CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizsha80

[MERGED] All About Kaedah Menjarakkan/Perancang Kehamilan

[Copy link]
Post time 16-6-2010 10:39 PM | Show all posts
up ckit.. TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2010 10:23 AM | Show all posts
nak tanya kepada sesapa yg tau..

katela kalu kita amek pil perancang ni, then tetiba terpregnant  ...
honeybunch Post at 14-12-2007 17:31



    kalo mkn dgn btul/displin i'Allah xkan de mslh t'peknen ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 10:27 AM | Show all posts
saya pun tgh mencari perancang yg bagus....sbb rasernyer dah cukup dah....

anyone yg ambik maajun ...
L10714 Post at 28-2-2010 15:33



    Utusan Malaysia
Selasa , 03/06/2008


KAEDAH MENJARAKKAN KEHAMILAN

Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional seperti memakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil, kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi 'kelegaan' bagi pasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnya pelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakan dan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.
JENIS-JENIS KAEDAH PERANCANG KELUARGA:

1. Tradisional


Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama.


2. Semulajadi

Mengunakan kaedah masa selamat, suhu badan (masa subur/ tidak subur), mukus serviks (perubahan kepekatan dan warna) dan azal (mencabut zakar sebelum ejakulasi). Peratus kegagalan tinggi kerana sukar menentukan waktu kesuburan yang tepat.


3. Halangan

Penggunaan kondom (lelaki/ wanita), diafram, kap serviks dan spermisid (bunuh sperma). Kegagalan masih boleh berlaku.


4. Hormonal

Pil, suntikan, implanon, tampalan (belum ada di Malaysia) dan gegelang vagina (belum ada di Malaysia). Kesuburan baik pulih selepas kontrasepsi dihenti atau ditanggalkan.


5. Kontrasepsi darurat

Pil mencegah kehamilan selepas satu persetubuhan yang tidak dilindungi. Perlindungan berkesan 72 jam selepas persetubuhan, kurang berkesan selepas itu dan boleh diambil untuk tempoh 120 jam (lima hari).


6. Alat dalam rahim (ADR)

Alat yang dimasukkan dalam rahim dan dibiarkan untuk tempoh tertentu. Diperbuat daripada polietelin dan kuprum. Berkesan antara tiga hingga lima tahun bergantung kepada luas permukaan kuprum. Peratus kegagalan 0.16 kehamilan dalam 100 wanita setahun.


7. Pemandulan

Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).


Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 10:31 AM | Show all posts
Maajun Anggun Bistari (MAB) adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu.

Kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multi-purpose (pelbagai tujuan) dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.

MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul.

MAB boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua.
MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi orang Islam.


KANDUNGAN:

- Kacip Fatimah
- Serapat
- Senduduk
- Habbatus Sauda/Jintan Hitam
- Inai
- Manjakani
- Madu


KHASIAT:

- Merancang keluarga
- Merawat keputihan
- Memelihara peranakan
- Membuang darah kotor/period lama/nifas lama
- Teraturkan period
- Awet muda
- Mencantikkan kulit
- Menegang Payu Dara
- Melancar peredaran darah
- Menambah tenaga
- Mengawal kolesterol dalam darah
- Mengawal berat badan
- Melawas buang air besar
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 10:33 AM | Show all posts
Khasiat MAB

Sebagai makluman, MAB ini bukanlah hanya semata-mata untuk family planning sahaja, malah MAB boleh dikatakan ubat pelbagai guna (multi-purpose). Pada umumnya MAB mempunyai khasiat-khasiatnya yang tersendiri berguna untuk kesihatan dalaman/fizikal wanita. Berikut antara khasiat-khasiatnya:


Lain-lain kegunaan MAB

Di bawah diterangkan sedikit secara ringkas lain-lain kegunaan MAB seperti mana yang dimaksudkan sebagai ubat pelbagai guna (multi-purpose). Antaranya adalah seperti berikut:

Melambatkan Menopause
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan menopause di usia yang terlalu awal iaitu sekitar 40-an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah usia sekitar 30-an. Disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup otak kita menjadi kurang berkeupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan.

Jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan kita menopause terlalu awal. Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumah tangga. Hubungan seksual suami-isteri juga menjadi tidak harmoni disebabkan oleh faktor tersebut.
InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.


MAB Untuk Ikhtiar Mendapatkan Anak
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. Berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period yang tidak keluar habis / keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki dari salur peranakan (fallopia) menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan (ovum/telur).

