|
kepah goreng berlada/cili/pedas
Bahan-bahan:
1kg kepah - bersihkan
1cm belacan - tumbuk
5-6 biji bawang merah kecik - tumbuk
2-3 biji bawang putih - tumbuk
3-4 sudu besar cili kering mesin/cili boh
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu sos cili
7-8 biji cili padi - diketuk
2 tangkai serai - diketuk
Daun kunyit - hiris setebal 1cm
Bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Tumis serai, cili padi, bahan tumbuk dan cili boh hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan sos tiram dan sos cili, garam dan gula.
2. Masukkan kepah dan balik-balikkan. Bila hampir masak cengkerang kepah akan terbuka dan mengeluarkan air. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kepah rebus
Bahan-bahan:
1kg kepah
2-3 batang serai diketuk
10 biji cili padi atau lebih - diketuk
1 biji bawang besar - belah 6
Tomato - belah 6
Tauhu - belah 4
Garam secukupnya
Air secukupnya
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali tauhu ke dalam periuk berisi air secukupnya dan rebus hingga kepah masak(cengkerang terbuka).
2. Bila sudah masak dan mendidih masukkan tauhu dan tutup api lepas 2-3 minit. Done! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kerang rebus ..yg senang dimasak sedap di ratah
cuma hiris bawang besar,bawang putih, daun kunyit,serai, daun limau purut
|
|
|
|
|
|
|
|
siput kegemaran kami sekeluarga..bukan makan dgn nasi tapi ratah .. style sy lain dr biasa, tak taruk keladi ..
Bahan-bahan
1 kilo siput belitung - bersihkan
3 cawan santan
6 ulas bawah merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
sepiring nyoir digoreng *
2 sudu kecil ketumbar digoreng *
2 biji cili api + 3 biji cili kering *(kalau nak pedas tambah lagi ler)
2 keping asam gelugor
daun kadok
daun limau purut
garam/gula
cara-cara
1. Blender semua yang bertanda *
2. Campurkan dalam santan bersekali dgn daun kadok, daun limau purut dan asam. Jeram atas api.. bila gelegak masukkan siput.
3. Rasakan masin manisnya ... jangan terlalu lama di atas api nanti tak kuar siput tu masa sedut.
Senang jea kan nak masaknya...cuma lamanya dok cuci siput tu aje . |
|
|
|
|
|
|
|
Lala Masak Pattaya
1 kg lala
3 sudu minyak masak
6 biji cili hidup ditumbuk kasar2
6-8 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
4 batang serai - diketuk
8 sudu sos tiram
4 sudu sos tomato
5-8 helai daun limau purut - dicarik2
2 biji bawang besar di potong bulat
1 biji limau nipis
daun bawang
garam gula secukup rasa
1- Tumis serai hingga wanggi
2- masukkan halia,cili dan bawang putih ..tumis hingga naik bau
3- masukkan sos tiram/tomato .. gula..garam
4- masukkan lala, bawang besar, daun limau purut serta air limau nipis - kacau rata ..rasa lah masin manisnya
5- tutup lala kejap dan bila dah kulit terbuka masak ler.. masukkan daun bawang ...tutup api
- siap di makan... |
|
|
|
|
|
|
|
Lala Masak Pattaya
1 kg lala
3 sudu minyak masak
6 biji cili hidup ditumbuk kasar2
6-8 ula ...
mok_nik Post at 5-1-2011 09:27
moknik.... mmg kat kelantan ini lala eh?? semasa balik cuti raya haji, saya beli lala ni di psr kg. china rm8/kg. fresh dan besar2.dah serik beli lala yg biasa di tesco kota bharu seblum ni busuk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 102# lepatpotato
mcm best jek mentarang tuh...
mcm pepahat kot ekk... |
|
|
|
|
|
|
|
alahai~ slurp sedapnye resipi2 ni sumer...
tQ sbb share resipi, Insya'Allah next time nak beli lg siput try masak guna resipi2 kat ateh ni...
lokan tu mmg x pernah makan pun sblm ni, terjumpa org jual kat teluk batik ari tu, tu yg try nak masak. hu hu~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|