CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: dexa

SALEEM - yang baru --

[Copy link]
Post time 4-5-2008 09:06 AM | Show all posts
BTW, nak tanya lagu What Can I Say ni dipetik dari album mana? Sbb cari x jumpe. Orang kata lagu ni Kata Pujangga versi English, tp laen je...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 04:39 AM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 4-5-2008 09:06 AM
BTW, nak tanya lagu What Can I Say ni dipetik dari album mana? Sbb cari x jumpe. Orang kata lagu ni Kata Pujangga versi English, tp laen je...


lagu ni ada dalam album Saleem Unplugged '94 (kompilasi)



lagi.. ada dalam album Akustika Warisan Abadi : The Unplugged Album 2 (kompilasi)



dengan apa entah lagi satu album kompilasi tu.. lupa lak namanya
tapi kulit album tu warna biru & merah.. terbitan scs? lupa daaa..

rasanya lagu ni takde dalam mana2 album iklim atau saleem
mungkin lagu bonus yg disumbat dalam album kopilasi sahaja
rasanya la..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 12:40 AM | Show all posts

Reply #62 Jiman's post

Erk... Mane cari cover album ni?
Kat kedai x de da
Kat donlot plak, x jumpe

Nsb baik ada YouTube
Thanks Jiman...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:16 AM | Show all posts

Reply #63 nik2121's post

olorrrr sian buchuk2.. masam muka lak dia

dok dengar kat youtube je ke? tskkk..
kalau ko rela kata aku hensem, nanti aku send lagu tu kat ko
thru PM la.. ndak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:46 AM | Show all posts
harap dia dah berubah! hehe
dan saya akan dapatkan album tersebut! Yuhu!! minat Saleem!!
:victory: :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 6-5-2008 03:16 AM
olorrrr sian buchuk2.. masam muka lak dia

dok dengar kat youtube je ke? tskkk..
kalau ko rela kata aku hensem, nanti aku send lagu tu kat ko
thru PM la.. ndak?


Nak...! Nak...! Nak...!
Jiman ensem...! Jiman cool...!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2008 12:31 PM | Show all posts
Adik meninggal mana pergi Saleem?




BARU-BARU ni ada seorang saudara kepada penyanyi Saleem Iklim hubungi Niezam minta sampaikan kepada penyanyi itu satu berita mengejutkan.

Katanya, seorang adik lelaki Saleem yang tinggal di Terengganu baru sahaja meninggal dunia selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Malangnya mereka mengharapkan Saleem balik tetapi sampai ke hari ini batang hidung Saleem pun tak nampak.

Yang mereka kesalkan, berita kematian itu tidak dapat disampaikan kerana keluarga Saleem di kampung tidak tahu macam mana nak hubunginya.

“Dah lama Saleem tak balik. Nombor telefon dia pun kami tak ada. Kalau Saleem baca berita ini, mudah-mudahan dia tahu adik kesayangannya sudah pun meninggal dunia,” kata pemanggil itu.


Niezam turut bersedih juga dengar cerita itu. Yalah, apabila adik meninggal dunia tentulah saudara mara berkumpul. Cuma Saleem saja yang tak hadir.

Menurut cerita pemanggil yang mendakwa saudara kepada Saleem itu lagi, mereka dah puas mencari Saleem tetapi tak juga jumpa.

Dah hampir empat bulan mengesan penyanyi itu termasuklah pergi ke rumah dia di Kuala Lumpur tetapi Saleem tidak tinggal di rumah itu lagi.

Kerana dah putus harapan sebab itulah mereka ambil keputusan memaklumkan berita ini melalui akhbar.

Bila difikir-fikirkan, mungkin memang dah lama Saleem tak balik kampung. Yalah, sampaikan saudara mara pun tak tahu macam mana nak hubungi dia? Tentulah selama ini Saleem tak pernah berurusan dengan ahli keluarganya.


Selain memaklumkan kes kematian itu, kata saudara Saleem lagi mereka nak berbincang soal anak-anak Saleem yang kini berada di bawah penjagaan bekas isterinya di Setiu, Terengganu.

Mudah-mudahan dalam bulan Ramadan yang mulia ini, segala yang keruh itu dapat dijernihkan.

Yalah, Saleem pun mendapat pengurus dan juga juga isteri yang baik. Tentu Julia dapat membantu menyelesaikan masalah Saleem ini dengan sebaik mungkin.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dulu kata saleem tak dibenar balik ganu kan...
mungkin ban tu dah di lift up -

anyway - saya tak kira mana saleem pergi
saya suka suara dia dan lagu2 dia..
lepas tengok show dia kat planet hollywood
dan concert pengasih tu..   memang dia ni
gifted... suara  memang best  -
(walaupun pada saya jamal tetap #1 -)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 01:48 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 4-5-2008 09:06 AM
BTW, nak tanya lagu What Can I Say ni dipetik dari album mana? Sbb cari x jumpe. Orang kata lagu ni Kata Pujangga versi English, tp laen je...

ExidDQn76Cg


sebetoinya what can i say ade kat album asalnya SALEEM IKLIM album yg ada lagu sheilla (tahun 1995).album ni selepas album DUNIA IKLIM (bukan aku tak cinta)

nak kata versi org lain tak tau la plak sbb pencipta what can i say "bong" lirik habsah hassan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2008 03:43 AM | Show all posts
Saleem ada balik Terengganu

Kata pemanggil itu mereka dah lama cari Saleem tapi tak jumpa sebab dia orang nak bagi tahu adik tiri Saleem dah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Rabu lepas Niezam tanya isteri yang juga pengurus Saleem pasal hal itu.

Kata Julia dia agak kesal apabila ada orang yang membuat tuduhan tersebut.

Sebaliknya menurut Julia, dia dan Saleem ada balik Terengganu dua hari selepas mendapat berita kematian itu.

"Kami bukan tak ada perasaan. Lepas dua hari kematian adik tiri abang Saleem tu kami balik ziarah kubur arwah. Cuma kami tak singgah rumah keluarga abang saja," kata Julia yang agak kurang senang dengan cerita itu.

Cuma dia kesal sebab masa Saleem hidup susah dan merana di Kuala Lumpur, tak ada saudara mara Saleem yang nak ambil berat.

Segala masalah Saleem, Julia yang pikul. Rumah Saleem di Terengganu tu pun Saleem yang beli untuk anak-anaknya.

Semua orang tahu sejak Saleem berkahwin dengan Julia, rezeki mereka semakin murah. Banyak show yang Saleem dapat termasuklah diberi peluang buat konsert dengan Jamal Abdillah tak lama dulu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kalau saleem buat persembahan kat planet hollywood lagi
after ramadhan- nak pergi lagi -- memang class -
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 03:43 PM | Show all posts
Salem ,memang dianugerahkan suara lagenda  macam jamal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053978 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list