CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51174|Reply: 6

Mencari punca anak sakit perut

[Copy link]
Post time 5-2-2007 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Kesihatan Anak: Mencari punca anak sakit perut
MENCARI punca kanak-kanak sakit perut memang merumitkan, lebih-lebih lagi jika mereka tidak lancar berkata-kata, selain anda bukan seorang doktor.


Pengarah Institut Kanak-Kanak Gastrousus dan Nutrisi, University of Massachusetts Memorial Health Care in Worcester, Stephen Hardy, berkata 10 peratus kanak-kanak selalu mengadu sakit perut tetapi keadaan sebenar mereka sebaliknya.

Sehubungan itu, katanya pengamal perubatan percaya petunjuk terbaik dalam mendiagnos kanak-kanak yang sakit perut bukan meminta mereka menunjukkan kawasan sakit, sebaliknya, merujuk kepada sejarah kesihatannya, simptom lain, pengalamannya sepanjang hari berkenaan dan makanan yang diambil.

Berikut adalah panduan mencari punca sebenar kenapa anak anda sakit perut.

1. Radang usus dan perut (gastroenteritis)

Anak anda mungkin berhadapan dengan masalah radang usus dan perut jika dia muntah dan cirit birit. Biasanya masalah ini disebabkan jangkitan virus atau bakteria.

Jika disebabkan virus, masalah itu tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Radang usus dan perut akan menyebabkan muntah, cirit-birit dan hilang selera makan.

Pastikan anak anda mengambil cukup cecair untuk dua hingga tiga hari dari hari pertama dia alami sakit.

Biasanya sakit perut seperti ini menyebabkan anak tidak boleh mengambil produk tenusu, jadi berikan dia air kosong, jus atau garam pencegah dehidrasi.

Apabila anak sembuh daripada masalah ini, untuk beberapa hari berikan dia pisang, nasi, epal dan makanan panggang. Mungkin juga boleh beri dia bijirin atau biskut.

2. Alah susu

Alah susu dan alah laktosa biasanya jarang berlaku pada kanak-kanak. Sakit perut disebabkan susu biasanya kerana pertukaran daripada penyusuan susu ibu kepada susu formula atau memakan produk tenusu lain seperti keju.

Simptom alah susu dan laktosa selalunya menyebabkan anak muntah, cirit birit dan sakit perut. Untuk memastikan punca masalah itu disebabkan produk tenusu, doktor akan menyarankan anda tidak memberinya produk begitu untuk beberapa hari. Selepas itu, cuba beri semula produk berkenaan.

Kanak-kanak yang alah susu (alah pada protein susu) akan diberi susu soya, tetapi ia bukan boleh diberi kepada semua kanak-kanak. Antara lima hingga 10 peratus kanak-kanak yang alah pada susu juga alah pada soya. Jika anak anda termasuk dalam kategori ini, anak mesti merujuknya kepada doktor.

3. Perubahan dalam diet

Sembelit adalah masalah biasa yang dialami kanak-kanak. Biasanya ia terjadi apabila mereka sudah pandai memilih makanan sendiri.

Bagaimanapun, selepas enam minggu, sistem pencernaannya akan kembali normal. Bantu anak anda dengan memberinya cukup serat dan cecair. Selain itu, anda mungkin boleh memberitahunya jenis makanan yang baik dan boleh diambil serta makanan yang perlu dielakkan.

4. Masalah pernafasan

Percaya atau tidak, selesema juga boleh menyebabkan sakit perut. Ini kerana kebanyakan lendir daripada bahagian hidung masuk ke kerongkong. Apabila anak menelannya, ia boleh menjejaskan perut.

Jika anak anda mengadu sakit perut dan pada masa yang sama alami selesema, bawa dia berjumpa doktor. Doktor akan memberikan ubat untuk membantu mengeringkan lendir yang menjejaskan perutnya. Biasanya ubat seperti itu boleh membantu.

Bagaimanapun, kadang kala, keadaannya mungkin lebih serius. Dia mungkin sakit tekak, demam dan sakit kepala. Simptom begini selalunya dikaitkan dengan sakit tekak yang serius. Masalah ini seharusnya dirujuk kepada doktor.

5. Sakit perut dan muntah

Jangkah ambil langkah tunggu dan lihat jika anak muntah, tidak bermaya kemudian sihat untuk beberapa ketika sebelum muntah lagi. Masalah ini mungkin disebabkan rektumnya berdarah.

