|
aku respek btol datok perpatih nan sebatang nih.. bukan ape, tujuan dia buat adat ni pon sbb nak menjaga anak cucu perempuan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dCrook at 30-12-2008 07:11 PM
aku respek btol datok perpatih nan sebatang nih.. bukan ape, tujuan dia buat adat ni pon sbb nak menjaga anak cucu perempuan dia.
apa komen u pasal tulisan brader ni...
saya ambil dari forum lain....
[email protected]
Ya, tuan hamba. Betul lah tu. Memang adat pepatih ini diasakan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang.
Siapakah dia sebenarnya? Aku suspect Datuk Pepatih Nan Setarang dan DatukKetemenggungan adalah dua gelaran untuk pembesar berketurunan raja.Mungkin gelaran ini dah ada sebelum Adityawarman sampai ke Minangkabaulagi. Sebabnya ialah semasa Adityawarman (dari kerajaan Majapahit yangjadi gabenor kat Minangkabau) datang ke Minangkabau pada sekitar tahun1340s, gelaran untuk dia ialah Datuk Ketemenggungan kerana Adityawarmanpun berketurunan raja juga bersalasilahkan Sang Sapurba di Bukit SiGuntang. Then later bila Adityawarman ditabalkan jadi raja baru diaguna gelaran "Maharaja Diraja".
Siapa Datuk Ketemnggungan dan Datuk Pepatih Nan Sebatang?
So,aku suspect kemudiannya gelaran "Datuk Ketenggungan" dan "Datuk PepatihNan Sebatang" ini diberikan kepada anak-anak raja sebelum mereka jadiraja Minangkabau. Dikatakan si A (later dikenali sebagai DatukKetemenggungan) adalah anak kepada Maharaja Diraja dengan mak diaseorang puteri raja juga.
Maharaja Diraja ni mati semasa A nimasih kecil. So, bila bapak mati dah tak ada penganti untuk naik takhtakerana anak dia, A masih terlalu kecil. Terpaksa balu kepada MaharajaDiraja tadi iaitu si queen naik takhta. Pentadbiran ditolong olehseorang pembesar yang aku suspect dia ni macam Bendahara (PerdanaMenteri) lah. Lama-lama si queen tu tadi pulak bercinta dan berkahwindengan perdana menteri tu tadi. Mereka pun berkahwin. Bila kawin dapatlah sorang anak iaitu si B (later known as Datuk Pepatih Nan Sebatang).
Bagaimana adat pepatih ini bermula?
Dikatakansejak zaman berzaman memang Minangkabau menggunakan adat yang manabersifat autokrasi dimana pemerintah mempunyai kuasa mutlak. Begitujuga pewarisan takhta dan harta yang memberatkan pihak lelaki. Adat inimemang dah lama diamalkan di Palembang, Minangkabau, etc. In factsemasa Parameswara datang ke Melaka pun dibawa adat macam ni. Memangdah diguna pakai lama dulu.
Bila si A (Datuk Ketemenggungan) danB (Datuk Pepatih Nan Sebatang) ini makin membesar mereka ada lahbergaduh pasal adat. Si B ni kata kita perlu bersikap lebih demokrasi.Nak lantik pembesar ke apa ke perlu melalui suara rakyat. Bukanbersikat autokrasi.
Why perempuan diberatkan dalam Adat Pepatih?
Apaaku nampak logiknya disini ialah Datuk Pepatih Nan Sebatang itu adalahanak daripada ratu yang memerintah dan bapak yang merupakan pembesarbukan berketurunan raja. Sudah semestinya dia nak naik takhtamengantikan mak dia dan menafikan hak abang tiri dia. Kalau ikut adatyang telah lama diguna pakai sebelum ini, anak lelaki raja akanmewarisi takhta. So makna nya si B (Datuk Pepatih Nan Sebatang) tidakberpeluang langsung lah cause dia ada abang tiri yang merupakan anakmak dia bersama raja. Jadi, dia created satu adat untuk menaikkan tarafperempuan dan tukar sistem pewarisan takhta mengikut nasab ibu so thatdia berpeluang naik takhta. Dikatakan juga si B (Datuk Pepatih NanSebatang) ini lebih mesra rakyat dan ramai pengikut. Kalau diamalkansistem demokrasi, maka peluang dia adalah cerah untuk jadi raja.