Dengan mengamalkan MAB, ianya akan mengeluarkan kembali darah period lama (berwarna hitam/coklat) dan lemak (berwarna keputihan) supaya proses perjalanan sperma lelaki tidak tersekat seterusnya tempoh persenyawaan dengan ovum/telur terjadi lebih cepat.
Dengan itu proses penghamilan dapat diikhtiar dengan pengambilan MAB.


Sesuai Bagi Perempuan Berumur/Warga Emas
MAB bukan saja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada perempuan-perempuan berumur 50-an ke atas.

Antara khasiat-khasiatnya yang boleh diperolehi seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas-kebas kaki/tangan dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 01:13 PM | Show all posts
boleh tak explain camne nak makan yasmin nih. na baru jek beli tadi. api jem nak makan camne...dah tu tak paham lak depa tulis pe.tanye farmasi die suh baca kat paper tu.pening2..tolong la sesape explain nih.tengkiu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2010 01:17 PM | Show all posts
macammane naks tart makan pil nih
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2010 11:50 PM | Show all posts
yasmin is my favourite. dulu lepas anak no 2 baru start menda nih semua.. ade la try yg dapat free kat klinik gomen tu.. tapi sepanjan mkn tu sakit kepala.. bila xmakan baru ok. bila tanya kat klinik tu dia ckp itu je yg ade. ape tah nama dia.. lupa dah. so start beli kat farmasi dari rege dia rm32 tahun 2006 special price sbb pharmacist tu kawan. sesekali je tuko diane35 bila stok abih sbb yasmin nih memang paling mahal.

alkisahnyer aritu makan yasmin skali ngan SIY (produk kuruskan badan). ade la mkn 2 kotak SIY tu.. tak pernah terpikir ade side effect dgn yasmin nih.. alih2 xperiod dan buat urine test negative.. lps 2 bulan.. nekad gih scan.. hah kompem pregnant! time tu urine still negative tau. adeh.. skangni nak abih pantang da akibat kes tuh. alhamdulillah my bb sihat je. so.. kpd kengkawan yg makan OCP dgn benda lain, better check dgn doktor dulu. tapi kekadang doktor pun bukan tau sangat. sendiri mau ingat lerr..

cara nak start makan, mulakan pada hari 1st period, abihkan satu papan tu. then rest seminggu dan start pek kedua tak kira la period ke tak ke. satu lagi cara yg my doc rekemen, mkn 3 pek direct then stop utk seminggu. ini utk kalo taknak tinggal posa ke apape yg sewaktu dengannyer. anyhow, better consult doktor sbb ada gak kes org mati sbb makan OCP hanya disebabkan OCP tu tak serasi dgn badan dia. nauzubillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2010 02:32 PM | Show all posts
I makan MAB sebagai perancang dah 5bln..
So far ok...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 10:33 AM | Show all posts
nasihat aku pakai la perancang apa2...nanti ter..ter..susah beb..
aku yg ke-4 pun ter..ter..gak..mkn mercilon..skali bln pose 2009 tak makan..
kunun bulan pose..nafsu pun kureng kan..skali ko..dah 3 bln pun lps pantg ni..
skrg dah pakai implanon gak..dulu anak ke-2 mmg pakai gak..

dulu tu tgh budget2lah kunun nak psg implanon..mahal kunun..
skarang tutup mata jer terus pakai lps beranak..sibuk2 ni kang ada lagi..
uish....tidak..!!!

kalau korank kira 36 bln bahagi RM500 berapa jer kos sebulan..
sama jer dgn pil perancang kan...
kalau beranak lagi kesian.. kos susu + diapers dlm 1 bln RM200..
congak2lah.. yg anak baru sorank dua mungkin x kisah kalau ter-ter ni..
aku dh 4 ni..memang SANGAT FOBIA...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 11:43 AM | Show all posts
sy pn ada pkai implanon, aduhaiii..geram betol ngn period jd tak stabil. badan plak megembang ajer. skrg ni tgh pk balik nk buang tak implant ni, ingt nk mencuba perancang yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 04:30 PM | Show all posts
Reply 870# timah77


    alahai timah...jgn le fobia...redd ni 5 dah ha....umo baru nak masuk 32thn...huhuhuhuhu...terima dengan seadanya..setiap anak ada rezeki masing...amin...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 03:51 PM | Show all posts
sy mkn MAB dh 3botl..
stkat ni alhmdulillah blm exsiden lg..
berhati2 gak..haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:00 AM GMT+8 , Processed in 0.350434 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list