View: 4274|Reply: 10
|
RIBUT TROPIKA - MENGANCAM -
[Copy link]
|
|
Ribut tropika ancam tujuh negeri
04-01-2007
Oleh MANJIT KAUR
KUALA LUMPUR: Ribut tropika dijangka bakal menyerang tujuh negeri di utara dan timur Semenanjung dengan petir dan angin kencang pada penghujung minggu ini.
Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi hari ini mengeluarkan "amaran tahap kuning", mengingatkan orang ramai di Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
Timbalan Menteri Datuk Kong Cho Ha berkata nelayan di Pantai Timur dinasihatkan tidak ke laut dalam tempoh ini.
"Ribut ini diramal membawa hujan lebat dan orang ramai harus bersiap sedia menghadapi cuaca buruk.
"Laut akan bergelora, dan keadaan ini berbahaya kepada semua perahu kecil," kata beliau kepada media di Wisma MCA di sini hari ini.
"Amaran peringkat kuning" menunjukkan kedatangan cuaca lembab, "peringkat jingga" menunjukkan hujan lebat yang lazim di musim tengkujuh tetapi tidak serius, sementara "amaran peringkat merah" adalah hujan lebat yang meluas.
Kong berkata pemimpin-pemimpin di setiap negeri, pasukan-pasukan polis, bomba dan penyelamat dan juga Badan Keselamatan Nasional (BKN) di Jabatan Perdana Menteri diminta berjaga-jaga menghadapi kemungkinan bah.
"Angin kencang timur laut yang bertiup 65 km sejam boleh bertukar kepada taufan, dan ia dijangka bergerak ke arah barat dan tengah Semenanjung Malaysia esok.
"Kita boleh meramal keadaan hujan lebat, tetapi tidak mungkin menjangka jumlah hujan, dan di kawasan yang bakal dilandanya dengan tepat.
"Oleh itu, kita tidak boleh pastikan banjir akan berlaku, tetapi kerajaan mahu orang ramai bersiap sedia untuk berpindah," tambahnya.
Katanya, akibat cuaca yang semakin buruk, ombak di Pantai Timur dijangka akan meningkat setinggi 6 m esok dan 3m hingga 4m di utara Selat Melaka pada Ahad.
Pada Selasa, Jabatan Meteorologi berkata keadaan monsun yang masih aktif di Laut China Selatan dijangka membawa hujan lebat dan menyeluruh di Kelantan, Terengganu, Pahang dan utara Johor mulai esok dan berterusan sehingga Isnin.
Jabatan Meteorologi menyebut, keadaan angin di perairan Malaysia juga dijangka bertambah kencang mulai esok.
Negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia dijangka menerima hujan yang bertambah mulai Sabtu hingga Isnin depan, menurut jabatan itu dalam kenyataan. |
|
|
|
|
|
|
|
Brace for wet weekend
PETALING JAYA: Northern Malaysia and the east coast of the peninsula will experience worsening weather over the weekend.
Heavy rains are expected to hit Perlis, Kedah, Penang and northern Perak from Saturday to Monday, while areas in Kelantan, Terengganu and northern Pahang will see weather ranging from extremely cloudy to downpours from tomorrow to Monday.
The Meteorological Department said in a statement the weather conditions expected were due to strong northeast monsoon winds from the South China Sea that would pass through north Peninsular Malaysia during the weekend with a speed of 65kph.
揑n case of floods, the people are advised to follow the instructions given by the authorities, and to be on alert at all times by listening to, or reading, announcements over the radio, newspapers and television, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dexa at 4-1-2007 07:47 PM
Ribut tropika ancam tujuh negeri
04-01-2007
Oleh MANJIT KAUR
Ribut tropika dijangka bakal menyerang tujuh negeri di utara dan timur Semenanjung dengan petir dan angin kencang pada penghujung minggu ini.
Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi hari ini mengeluarkan "amaran tahap kuning", mengingatkan orang ramai di Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir.
Pendapat teman setakat pagi nie kewujudan ribut tropika nie still questionable ?? Walaupun lower level convergence, upper level divergence and vorticity menghampiri ciri-ciri ribut tropika namun dari segi speed dsbnya pembentukan ribut tropika nie masih jauh lagi....
teman juga berpendapat sekiranya benar-benar ribut tropika terbentuk (semoga TIDAK)... bukan banjir yang perlu dirisaukan ... keutamaan perlu diberikan kepada kelajuan angin tu sendiri.... sekadar pandangan |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya bukan ribut kot? Disturbance aje? Tapi kat kedah ni nampaknya hujan 'tak menjadi' - disturbance tu dah stabilised kot? Tapi angin dia boleh tahan kuat. Ikan kat pasar pun tak banyak - nelayan x leh keluar sebab ombak besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 10-1-2007 08:45 AM
Rasanya bukan ribut kot? Disturbance aje? Tapi kat kedah ni nampaknya hujan 'tak menjadi' - disturbance tu dah stabilised kot? Tapi angin dia boleh tahan kuat. Ikan kat pasar pun tak banyak - nel ...
Pada awalnya memang terbentuk lekukan tropika dikaw. South China Sea...tapi ianya semakin lemah apabila menuju ke Peninsula...dan mati sewaktu disekitar perairan Terengganu...
Disturbance lebih merupakan perkataan general/am... sekiranya nak bercerita ttg adanya lekukan tropika ke..tropical storm ke...vortex ke...speed convergence/speed divergence..horizontal convergence/split flow ke...cyclonic/anticyclonic flow wind sheer dan sebagainya (terlalu byk termnya) rasanya boleh penin org memikirkannya...maka utk memudahkan depa cakap aje "gangguan monsun" |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mcm tu...
aku kena naikkan bot aku yg aku letak kt PD....
kang x psl2 karam..
naye jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazak at 11-1-2007 06:48 PM
kalau mcm tu...
aku kena naikkan bot aku yg aku letak kt PD....
kang x psl2 karam..
naye jer...
secara amnya, kawasan yang terlibat dengan surges nie adalah kaw. South china sea dan kaw. utara selat Melaka (dari segi kekuatan angin)... kekuatan angin bergantung kepada berapa tingginya tekanan udara di China/Mongolia dan berapa rendahnya tekanan udara di sekitar SCS.
secara amnya, dari segi hujan.... serbuan angin yang kencang tiba-tiba menjadi slow di sekitar perairan cthnya di Johor dan Sarawak ...mungkin disebabkan wujudnya vortex di situ ataupun cross-equotarial ke perairan Jawa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 rudz's post
rudz.....bila nak brief kat SPM lak....heheh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 redCeri^cet's post
ishh...itu reserved kat KPP and above je tu...
teman mana layak.... |
|
|
|
|
|
|
|
patutla angin kencang semcm ja |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinafarha1709 at 13-1-2007 12:28 PM
patutla angin kencang semcm ja
Angin kencang Gusting landa KuchingKUCHING 14 Jan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|