Pergaduhan antara Datuk Ketemeggungan dan Datuk Pepatih Nan Sebatang
Bilasi adik tiri, B memperkenalkan adat yang memberatkan nasab belah mak,dah semestinya A (Datuk Ketemenggungan) tak boleh terima. Makna nya takdapat lah dia jadi raja. So, mereka pun fight lah. Bergaduh. Lastsekali persetujuan pun dicapai. Kalau you all pegi ke Padang, Sumatera,cuba pegi ke Batu Sangkar (about 3 hours dari Padang tak salah aku),ada satu batu dipamerkan yang ditengahnya ada kesan tikaman keris.Dikatakan itu adalah tanda persetujuan yang dicapai oleh 2 beradik niselepas penat bergaduh.
Si abang tiri (Datuk Ketemenggungan)nak terus fight kan adat yang sedia ada pun susah juga cause adik tiridia lebih kuat pengaruhnya. Nak tak nak kena bersepakat dan mencapaisatu persetujuan.
Persetujuan adat Temenggung dan adat Pepatih diamalkan
Atlast mereka setuju untuk masih guna kan nasab sebelah bapak sepertiyang diamalkan sejak turun temurun untuk menaiki takhta. So, si A(Datuk Ketemenggungan) masih berhak naik takhta lepas mak mereka matinanti. Jadi, itu sebab kalau pemilihan yamtuan masih mengikut nasabbapa dimana anak lelaki dari sebelah bapa yang merupakan raja adalahwaris takhta.
Tetapi sistem demokrasi seperti yang dicadangkanoleh si B (Datuk Pepatih Nan Sebatang) diterima pakai. Say raja ada 3anak lelaki, so rakyat yang diwakili oleh ketua mereka yang akan pilihsiapa yang layak jadi raja. So today di Negeri Sembilan kita nampakDatuk-datuk Undang yang pilih Yamtuan.
Satu lagi persetujuanialah harta pusaka dapat belah mak seperti yang dicadangkan oleh DatukPepatih Nan Sebatang. Ye lah, for sure dia ubah adat yang sedia adauntuk benefit diri dia yang merupakan anak ratu bersama pembesar. Kalautidak, melopong lah dia apa pun tak dapat - naik takhta tak dapat,harta mak pun tak dapat.
Kesimpulan - menjawab soalan crackcase apa tujuan adat ini dibuat?
Secarasejarahnya, aku lihat sistem yang dicipta oleh Datuk Pepatih NanSebatang ini ialah untuk kepentingan diri dia sendiri lah. Dia ubahadat yang sedia ada so that dia dapat sedikit benefit dari mak dia yangmerupakan ratu. Kalau ikutkan apa pun dia tak akan dapat.
Untukbincangkan mengenai adat, apa kebaikan nya dan sebagainya... mungkinboleh terus kan perbincangan. Aku cuma boleh share sedikit ceritamengenai kewujudan adat ini dari aspek sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 lambaian's post
pada pendapat yg aku dengar, adat perpatih ni diwujudkan sbb kerisauan datuk perpatih nan sebatang terhadap anak cucu cicit perempuan dia. Sbb pada zaman tu, golongan isteri ni takda apa2, dan mengikut adat minang, si lelaki lak akan pergi merantau. jadi apabila apa2 benda terjadi dekat lelaki ni e.g hilang,mati etc, si isteri tak akan dapat2 apa2..
