CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4736|Reply: 10

Bayi berisiko tinggi dijangkiti rotavirus

[Copy link]
Post time 17-11-2006 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Bayi berisiko tinggi dijangkiti rotavirus
Oleh: SITI ZALEHA JORIMAI

JANGKITAN rotavirus menjadi punca gejala cirit birit dan muntah yang teruk di kalangan kanak-kanak dan bayi. Malah di seluruh dunia, dianggarkan 600,000 kanak-kanak pada purata usia 1.29 tahun maut setiap tahun akibat gastroenteritis dengan purata seorang kanak-kanak maut setiap satu minit.

Kira-kira 28 peratus kes berlaku di kalangan kanak-kanak berusia lima bulan ke bawah dan 43 peratus bayi berusia antara enam dan 11 bulan.

Kajian di dalam negara pula menunjukkan seorang daripada 61 kanak-kanak berusia di bawah lima tahun dimasukan ke hospital, manakala seorang daripada 37 kanak-kanak mendapat rawatan pesakit luar akibat penyakit rotavirus.

Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Klinikal dan Hal Ehwal Perubatan GlaxosmithKline Singapura dan Malaysia, Dr. Teoh Yee Leong berkata, setiap tahun seramai 23,000 pesakit mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan rotavirus dan lebih satu pertiga perlu dimasukan ke hospital.

揜otavirus berada di mana-mana dan bayi menghadapi risiko jangkitan yang paling tinggi. Bayi yang dijangkiti mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit antara 10 hingga 20 kali sehari.

揋astroenteritis rotavirus boleh menjadi serius secara tiba-tiba dan menyebabkan penyahhidratan,拻 katanya.

Sementara itu, menurut Pakar Pediatrik Penyakit Berjangkit, Fakulti Perubatan Universiti Nasional Mexico, Dr. Raul Velasquez, cirit-birit akibat rotavirus biasanya dialami selama tiga hingga sembilan hari, tetapi boleh berlarutan sehingga tiga minggu.

Katanya, rotavirus cepat berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak lain.

揂salnya ia berpunca daripada najis yang mencemarkan air atau makanan dan sentuhan pada permukaan sesuatu objek seperti barang permainan.

揤irus ini boleh bertahan berjam lamanya pada tangan dan beberapa hari di atas permukaan keras. Apabila dijangkiti, kanak-kanak biasanya mengalami cirit birit berair antara 10 hingga 20 kali sehari, muntah, demam selama dua hingga tiga hari, sakit abdomen dan mengalami dehidrasi,拻 Katanya

Beliau berkata, rotavirus cepat merebak walaupun mengamalkan tabiat kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.

Bagaimanapun katanya, gejala tersebut kini boleh dicegah dengan Rotarix, satu-satunya vaksin rotavirus secara oral dua dos.

Vaksin ini diberikan kepada bayi berusia bawah enam bulan. Dos pertama diberikan apabila bayi berusia seawal enam minggu, manakala dos kedua seharusnya diberi menjelang usia 24 minggu.

揤aksin yang diberikan kepada bayi ini meniru rotavirus menyebabkan badan menganggap ia adalah jangkitan yang sebenar.

揑ni menyebabkan badan bertindak balas dengan menjadikan tubuh lebih kebal untuk melindunginya daripada jangkitan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2007 01:05 PM | Show all posts
vaccin ni pun quite expensive gak....my paed cakap RM 170 sekali minum...dia bukan injection punyer....tunggu lah dulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 08:48 AM | Show all posts
my son dah kena rota nie masa dia 6mth.. teruk.. demam, cirit-birit, muntah muntah.. paling kesian kena puasa for 2 days .. no milk.. doc suruh minum air kanji or air beras.. then as susu doc soh kasik dia cereal yang dicairkan.. kesian sangat tengok my son.. menangis nak susu.. imagine baby 6 mth tak dapat susu .. stay kat hospital around 5 days... adehh..  dia dapat nie pon jangkit from hubby yang kebetulan sakit perut jugak.. iskk.. :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 11:18 AM | Show all posts
Originally posted by tig_cun at 11-1-2007 08:48 AM
my son dah kena rota nie masa dia 6mth.. teruk.. demam, cirit-birit, muntah muntah.. paling kesian kena puasa for 2 days .. no milk.. doc suruh minum air kanji or air beras.. then as susu  ...


