CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: sya_sugar_sugar

Sejarah Kalendar . Takwim

[Copy link]
 Author| Post time 22-12-2006 08:13 PM | Show all posts
POST 41:


TAKWIM ISLAM (TAKWIM HIJRAH)

Takwim Hijrah atau Takwim Islam
merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam
untuk menentukan hari kebesaran Islam.

Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan),
dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2006 08:15 PM | Show all posts
POST 42:

Sejarah Takwim Islam

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah
adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua
iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu.


Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab
yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.

Ada satu riwayat lain yang mengatakan
bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari
telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a
minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar
yang telah dihantar kepadanya.


Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam
yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai
yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.


Di kalangan bangsa Arab sendiripun
ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti :


Kalendar Tahun Gajah,
Kalendar Persia,
Kalendar Romawi
dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2006 08:16 PM | Show all posts
POST 43:


Maka Umar telah memilih tahun
yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung
dalam sejarah Rasullullah s.a.w
untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2006 08:17 PM | Show all posts
POST 44:

Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan.


Hasil dari itu,
Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun
serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.


Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah
kerajaan Kisra dapat ditumbangkan,
Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom
dan Masjid Al Aqsa dibangunkan.

Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut
dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik.

Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2006 08:18 PM | Show all posts
POST 45:


Bulan-bulan Islam

Bulan-bulan dalam Takwim Hijrah


Muharram | Safar | Rabiul Awal | Rabiul Akhir | Jamadil Awal | Jamadil Akhir | Rejab | Syaaban | Ramadhan | Syawal | Zulkaedah | Zulhijjah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2006 08:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-12-2006 08:40 PM | Show all posts
Keterangan gambor di atas:

A page from the Hindu calendar 1871-72.




The Hindu calendar used in ancient Vedic times
has undergone many changes in the process of regionalization,
and today there are several regional Indian calendars,
as well as an Indian national calendar.

Mostly, these are inherited
from a system first enunciated in Jyotish Vedanga
(one of the six adjuncts to the Vedas, 12th to 14th century BC),
standardized in the Surya Siddhanta (3rd century)
and subsequently reformed by astronomers such as Aryabhata (499),
Varahamihira (6th century), and Bhaskara (12th century).
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.118410 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list