Dengan adat perpatih ni, harta2 macam rumah etc akan jadi hak isteri, dan lelaki pergi mengumpul harta.. jadi kalau ada apa2 yang terjadi, si isteri masih ada harta untuk hidup. Tapi bagi kes penceraian, masih mengikut faraid |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 dCrook's post
bagaimana dari aspek sejarah seperti yg ditulis diatas? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 lambaian's post
hmm..mungkin ada matlamat politik dalam pengenalan adat ni.. tapi kalau rakyat dapat benefit, why not rite?
adat perpatih ni bukannya tak pernah ditolak, dulu Imam Bonjol pernah cuba nak stopkan amalan adat ni sbb bagi beliau ianya non-islamik sbb mana2 pon perempuan je yg diketengahkan. Beliau ni berketurunan raja minang jugak. Disbbkan cubaan nak menolak adat ni, orang minang mintak pertolongan Belanda, akhirnya Belanda jajah minangkabau. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dCrook at 4-1-2009 14:01
hmm..mungkin ada matlamat politik dalam pengenalan adat ni.. tapi kalau rakyat dapat benefit, why not rite?
adat perpatih ni bukannya tak pernah ditolak, dulu Imam Bonjol pernah cuba nak stop ...
kan pernah terjadi Golongan Padri menentang Golongan Adat....Golongan Padri ni terdiri dari golongan ulama yg hendakkan pembaharuan...menetang golongan Adat yg mempertahankan Adat Perpatih ni..last2 terjadi Perang Padri...tapi bukan antara Golongan Padri(ulama) dengan Golongan Adat...tapi antara Rakyat Minangkabau dengan Belanda.... |
|
|
|
|
|
|
|
Daya tahan Adat Perpatih
Oleh RAIS YEOP JOHARI dan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu.
APABILA menyebut mengenai Adat Perpatih yang telah sekian lama menjadi darah daging masyarakat Melayu di Negeri Sembilan, ada segelintir masyarakat yang berada di luar lingkaran adat itu berpendapat adat tersebut menjadi penghalang ke arah kemajuan orang Melayu di negeri itu.
Mereka merasakan adat yang diamalkan sejak sekian lama oleh beberapa generasi sudah lapuk dan ketinggalan dek zaman dan tidak sesuai dipraktikkan pada zaman sekarang yang menuju ke era globalisasi.
Hakikatnya, Adat Perpatih yang diamalkan di negeri itu merupakan peraturan hidup atau undang-undang yang mampu bertahan sepanjang zaman.
Ini kerana Adat Perpatih lengkap dengan garis panduan meliputi Adat Sebenar Adat, Adat Yang Diadatkan, Adat Yang Teradat dan Adat Istiadat.
| TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR (tengah) pada majlis pemasyhuran sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
|
Adat yang masih diamalkan itu turut selari dengan ajaran agama Islam yang menjadi agama rasmi, seperti yang dijelaskan dalam kata-kata:
Adat bersendikan syarak
Syarak bersendikan Kitabullah
Syarak mengata
Adat memakai
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharip Othman memberitahu, Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia.
Menurutnya, ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu.
Katanya, adat yang dimaksudkan dalam pemakaian Adat Perpatih ialah undang-undang atau peraturan hidup yang lengkap meliputi aspek kehidupan masyarakat sama ada sosiol, politik dan agama.
| MUHAMAD SHARIP OTHMAN
|
Beliau kesal kerana ada sesetengah masyarakat luar mempunyai pandangan sempit mengenai adat yang diamalkan itu apabila mereka berpendapat Adat Perpatih adalah adat sosiobudaya yang mudah digambarkan seperti adat dalam perkahwinan.
"Sebab itu, ia (adat) dimaksudkan sebagai undang-undang yang harus dipelihara sepanjang zaman. Contohnya, jika undang-undang tidak dipatuhi, sudah tentu ia tidak dapat memberi kesejahteraan kepada masyarakat.
"Masyarakat umum kena buka minda agar dapat lebih memahami tentang adat ini. Ia telah disusun elok untuk kesejahteraan dan kestabilan masyarakat," katanya ketika ditemui Kosmo! di Balai Undang Luak Rembau, Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Menurutnya, Adat Perpatih diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau.
