dan ego



Pengertian frasa dalam ayat pertama saya tak nafikan ada betulnya. Tapi saya nak komen tentang ayat kedua tuh?ama ada saya tak mengerti atau dia?mmm..  akal bagi saya adalah hati dan minda. Tapi untuk selaras saya menganggap penulis sajak ini telah mengkategorikan akal dan rasa kepada dua iaitu

rasa adalah hati (sesuai dengan tajuk dan apa yang diterangkan di dalam sajak)
akal  adalah fikiran (merujuk kepada logic dan minda dan pengetahuan dan sesuai dengan apa diterangkan dalam sajak)

(nampak sangat berbeza daripada saya) terus terang saya katakan, inilah akibat jika tidak tidak memahami apakah itu akal sebenarnya. Allah dalam al quran menaikkan dan memuliakan akal manusia sedangkan penulis tersebut menidakkan akal seolah-olah akal tiada gunanya di sisi Allah. Terus terang lagi kepada penulis ini saya katakana? ?dakah awak mahu menidakkan firman Allah dalam Al quran?? cuba rujuk balik dalam post saya mengenai akal?ost ke #36.

Persoalan satu lagi? kepada muslimin dan muslimat? apabila anda merasa ragu-ragu atau was-was?dakah ia timbul lebih terasa dalam minda fikiran atau dalam hati?.

Ketika saya rasa ragu-ragu atau was-was, (seperti kes Iman rogol anak perempuannya) saya merasa keraguan lebih mendalam timbul dalam hati.. memang benar fikiran hanya sekadar logic, apabila segala logic dalam minda lancar, tiada salah dan silap lagi
. Apabila fikiran mengata logic dan tapi hati mengata salah atau tak betul maka dua pertentangan ini yang berlaku menimbulkan keraguan kepada saya dan biasanya pada pemikiran biasa saya keliru kerana perkara logic biasa dianggap benar tapi bila hati berkata tidak benar maka saya keliru..

dalam keadaan ini saya akan cuba menilai dan mengambil pendekatan masuk ke logic asas 2 supaya saya dapat bezakan mana logic yang menyatakan ia logic tetapi salah (boleh rujuk logic asas dua saya)? jika saya tak mampu selesaikan jua percanggahan antara hati dan minda.. maka kepada Allah sahaja saya pohon petunjuk dan kebenaran? biasanya dalam dua tiga hari @ paling lama 2-5 tahun baru dapat.. hahahaha?. So jangan terlalu gundah gulana.

Kesimpulan: keraguan biasanya timbul dalam hati, iaitu gerakbalas perasaan kita terhadap sesuatu perkara yang difikirkan. Maka, kenapa pada rangkap kedua menyalahkan akal..err fikiran sedangkan keraguan itu timbul dalam hati. kalau fikiran pula bercanggah antara fakta2..kita panggil keadaan itu keliru..bukan ragu.



Habis komen GasTrick. Renung-renungkanlah.

Hehehe..lagipun apa yang saya kata tak semestinya semua betul..mungkin pada sesetengah kata-kata ini betul setengah orang katakan tidak benar. Tapi bagi saya ia adalah jelas sejelas pokok kelapa di hadapan saya kini?tutup laptop(sayang tak de link internet).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 03:26 PM | Show all posts

legaaaaaaanya

mengenai kebenaran dan akal
itu kebetulan sahaja terbincang
sebenarnya sahaja je nak meluah perasaan ini
kekadang tu elok gak menjerit ditengah padang!
maka terus meluahkan perasaan.............