ff: sian nyer....last night my paed baru remind kitorang pasal vaccine ni....dia suruh cepat skit b4 baby kiter 6 month...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 12:43 PM | Show all posts
dah ada rupenyer vaccine nih...wah..memcm maa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 12:02 PM | Show all posts
RotaTeq mencegah Rotavirus
Oleh: AU YEONG HOW

SETIAP lima minit, empat kanak-kanak atau bayi berumur kurang daripada lima tahun meninggal di seluruh dunia akibat cirit-birit akut sehingga menyebabkan penyahhidra

tan/dehidrasi yang teruk bagi tempoh 1986 hingga 2000.

Setiap tahun, secara global, dianggarkan penyakit tersebut menyebabkan 111 juta kejadian cirit-birit akut yang memerlukan penjagaan di rumah, 25 juta lawatan ke klinik, 2 juta bayi dan kanak-kanak dimasukkan ke hospital, dan 440,000 kematian.

Mereka adalah mangsa penyakit Gastroenteritis Rotavirus (GR) yang disifatkan seorang pengamal perubatan sebagai penyakit yang serius dan sukar dijangkakan.

Pensyarah Perubatan Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Chai Pei Fan berkata demikian kerana kanak-kanak mungkin mendapat jangkitan ini tanpa menampakkan gejala manakala yang lain pula mungkin mengalami gastroenteritis (keradangan gaster dan usus) yang mengakibatkan dehidrasi.

憫Dalam tempoh semalaman, jangkitan yang awalnya kelihatan ringan boleh melarat kepada peringkat yang mengancam nyawa.

憫Semua kanak-kanak termasuk di negara ini menghidap penyakit GR sekurang-kurangnya sekali sebelum mencecah usia lima tahun,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2007 10:20 PM | Show all posts
yup..my son pun dh amik vaccin ni..masa amik tu xtau vaccin ni optional..ingatkan mcm wajib...masa lepas doktor suap vaccin tu..baru persan dlm buku tu tulis optional,tpi my hubby kata xpe la..evrythg yg baik utk anak kita patut bagi..tapi..masa tang nk byr tu terkejut beruks aku..rm230..skali ngan ubat demam..adoi!
hubby ckp..yg terbaik utk anak blum tentu terbaik utk bapak..hehehe..!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2007 11:44 AM | Show all posts
Originally posted by kieragedut7 at 26-11-2007 10:20 PM
yup..my son pun dh amik vaccin ni..masa amik tu xtau vaccin ni optional..ingatkan mcm wajib...masa lepas doktor suap vaccin tu..baru persan dlm buku tu tulis optional,tpi my hubby kata xpe la..ev ...


ada kesan apa2 tak kat baby lepas tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2008 02:50 PM | Show all posts
zea dah jap ari tu rotavirus ni RM265 inc consult and medicine..harga jap je rm165. kat KPMC puchong.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2008 03:50 PM | Show all posts
baru jek call klinik paed tanya perlu amik tak rotavirus ni since dah 5 bln kan..so nurse tu ckp paed galakkan since dia kecik so ni dah 5 bln dia kata tak perlu la...harap2 baby ok la nak go thru up to 6 month...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2008 10:13 AM | Show all posts
ni..zea nak share sket..punyalah bengang tahap gaban ni..smlm bergadoh kat kinik...patut lah forumer kat sini kata oral vaksin...doktor tu bangang gi jap....ntah universiti mana dia masuk...sakit toi ati zea ni dah le bb sakit kena injet...pastu takde protection lak..buand duit aku....dapat sakit je...ni kes aniaya nih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046375 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list