Katanya, mereka terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku.
| ALAT-ALAT yang digunakan untuk persandingan dalam majlis perkahwinan orang Melayu Negeri Sembilan.
|
Muhamad Sharip memberitahu, pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah antara warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan pelantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu yang kesemuanya berteraskan kepada adat berkenaan.
"Adat ini diwariskan dari generasi ke generasi merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, pelantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan serta pelbagai aspek lagi.
"Setiap peraturan atau adat dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut," kata beliau lagi.
| DIKIR Rebana Rembau turut memeriahkan lagi majlis Istiadat Menyalang Dato'-Dato' Lembaga dan Buapak Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Luak Rembau.
|
Ujarnya, pelantikan pemimpin, contohnya pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu.
Empat Undang Luak itu akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari Raja Raden Ibni Raja Lenggang untuk pemasyhuran menjadi Yang Dipertuan.
Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak.
Sharip berkata, kuasa Undang Luak adalah sangat luas dalam menjalankan pentadbiran dan Undang Luak juga mempunyai pembesar iaitu Lembaga yang menasihatkan Undang dalam pemerintahannya.
"Ketua bagi setiap suku dipanggil Lembaga dan mempunyai gelaran masing-masing. Lembaga berfungsi sebagai pentadbir kepada sukunya dan memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah berhubung dengan adat, harta, penceraian, pertelingkahan dan sebagainya," katanya.
Sekiranya Lembaga tidak dapat mencari jalan penyelesaian, maka perkara itu akan dibawa kepada pengetahuan Undang Luak.
Dalam pada itu, Undang Luak Rembau itu juga berkata, masih ada segelintir masyarakat luar salah tafsir mengenai Adat Perpatih dalam pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan.
"Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat adalah tanah yang dipusakai turun temurun daripada nenek moyang sesebuah keluarga.
| BUAPAK dan Ibu Soko Suku Paya Kumbuh (Baruh) menghadap Undang Luak Rembau di Rembau, Negeri Sembilan.
|
"Tujuan tanah adat ini diberikan kepada perempuan semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita. Anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu berusaha untuk terus hidup.
"Mengenai harta atau tanah yang diperoleh sebagai harta sepencarian, pembahagiannya menurut hukum faraid iaitu tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya dikhususkan untuk perempuan," katanya.
Menurut beliau, kata-kata 'Adat bersendikan syarak... syarak bersendikan Kitabullah...' merujuk kepada adat yang diguna pakai sejak dahulu hingga kini tetapi ia selari dengan ajaran agama Islam berteraskan al-Quran (Kitabullah).
"Kita sudah banyak kali mengadakan seminar dan membentangkan kertas kerja mengenai adat dan agama. Sememangnya dari dahulu lagi al-Quran menjadi pegangan dalam penggunaan Adat Perpatih.
| UNDANG LUAK REMBAU menyerahkan keris kepada Tok Menti Nor Ehzan Maah, Buapak Suku Biduanda Sedia Raja Kampung Bukit.
|
"Sebab itulah adat ini bersifat global, menjadi amalan sepanjang zaman dan tidak akan lapuk dek zaman. Jika disusuri sejarah, kedatangan orang Minangkabau ke negeri ini turut melibatkan proses asimilasi kepada penduduk pribumi untuk menganuti Islam," katanya.
Menurutnya, bidalan 'biar mati anak jangan mati adat' yang sering diperdebatkan dan dipertikaikan oleh sesetengah pihak perlu difahami sedalam-dalamnya kerana pemakaian kata-kata itu adalah bertepatan dalam aturan hidup.
"Adat bermakna undang-undang. Maka kata-kata itu sebenarnya merujuk kepada undang-undang. Justeru, adat ini perlu dipatuhi dan tidak boleh dilenyapkan.