Di puncak bukit

Ketika aku kecil
Aku tinggal di puncak bukit
Di kelilingi belantara yang menghijau
Di kelilingi unggas dan mergastua
Bagaikan hidup hanya ada ayah dan ibu
Manusia selain itu ku tak mengetahui
Tapi ketika itulah hidup yang paling gembira
Walaupunku masih tak tahu apa-apa
Diwaktu pagi dan petang ibu meneman bersiar
Belajar berjalan dan juga mengenal dunia
Halaman ruman bagaikan taman
Bunga-bungaan beraneka warna
Baunya harum melembutkan jiwa
Kucing hutan ibu sentiasa mengekor
Itulah pengasuhku itulah penjagaku
Ibu mengenggam dan memimpin tanganku
Agar tak jatuh melukakan badan
Sampai dipinggir bukit tangan ibu dipegang erat
Gerun rasa melihat jauh dibawah
Gerun terbayang jatuh kebawah
Gerun terasa angin yang kencang
Yang bertiup bagai menolak aku kedepan dan belakang
Walau takut, aku rasa selamat sebab tangan ibu erat memegang
Saat itu aku melihat merpati-merpati peliharaan ayah
Yang berkumpul di rumah burung
Sangat cantik dan sangat indah
Semuanya putih semuanya nakal
Bila sampai waktunya semua merpati terbang
Bagaikan kapas-kapas di tiup angin
Terbang dan lenyap menjadi awan
Dan sebelum senja mereka pulang.
Dan setiap kali ku melihat mereka
Pasti ada pelepah putih jatuh disisi saya
Dan aku akan meniupnya agar terbang kelangit semula
Tersenyum riang melihatnya pergi dibawa angin
Alangnya kasih Allah swt kepadaku
Alangkah sayangNya kepadaku
Membentuk diri ini dengan segala keindahan
Membentuk diri ini mencintai alam
Membentuk diri ini mengasihi binatang
Membentuk diri ini supaya sentiasa berpandangan jauh
Sebagaimana ketika aku berdiri memegang tangan ibu dipinggir bukit
Memandang alam hingga kehujung ufuk disana
Memandang dunia dengan pandangan yang begitu luas.
Kini tangan ibu tidak lagi memimpinku
Dan dunia semakin luas dan jurang semakin dalam
Adakah ku berundur dari berada di tebing jurang itu
Sudah tentunya tidak walaupun hati masih takut
Kata ibu walau dia tidak lagi memimpinku
Ingatlah Allah selalu dan pastinya Dia yang akan memimpinku
Memegang erat tangan ini agarku dapat melihat sesuatu
Sejauh mana pandanganku mampu memandangnya
Dan agar suatu hari nanti tanganku pula memegang tangan yang lain


so OB dapat bezakan, sajak ni sepatutnya guna perkataan aku @ ku bukan saya, disebabkan mase tulis saya suke guna perkataan saya so terlupa tukar. tapi bagus juga kerana ia dapat memberikan gambaran sikit mengenai perbezaan AKU dan SAYA. dah tukar balik key.

[ Last edited by  GasTrick at 28-11-2006 03:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 03:37 PM | Show all posts
salam

memang BENAR kata saudara
lLIHAT pada KEBENARAN
tapi yang MANA YANG BENAR?????????????????
dr sebegitu BANYAK dan BERSEPAH
dari sebegitu JALAN DAN LIKU
hanya SATU
dan masih TETAP SATU

YANG SAMPAI DENGAN SELAMAT?????????????????????

sekadar pertanyaan
apasal bila berdoa dgn TUHAN suka sebut AKU
kalau dgn yg lainnya TAK NAK sebut cam tuu???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2006 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 27-11-2006 03:37 PM
salam

memang BENAR kata saudara
lLIHAT pada KEBENARAN
tapi yang MANA YANG BENAR?????????????????
dr sebegitu BANYAK dan BERSEPAH
dari sebegitu JALAN DAN LIKU
hanya SATU
dan masih TETAP SAT ...


Jadi..sudah temui apa yang membezakan antara AKU dan SAYA?
Dan apa yang meyamakan AKU dan SAYA?

nak tahu mana yang benar?
Yang itu perlulah saudara carikan sendiri kebenarannya
sebab bagi saya kebenaran itu datang
apabila saya benar-benar memerlukannya
mengikut keadaan dan mengikut diri sendiri
sebab jawapannya akan berbeza tetapi itulah jawapannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2006 09:22 PM | Show all posts
tahniah pada GasTrick...

anda telah menguasai persoalan epistemologi (teori ilmu) dengan baik. Saya tabikkk...