Simptom ini biasanya dikaitkan dengan masalah usus. Ia berlaku pada bayi berusia enam bulan hingga tiga tahun,

Anak juga akan muntah dan demam. Dia juga mungkin tidak mahu minum air. Rujuk kepada doktor kerana anak anda mungkin berhadapan dengan radang umbai usus (bengkak pada apendik)

7. Angin

Sebagai orang dewasa, anda tentu tahu angin dalam badan memang membosankan dan menyakitkan. Begitu juga dengan anak anda. Biasanya, masalah angin terjadi kalau anak kerap minum jus. Kadang-kala jus yang terlalu banyak sukar dihadam.

Dia akan sendawa dan sakit perut jika gas sudah terkumpul dengan banyak. Ubat pencegah angin boleh dibeli di kaunter farmasi tetapi jika tidak pasti, rujuk dulu kepada doktor. ~ Parentcenter.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2007 12:08 PM | Show all posts
Anak sering sakit perut


Doktor,

Saya ibu kepada anak perempuan berusia 10 tahun. Anak perempuan saya sering mengalami sakit perut yang tidak menentu sama ada selepas atau sebelum makan dan tidak mengira waktu. Kesakitan yang dialami dalam jangka masa 5 hingga 10 minit.

Saya telah membawa anak saya berjumpa doktor dan mengesahkan tidak ada apa-apa hanya memberi ubat gastrik. Tetapi sakit perutnya masih berlarutan. Sudah satu tahun anak saya mengalami kesakitan.

Adakah besar kemungkinan anak saya mengalami penyakit apendiks akut yang mungkin gagal dikesan oleh perubatan masa kini. Apa yang perlu saya lakukan, jika terus dibawa berjumpa doktor masih lagi mengesahkan tidak ada apa-apa yang berlaku?

Harap doktor dapat memberi penjelasan kepada masalah ini dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2010 09:59 AM | Show all posts
Bila anak sakit perut


IBU-IBU perlu mengetahui gejala-gejala sakit perut anak agar dapat menanganinya dengan cara yang lebih tepat. - Gambar hiasan

BIASANYA, penyebab sakit perut tidak begitu jelas. Ia boleh jadi sakit kerana masuk angin, salah makan atau terlambat makan.

Namun perlu diketahui, tidak semua rasa sakit itu berasal dari bahagian perut. Ia juga boleh terjadi di bahagian luar perut dan sakit perut boleh menjadi petanda penyakit serius seperti usus tersumbat.

Oleh kerana itu, penting untuk para ibu bapa lebih mengenali gejala sakit perut, agar ia boleh ditangani dengan tepat sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Pertama, ibu bapa perlu mengetahui gejala sakit perut umum. Setiap peringkat umur kanak-kanak menunjukkan gejala yang berbeza. Misalnya, bayi baru lahir hingga usia tiga bulan biasanya mengalami gejala seperti muntah.

Bagi bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun pula, biasanya anak akan mengalami muntah, menjerit secara tiba-tiba serta menangis tanpa ada sebab yang dapat dijelaskan.

Untuk kanak-kanak yang berusia dua hingga lima tahun pula, mereka lazimnya sudah dapat mengatakan sakit perut namun belum dapat ditafsirkan dengan tepat.

Kanak-kanak berusia lima tahun dan ke atas pula dapat menjelaskan dengan baik sifat dan tempat yang dirasakan sakit.


SAKIT perut juga boleh menjadi petanda menghidap penyakit yang serius. - Gambar hiasan

Bayi sering mengalami gastroenteritis atau cirit-birit, namun amat penting juga untuk memerhatikan kelainan pada bahagian-bahagian badan yang lain. Kepada anak usia prasekolah, sakit perut boleh jadi disebabkan oleh apendiks, radang paru, sembelit dan trauma.

Sementara anak usia sekolah biasanya mengalami apendisitis, trauma, sembelit dan radang usus.

Sakit perut dan cara mengatasinya

Jika sakit perut kerana makan berlebihan atau gas, gejalanya ialah perut bayi atau kanak-kanak itu kembung dan kejang pada perut.

Tindakan yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah lapkan air suam pada bahagian perut si kecil dengan lembut.

Untuk penyakit sembelit pula, biasanya penghidap akan merasa sakit perut. Cara mengatasinya adalah dengan memberikan si kecil jus prun yang dihancurkan atau ubat yang dijual dalam pasaran. Namun yang penting, biasakan si kecil untuk lebih banyak makan makanan berserat.