TUNKU BESAR TAMPIN dan Undang Yang Keempat bergambar
dengan Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Tanah Melayu,
Sir Donald Charles Mac Gillivray.
"Contohnya, jika ada individu bersalah atau anak-anak buah didapati bersalah, mereka mungkin dihukum mati. Hukuman itu harus dijalankan biarpun terpaksa mengorbankan nyawa. Jika undang-undang tidak diguna pakai dalam peraturan hidup, ia akan merosakkan sistem itu sendiri.
"Dengan kata mudah, kalau seseorang itu didapati bersalah di bawah Kanun Keseksaan, ia boleh dihukum di bawah akta itu. Jadi, mana boleh akta tersebut tidak diguna pakai," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Transformasi Adat Perpatih
Oleh NOOR HASLIZA NUSI dan ADHAM SHADAN
Adat Perpatih secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka. Persoalannya, adakah ia masih utuh dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan?
YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz
Tuanku Munawar (kiri) menerima Mas Merah daripada Undang
Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Mubarak Dohak.
ADAT Perpatih yang bermula 650 tahun lalu adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya ketika itu adalah petani.
Tiada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat itu mula diwujudkan. Namun, Adat Perpatih telah dibawa ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau sejak ratusan tahun lalu.
Di Malaysia, Adat Perpatih masih wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian penduduk di Melaka terutama di Naning, Alor Gajah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.
Menyelami prinsip Adat Perpatih, ia secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka khususnya tanah adat.
Mungkin kerana itu, ramai yang menganggap seolah-olah wujud wanita dari keluarga Adat Perpatih yang bersikap queen control sekiranya berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri lain.
Kononnya segala harta pusaka milik suami akan diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Si suami pula harus tinggal di rumah isteri atau mentua.
Menjadi persoalan, adakah adat itu masih utuh dipraktikkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan biarpun negara telah mengalami perubahan zaman yang begitu drastik.
| Dr. Shamsul Amri Baharuddin
|
Menurut Profesor Antropologi Sosiol dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Adat Perpatih masih terus diamalkan oleh masyarakatnya tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman.
"Ia berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini," itulah jawapan pertama yang dinyatakan beliau ketika ditemui Kosmo! di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, Bangi baru-baru ini.
Antara prinsip Adat Perpatih yang masih kekal diamalkan adalah keturunan dikira melalui nasab ibu.
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada kaum wanita yang dianggap bonda kandung, iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
Prinsip yang kedua, bagi masyarakat yang tinggal di kampung mereka tinggal di kawasan ibu sebelah isteri.
"Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya untuk menetap di kampung atau kawasan ibu kepada isterinya sebagai orang semenda.
"Cuma, bagi mereka yang berhijrah di luar kawasan Negeri Sembilan, contohnya di Pahang, Kelantan atau Perlis, prinsip itu mengalami perubahan iaitu si ibu hendaklah tinggal bersama anak perempuan dan menantunya.
"Hal yang melibatkan pembahagian harta pula membabitkan anak perempuan mewarisi harta pusaka manakala anak lelaki menyandang saka. Ini adalah prinsip yang ketiga. Ia menjelaskan bahawa hanya anak lelaki yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala anak perempuan mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
"Prinsip perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang tetapi orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku dan ini menjadi antara prinsip yang masih diamalkan masyarakat Negeri Sembilan," katanya merujuk kepada prinsip yang keempat dan kelima.
Shamsul Amri menjelaskan, apa yang dikatakan telah mengalami perubahan adalah dari segi penghijrahan tempat tinggal masyarakatnya. Ini menjelaskan sifat komuniti masyarakatnya tidak lagi bersemuka berbanding dahulu iaitu tinggal dalam satu kelompok atau satu kampung yang sama.
"Ramai dalam kalangan masyarakatnya, khususnya remaja telah berhijrah di negeri lain dan masing-masing memegang jawatan dan kerjaya sendiri.