saya percaya penulis sajak yg anda quote itu adalah seorang al-ghazalian (Imam al-Ghazali) tulen... yg menganggap bahawa ilmu hati itu lebih stabil dan hampir mutlak kebenarannya (kalaupun tidak mutlak sepenuhnya).

al-Ghazali tidak menganggap ilmu akal (pure reason) dan pengalaman (sense-perception) sebagai stabil dan boleh dipercayai sepenuhnya.

epistemologi al-Ghazali ini banyak juga pengkritiknya. Antara lain mereka kata al-Ghazali telah memisahkan antara ilmu akal, pengalaman dan hati, seolah2 tiada kaitan antara ketiga2nya...  sedangkan kesemuanya kata mereka adalah `organically related'.

rasionaliti (logik) berasaskan akal. Pemikiran saintifik berasaskan pengalaman dan bagi saya kedua2nya tidak perlu direndahkan peranannya kerana melaluinya pun kita berupaya mencerap kebenaran.

penerangan anda di atas menunjukkan adanya kaitan antara ilmu2 itu. Memberatkan peranan hati dan mengurangkan peranan akal menjadikan manusia itu terpecah2 sedangkan kesemuanya adalah komponen roh belaka.

sebab itu agaknya zaman al-ghazali dianggap sebagai bermulanya zaman gelap akal dalam sejarah Islam. Akhirnya orang lain telah kidnap `age of reason' drp umat Islam dan kesannya amat buruk sekali.

saya anjurkan epistemologi brand al-Ghazali yg menjadi pegangan banyak orang (khususnya penulis sajak yg anda quote) perlu dikritik, disemak dan dinilai semula.

sekali lagi syabas...

:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 10:58 PM | Show all posts
Salamun Alaikum untuk semua.....................
Pada mulanya saya tidak terpanggil untuk bersama-sama memberi pendapat, tetapi bila membaca sajak yang dipastekan itu, seperti pemula thread, saya juga bertanya-tanya kemana dan dimana penulis sajak ini meletakkan Al-Quran, sekiranya benar beliau ingin menuju jalanNya yang Lurus.

Sedang ALLAH berfirman dengan banyak sekali suruhan-suruhan agar manusia dan jin menggunakan aqal, agar kita dapat memahami sesuatu perkara yang ALLAH kalamkan didalam Al-Quran, tiba-tiba dengan sajak  yang begitu halus indah kata-katanya rupanya mengandungi hasutan yang berlawanan dengan perintah ALLAH.  Bukankah ini perlanggaran yang terang-terang terhadap perintah ALLAH?

ALLAH AL ALEEM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2006 03:41 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 27-11-2006 09:22 PM
tahniah pada GasTrick...

anda telah menguasai persoalan epistemologi (teori ilmu) dengan baik. Saya tabikkk...

saya percaya penulis sajak yg anda quote itu adalah seorang al-ghazalian (Imam a ...


Terima kasih...

eerr.....itu sajak al-ghazalian (Imam al-Ghazali) tulen... saya tak tahu langsung....

sama ada saya sudah menguasai ilmu epistemologi itu..saya kurang pasti. kalau betul apa dikata.. Alhamdulillah, kalau tak kena tambah ilmu lagi, sebab komen/kritik saya terhadap sajak tersebut adalah berdasarkan pandangan saya dalam lingkungan pengetahuan saya sahaja.lingkungan pengetahuan saya kini hanya setakat ini namun saya berhasrat menambahkan lagi radiusnya. atau dengan kata lain saya ingin memandang sesuatu itu lebih jauh...

terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2006 11:13 PM | Show all posts
Aku juga ingin mencari Jalan Yang Lurus.
Makin lama ku cari makin jauh perjalanannya
makin ku kenal harga diri
dalam pencarian yang ku temui hanya onak dan duri
sekali sekala ku jumpai kaca dan permata
namun masih ku gagal nak capai kesemua
tangan ku masih lagik mengengam kosong
sekosong-kosongnya iman aku
yang telah dipenuhi dengan hawa dan nafsu
Dalam pencarian ini
ingin aku mencari lagik
dan terus mencari sehingga
keakar umbi
Mungkin telah kujumpai secara sedari
atau tidak sedari
Dari permata yang hilang
yang diseliputi habuk dan kabus
mungkinkah dapat ku gilap kembali
permata yang telah ku jumpai
bertemankan guru mursyid ku
yang tidak kuketahui
sehingga mana penghujungnya
apakah selagik nafas ku berombak atau
aku menjadi nazak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 04:47 PM | Show all posts
Berhentilah seketika
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2007 05:13 PM | Show all posts

A new sajak...

