|
Aktiviti Angkasawan Negara apa bila di angkasa lepas
[Copy link]
|
|
Originally posted by pinkzara at 23-2-2007 12:25 AM
kiblat direction ikut arah bintang.bintang Orion kalu x silap.kita kat bumi pun kalu x tau mana kiblat blh refer pada bintang tu.
Ada terbaca
"There are some stars which have a relative location that remains constant except in the sense that they are percieved to move through a particluar plane in the sky.
There are some stars which if you know generally where you are and the time of evening it is you can make an approximation of the direction of the qibla.
In Sydney I think it is Orion's belt that lines up in this way. However you need to be aware that this constellation moves across its plane in the sky throughout the night otherwise you may in fact pray in the complete opposite direction. I think this is right (insha'allah!) If it's not then someone please correct me and may Allah(swt) forgive me.
Wasalam
Ghaith "
...Errr...Orion's belt tu apa??? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat bumi, arah ditentukan berdasarkan arah utara, kat angkasa kitorang guna gugusan bintang sebagai rujukan. Orion ni salah satu la.
nak tahu lebih lanjut pasal constellation ni, boleh rujuk wikipedia..
mmmm... untuk lancarkan roket/satelit, kita kena kira right ascension of ascending node (RAAN) bagi menentukan waktu kita boleh lancarkan roket tu (launch window)..RAAN ni sudut berdasarkan vernal equinox (Aries).
vernal equinox pun tetap gak arah dia |
|
|
|
|
|
|
|
Menu Malaysia lulus ke angkasa lepas
KUALA LUMPUR 30 Julai |
|
|
|
|
|
|
|
Dua sel barah, dua bakteria dikaji angkasawan Malaysia
06-08-2007 03:37:48 PM
PUTRAJAYA: Tiga penyelidikan perubatan yang akan diuji di angkasa lepas oleh angkasawan negara merupakan penyelidikan yang menepati keperluan penyelidikan negara, kata pengarah Institut Biologi Molekul (Umbi) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr A. Rahman A. Jamal.
Penyelidikan perubatan itu membabitkan dua jenis sel barah iaitu barah hati dan leukimia; dua jenis bakteria iaitu "Helicobacter pylori" dan "Acnetobacter" serta dua jenis protein yang berbentuk kristal iaitu "thermostable lipase" dan "cold active lipase."
Beliau yang mengetuai penyelidikan berkenaan dengan dibantu oleh dua penyelidik universiti tempatan berkata lebih 50 kertas cadangan dikemukakan dan ditapis sebelum pemilihan tiga penyelidikan itu dibuat.
"Pemilihan dua sel barah itu adalah untuk mengetahui kesan mikrograviti dan radiasi apabila berada di angkasa.
"Bakteria pula akan membiak lebih cepat di angkasa dan kita berharap dapat mengkaji bagaimana ini berlaku manakala protein akan hidup secara perlahan dan dengan keadaan itu, protein menjadi lebih asli," katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Kebangsaan Angkasa 2007 bertemakan "Hala Tuju Penyelidikan Sains Angkasa di Malaysia" di sini hari ini.
Seminar anjuran UKM dan Institut Sains Angkasa, yang pertama kali diadakan itu, dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) UKM Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo.
Dua lagi penyelidik terlibat adalah pensyarah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul Universiti Putra Malaysia Prof Dr Raja Noor Zaliha Raja Abdul Rahman dan pensyarah Umbi, Profesor Dr Ramelah Mohamed.
Menyatakan kajian di angkasa lepas bukan suatu perkara yang mudah dilakukan terutama daripada segi perkakasan bagi membawa bahan uji kaji itu, beliau berkata satu peralatan khas dicipta bagi membolehkan kajian itu dilakukan.
Hasil kajian itu nanti akan digunakan bagi mengkaji kaedah rawatan yang sesuai untuk merawat penyakit berkenaan.
Sementara itu, Dr Ibrahim berkata adalah penting untuk semua universiti awam bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membolehkan kejayaan dalam penyelidikan sains di angkasa.
Katanya seminar hari ini sangat penting bagi para saintis berbincang dan menentukan arah strategik, melihat kekuatan yang ada pada setiap universiti dan mengagihkan tugas. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
ini bahaya!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sheikh Muszaphar harap puasa di ISS
STAR CITY RUSSIA 20 Sept. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|