"Ini bukan bermakna mereka mengabaikan Adat Perpatih, sebaliknya mereka dipengaruhi oleh aspek kehidupan moden Melayu pada hari ini.
Sementara itu, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, adat itu masih diamalkan tetapi bilangan pengamalnya tidaklah sebanyak puluhan tahun lalu.
"Ia masih diamalkan tetapi tidaklah seperti 50 atau 30 tahun lalu. Kebanyakan yang mengamalkannya ialah mereka yang tinggal di tanah adat iaitu di kawasan yang mengamalkannya.
"Sekarang ini, penghijrahan ke banyak tempat adalah perkara biasa. Masing-masing sudah bebas dan menentukan hala tuju sendiri.
"Konsep adat berpegang kepada 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Apabila kita tidak lagi berada di dalam kawasan tanah adat, kita tidak lagi terikat dengan adat tersebut sebaliknya kita terikat dengan adat di kawasan yang kita duduki.
"Justeru, tidak timbul soal berhijrah lalu mengabaikan adat," katanya.
Beliau menjelaskan, adat sebenarnya tidak jumud dan ia bersifat dinamik. Perubahan boleh berlaku dengan syarat disepakati oleh semua pihak yang terlibat.
"Muafakat adalah ibu adat," tambahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelantikan Undang Luak Sungai Ujong Ikut Adat
SEREMBAN, 6 Jan (Bernama) -- Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menolak sebarang keraguan mengenai pelantikan Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong kerana ia telah dilakukan mengikut adat istiadat Luak Sungai Ujong dan pengisytiharan lantikan tersebut telah dilakukan oleh Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong Datuk Shaari Hassan pada 29 Dis 1993.
Setiausaha dewan itu Datuk Jemal Zainal Kasim berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada mesyuarat khas pada 19 Ogos 2002 telah membincangkan isu pelantikan tersebut dan membuat keputusan bahawa Mubarak kekal menyandang pusaka Datuk Klana Petra ke-10 Undang Luak Sungai Ujong.
Pada 31 Dis lepas seorang waris kanan Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Seri Diraja Luak Sungai Ujong, Zulkepley Dahalan, mempersoalkan kesahihan pelantikan itu dengan alasan Mubarak sudah dipecat hasil mesyuarat waris-waris luak berkenaan kerana didakwa melakukan 26 kesalahan sepanjang memegang jawatan itu sejak 15 tahun lepas.
Jemal memetik Fasal 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, yang menyebut bahawa "Nasihat Dewan atas soal-soal berkaitan dengan adat istiadat orang-orang Melayu di mana tempat di dalam negeri ini termasuk nasihat atas soal-soal berkaitan dengan pemilihan atau warisnya kepada atau perlucutan daripada atau pengosongan jawatan mana-mana Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang disebut di dalam fasal 14 adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana Mahkamah di atas sebarang alasan".
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Adat perpatih bakal didokumentasi
SEREMBAN 1 Feb. - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan sebuah institusi khusus bagi mendokumentasi segala aspek berhubung adat perpatih di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, institusi berkenaan berperanan merekod segala aktiviti tentang adat perpatih secara tersusun.
Jelas beliau, antara perkara-perkara yang perlu diberi tumpuan oleh institusi itu termasuk istiadat rasmi, pewarisan harta pusaka dan seni budaya.
''Bahan-bahan yang didokumentasi boleh dijadikan sumber rujukan rasmi oleh penyelidik adat perpatih serta orang ramai terutama generasi muda," ujarnya.
Mohammad Razi berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Karyawan Negeri Sembilan (Karyawan NS) Kali Kedua di Taman Budaya dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengarah Bahagian Warisan Seni Budaya, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Siri Neng Buah dan Presiden Karyawan NS, Roslee Mansor.
Dalam majlis yang sama, Mohammad Razi menerima kertas kerja cadangan penubuhan Akademi Karyawan NS yang diserahkan oleh Roslee.
Beliau memberitahu, selain istiadat rasmi, kerja-kerja pendokumentasian turut meliputi isu-isu berkaitan tanah adat.
''Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi perhatian yang serius tentang perkara tersebut dan beliau mencadangkan supaya dianjurkan forum atau seminar bagi membincangkan isu-isu tanah adat," jelasnya.
Kata Mohammad Razi lagi, institusi berkenaan diselia oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan tokoh-tokoh yang berpengetahuan luas tentang adat perpatih akan dijemput untuk memberi pandangan.
Dalam pada itu, beliau berharap, ahli-ahli Karyawan NS menggiatkan usaha menarik minat orang ramai di negeri ini terhadap kegiatan seni budaya melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Ujarnya, ahli-ahli Karyawan NS boleh memainkan peranan meningkatkan jati diri masyarakat melalui penghasilan karya-karya berkualiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelihara kemuliaan Adat Perpatih
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
[email protected]
PERTIKAIAN siapakah sebenarnya yang harus memegang jawatan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba, Lembaga Waris Dua Carak, Luak Rembau masih terus menjadi perdebatan di kalangan rakyat Negeri Sembilan.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Persekutuan pada 26 Mac 2007 yang menolak penghakiman pernyataan fitnah ke atas Datuk Dr. Ismail Shamsuddin oleh 10 pemimpin Undang Luak Rembau.
Sebelas tahun sebelumnya, kedudukan Ismail sebagai Datuk Sedia Lela/Datuk Perba dilucutkan kerana tuduhan salah guna kuasa dan beberapa pertuduhan lain. Pelucutan itu membuatkan Ismail tidak dapat mewarisi pesaka Undang Luak Rembau ke-21.
Sebaliknya jawatan itu diberikan kepada Datuk Sedia Utama/Datuk Shahbandar Mohd. Sharip Othman yang dimasyhurkan pada 21 November 1998 dan masih memegang jawatan itu sehingga kini.
Bagaimanapun, keputusan mahkamah dua tahun lalu yang berpihak kepada Ismail dengan sendirinya menggugat struktur institusi Undang Rembau ketika ini. Pelantikan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba yang dibuat selepas pemecatan Ismail dianggap tidak sah.
Begitu juga penyandang pesaka Undang yang dilantik oleh Datuk Sedia Lela/Datuk Perba sekarang juga tidak sah dari segi adat dan Perlembagaan negeri.
Sementelah Undang Rembau yang ada ketika ini dilantik oleh Datuk Sedia Lela/Datuk Perba yang mengambil alih jawatan selepas pemecatan Ismail. Mengikut adat, Datuk Sedia Lela/Datuk Perba tidak ada kuasa dan ditegah oleh adat melantik Undang.
Tugas Datuk Sedia Lela / Datuk Perba ialah setakat mencari "beneh" Undang untuk dikemukakan kepada Lembaga Tiang Balai. Yang berkuasa melantik Undang hanyalah dengan kebulatan Lembaga Tiang Balai (berempat di baruh dan berempat di darat).
Permasyhurannya juga hanya boleh dibuat oleh Datuk Gempa Maharaja dan bukan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba seperti yang berlaku dalam pelantikan Undang Rembau ketika ini.
Sedikit latar belakang mengenai apa yang berlaku dalam isu jawatan Datuk Sedia Lela/Datuk Perba Luak Rembau itu menimbulkan tanda-tanya seolah-olah ada sesuatu yang tidak berlangsung mengikut adat.
Ia juga membuka perbincangan dan perdebatan yang tidak sihat, apatah lagi isu ini sudah berlarutan sejak lebih 10 tahun.
Antaranya seperti yang dijelaskan Ismail, sama ada Undang Rembau dapat menjalankan tanggungjawab, kewajipan, amanah dan tugas masing-masing. Paling penting, adakah Luak Rembau hari ini ditadbir mengikut Adat Perpatih iaitu Perlembagaan Adat dan Istiadat Rembau, Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Negeri Sembilan,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Sewajarnya berdasarkan persetujuan antara Undang-Undang Luak dan Kerajaan, masalah Luak perlu diselesaikan di Luak masing-masing.