Bagi keracunan makanan pula, anak akan mengalami kejang perut, muntah, cirit-birit dan sering demam.

Untuk mengatasinya, berikan makanan atau beri minum air yang banyak bagi mencegah dehidrasi.


PERIKSA perut bayi apabila dia menunjukkan gejala seperti muntah. - Gambar hiasan

Alahan laktosa pula ialah sejenis penyakit yang menunjukkan gejala seperti sering buang angin, muntah atau sakit perut setelah minum susu.

Untuk itu, sebaiknya pilih susu dan keju yang bebas laktosa.

Jika anak anda menunjukkan gejala seperti berasa terlalu sakit di sekitar pusat atau perut bahagian kanan, segera bawa si kecil anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Stres juga boleh menyebabkan sakit perut pada bayi dan kanak-kanak. Mereka akan sakit perut yang dirasakan sukar untuk dijelaskan, walaupun si kecil nampak sihat.

Jika ia berlaku, cari penyebab dan penyelesaiannya. Ia mungkin tekanan akibat kepadatan waktu belajar di sekolah.

Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membawa anak berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat tekanan yang dihadapinya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 09:54 AM | Show all posts
thanks syd...good info...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by bidanbersalin at 17-2-2010 10:03

Melindungi Bayi Anda Daripada Gangguan Perut
Sekiranya anda mengambil tindakan berjaga-jaga di bawah, sepatutnya dapat melindungi bayi anda daripada bakteria yang menyebabkan sakit perut atau gastroenteritis.

    * Sterilkan semua peralatan penyusuan sebelum digunakan, walaupun peralatan baru.

    * Jika anda tidak mempunyai peti sejuk, bancuh setiap penyusuan hanya apabila anda memerlukannya.

    * Jika bayi anda tidak menghabiskan susunya pada suatu masa penyusuan, buang susu berlebihan. Jangan simpan susu untuk penyusuan berikutnya kerana air liur bayi anda telah mencemari susu tersebut.

    * Buang sebarang susu yang telah dipanaskan untuk bayi anda, walaupun bayi anda tidak menyentuhnya. Proses pemanasan susu mengalakkan bakteria membiak.

    * Jangan simpan bancuhan susu di dalam peti sejuk selama lebih 24 jam.

    * Biarkan botol di dalam larutan pensterilan sehingga anda memerlukannya (pensterilan berkesan selama 24 jam) supaya botol tidak dicemari oleh bakteria di dalam udara.

    * Keluarkan puting susu selepas suatu masa minimum, keringkan di atas kertas dapur, kemudian simpan di dalam balang yang steril.

    * Jangan keringkan peralatan steril di atas papan pengering atau pada tuala teh. Keringkan di atas kertas dapur, dan lap kering pisau sahaja dengan menggunakan kertas dapur.

    * Basuh tangan anda sebelum anda menyentuh peralatan steril.

more info.....http://bidanbersalin.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 10:03 AM | Show all posts
Post Last Edit by mamahusna at 18-2-2010 10:42

akak ada post entri mengenai nie dlm blog akak...kalau ada masa jemputlah ke blog akak ye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2015 10:17 AM | Show all posts
salam doktor,

anak sy berusia 3 thun mengalami telah mengalami kembung perut selama 4 hari.

hari pertama- cirit birit 4x (start dr maghrib) + demam dan sy telah membawanya berjumpe doktor. anank sy diberi ubat cirit birit dan angin.

hari kedua-cirit birit tekah tiada hanya kembung perut sahaja. die x nk mkn,x nk minum susu dah kerap kali kembung perut.sy hanya memberinye ubat kembung perut dan hanya 2x sahaja die ingin minum susu

hari ketiga- stil kembung perut dan ingin makan hash brown tp sikit je. tgh hari die sakit perut dan telah membuang besar dlm kuantiti yg banyk tp cair. pada sebelah ptg dan mlm menunjukkan perkembangan yg positif kerana die sudah ade keinginan utk mkn epal dan nasi cume die minum susu skit je. tp pada tgh mlm,die kembali sakit perut dan perutnye kembali kembung.

hari keempat- bangun sahaja dr tidur, die memberitahu sy perut nya sakit dan kembung dan saya hanya sapukan minyak. '

bantu sy doktor.ape yg peru sy lakukan.sy buntu doktor.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042461 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list