Dahulu saya ada mengkritik salah satu sajak yang di postkan oleh salah seorang forumner M&M

Disebabkan saya lihat ia bertentangan dengan prinsip pegangan saya yang berlandaskan al quran dan juga hadis, maka saya menolak sekeras-kerasnya sajak tersebut. Namun saya juga rase sedih kerana ramai antara kita tidak menyedari kesilapan penulis...

Janganlah saudara dan saudari bersusah hati kerana kehilangan sajak tersebut, saya gantikan sajak yang lebih baik dari itu.

Akal, Hati dan Minda

Akal adalah kesatuan antara minda dan isi hati
Itulah akal bagiku itulah panduan bagiku
Untuk mengunakan akal sebagai alat untuk meneroka
Meneroka alam ciptaan Allah Yang Maha Esa
Sebagai mana yang Allah nyatakan dalam kitabNya
Dan Ya Allah Ya Tuhanku
Engkaulah yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang
Berikanlah aku minda yang penuh ilmu pengetahuan
Dan berikanlah aku daya kefahaman dan kesedaran
Supayaku tidak mudah keliru dan mudah tertipu
Dan Ya Allah Ya Tuhanku
Engkaulah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun
Berikanlah aku hati yang bersih lagi suci
Supayaku dapat beriman dan bertakwa terhadap Mu
Tanpa rasa ragu di dalam hati ini
Dan Ya Allah Ya Tuhanku
Dari minda yang penuh ilmu dan hati yang suci
Bentuklah untukku akal yang mulia
Akal yang dapat melihat sesuatu lebih dari sesuatu
Melihat perkara yang baik dan perkara yang buruk
Sebagai perkara yang jauh berbeza
Seumpama sejauh antara langit dan bumi
Wahai mindaku..
Jika kau lihat hati di buai nafsu
Jika kau lihat hati dibisik syaitan
Tegurlah ia agar ia sedar dari kealpaannya
Wahai Hatiku匸/size]
Jika kau lihat minda dalam kebuntuan
Jika kau lihat minda sedang kecelaruan
Tegurlah ia agar ia sentiasa waras sentiasa
Dan wahai akalku匸/size]
Engkau dapat melihat apa itu yang buruk dan yang baik
Tegurlah aku ketika aku mahu memilih keburukan
Nasihatkanlah aku supaya aku memilih kebaikan
Agar aku menjadi antara orang-orang yang mendapat rahmat dariNya.

Hasil Nukilan :
Pemelihara takwa yang terpuji
30.12.06
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:20 AM | Show all posts
Heheh..seronok bace..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:17 PM | Show all posts
mak oooiiiiii
berbahasa cik abe kita ni
gurindam puisi syair sajak............
indah dan ada permulaannya

untuk MENGENALI AL QURAN
dan BAHASA KEINDAHANNYA
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 10:57 PM | Show all posts
Dimana kebenaran...
entahlah....
aku sendiri pun sedang mencarinya...
aku percaya kebenaran ada buktinya..
aku percaya kebenaran ada hadirnya..
Aku percaya kebenaran ada hikmahnya..
Takkan ...
GasTrick Post at 12-11-2006 15:18

I like this.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:04 PM | Show all posts
kenanganku

Matematik...
add math...
Calculus...
persamaan pembezaan......errr yang ni umpama mimpi ngeri

Saya dalami physic hingga keperingkat ijazah...maka saya amat memahami logic dari segi ...
GasTrick Post at 21-11-2006 18:47

actually konsep intelligence ni luas and it doe snot confined to the figures sajer ....loads of pschologists at  stanford ker  apa apa ker dok came out with their own theories

but at the end saudara , Allah tengok takwa jer ....hmmm interesting is not it ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052071 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list