Begitu juga dalam isu di Rembau, Undang Rembau dan Lembaganya iaitu Lembaga Tiang Balai dan Lembaga Suku Nan 12 adalah satu-satunya pihak yang berkuasa di peringkat Luak untuk menyelesaikannya.
Perkara ini jelas Ismail, turut ditekankan oleh kerajaan negeri atau Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan yang menasihatkan Undang Rembau menyelesaikan perselisihan. Malangnya sehingga kini, Undang Rembau selaku Ketua Pentadbir Adat dan Istiadat Luak mengambil sikap "seolah-olah tidak peduli".
"Maka, penyelesaian kini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri,'' tegasnya.
Ini kerana Undang tidak lagi memiliki kuasa mutlak sebaliknya terikat dengan Perlembagaan. Antaranya seperti diperincikan dalam Bahagian 1, Seksyen 14 dan 15 Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sembilan 1959.
Sewajarnya dengan pengalaman, kepakaran dan ruang termasuk undang-undang, kerajaan negeri perlu bijak menangani isu adat yang sedang berbangkit.
Ia juga selaras dengan perbilangan adat yang berbunyi: "Kena di mata jangan dipecengkan, kena di perut jangan dihempiskan, kalau diukur sama panjang, kalau dikerat sama pendek, kalau ditimbang sama berat."
Bukan bermaksud untuk mempertahankan jauh sekali berjuang atas kepentingan peribadi sesiapa. Sebaliknya pendedahan ini adalah atas dasar rasa hormat dan menjunjung tinggi kemuliaan Adat Perpatih.
Dalam sejarah, tidak ada mana-mana tamadun di dunia yang memiliki keunikan adat seperti yang diwarisi oleh Negeri Sembilan.
Selama lebih 600 tahun, Adat Perpatih diamalkan sesuai dengan perbilangan: "Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah SWT."
Bagi melingkungi Perlembagaan negara dan negeri, perbilangan itu dipanjangkan yang berbunyi: "Dua sejalin, tiga sepilin. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung."
Jika ditanya kepada generasi muda hari ini, tidak ramai yang benar-benar memahami Adat Perpatih waima di kalangan anak watan Negeri Sembilan sendiri.
Di kalangan orang luar pula pemahamannya lebih parah. Adat Perpatih lebih sinonim dinilai sebagai memberi hak dan keistimewaan yang besar kepada kaum wanita.
Justeru adalah tidak wajar untuk Adat Perpatih diburukkan lagi dengan isu perebutan seperti ini yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan peraturan adat. Pertelingkahan yang berpanjangan memberi implikasi yang buruk kepada Institusi Undang/Adat dan kerajaan.
Masyarakat akan hilang keyakinan kerana keputusan yang tidak tepat, wajar dan adil dalam beberapa peristiwa dan kepincangan adat yang berlaku sebelum ini.
Justeru, peluang dalam berdepan dengan kemelut Luak Rembau ketika ini perlu direbut dalam mengembalikan semula kepercayaan masyarakat.
Pastinya perebutan jawatan Datuk Sedia Lela, Lembaga Waris Dua Carak ini tidak mahu diakhiri dengan penyelesaian yang membelakang adat seperti menceroboh Balai.
Amat memalukan sekiranya persengketaan ini dibiarkan berpanjangan, lebih banyak cacat-cela penyandang jawatan di Luak Rembau bakal ditelanjangkan.
Sedangkan ia boleh diselesaikan dengan campur tangan Datuk Seri Utama dengan perundangan adat sedia ada. Seharusnya kepentingan rakyat, luak, negeri dan negara diberikan keutamaan berbanding kepentingan peribadi.
Ia juga mematuhi perbilangan adat yang menyebut: "Sosa ikat kebolat, sosa bolat ke tebing, sosa tebing, tebing runtuh." |
|
|
|
|
|
|
| |
|