HAPPY BIRTHDAY BUAT KAK SITI TERSAYANG..!!
Dikesempatan yang amat berharga ini, ingin saya mengucapkan Selamat Hari Lahir buat insan yang dikasihi iaitu Kak Siti Nurhaliza binti Taruddin. Selamat menyambut ulang tahun yang ke-28! Semoga ilmu, iman dan amal bertambah seiring usia. Juga didoakan agar hidup kak Siti, suami dan keluarga senantiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah. Perjalanan hidup masih panjang. Sentiasalah berdoa agar tidak tersalah memilih jalan yang akan dilalui dan dibukakan pintu hati serta diberi petunjuk ke arah jalan yang benar oleh Allah. Tidak dilupakan, semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta comel yang mana akan menambahkan seri di dalam rumahtangga Kak Siti dan suami. |