|
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"
dpt ni dari emel...sblm ni penah gak member tegur jgn solat asar lambat sgt...kalau solat asar tp dh nak masuk maghrib tu tak baik katanya...ada sesapa leh terangkan tak...thanx in advance |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"
Dari Abdullah ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "......(berkenaan waktu-waktu solat)...... Apabila matahari terbit, berhentilah solat kerana dia terbit antara dua tanduk shaitan". - Bab solat, sahih Muslim.
Dari Saidina Ali bin Abu Talib r.a., Rasulullah bersabda, "........ apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir".
Apa maksudnya? Jawapannya boleh kita cari dalam peradaban penmyembah-penyembah matahari masa zaman dahulu kala. Contoh dari Mesir zaman dulu.
Consider our "modern" terms, Horizon and Sun Set. These terms belie their ancient history. Horus-sun (Horizon) was sunrise as Horus was the Egyptian god of light and the day light portion of the 24 hour cycle. Set, was the god of darkness and night. He came on the scene at "Sun Set" and is the Jackal headed god of the Egyptian underworld. When we say "what a beautiful Sun Set," we don't realize we are speaking as one might in ancient Egypt. Darkness was the time of Set, god of darkness. Night time was not a good time in most ancient mythologies. This is why many a priest stood every morning acting as if by incantation and arm waving, he could bring back the Sun/Son from the Underworld of darkness and fear. The sun descending into hell is something it did every Sun-Set. There was relief every morning when the sun/son was reborn. -Dennis Diehl.
~Dennis Diehl is a former Church Pastor of 26 years. He now has a therapeutic massage practice in SC.
Orang Islam dilarang sembahyang semasa matahari terbit supaya tidak menyamai orang kafir kerana waktu itu adalah waktu penyembah matahari memuja memanggil matahari.
dpt ni dari emel...sblm ni penah gak member tegur jgn solat asar lambat sgt...kalau solat asar tp dh nak masuk maghrib tu tak baik katanya...ada sesapa leh terangkan tak...thanx in advance.
Dari Abu Dzar r.a. katanya, Rasulullah bertanya kepadaku sambil menepuk pehaku, "Apa yang engkau lakukan jika engkau berada di dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya?"
Jawabku, "Apa perintah anda kepadaku?".
Sabda baginda, "Solatlah pada waktunya (walaupun bersendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah (bersama mereka)."
[ Last edited by ibnur at 17-3-2007 10:28 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
iye itu mamang PESAN NABI, bagi saya dan sesiap yg mengakuinya
iaitu bila terbenamnya matahari....
sama dgn bila terbitnya matahari
dan seterusnya NABI ingatkan
agar menunggu sehingga benarnya terbenam matahari
barulah mendirikan SOLAT
(agak agak sama tak dgn kita hari ini???????)
pernah saya bersama seorang hambaallah
bila azan maghrib dilaungkan selesai
maka dia duduk menenangkan dirinya
dan memuji TUHANNYA sehingga benar benar tenang
baru dia mendirikan SOLATNYA
(agak agak cara dia tu boleh diterima TAK?????)
sama gak bila matahari tegak diatas kepala........
semoga kita dirahmati dan ditunjukinya |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adakah bermakna kalau..cthnya: sy ingin solat asar, tp masa tu dh pukul 7. masuk waktu maghrib beberapa minit ja lagi...adakah bermakna sy sepatutnya tunggu masuk maghrib, kemudian solat maghrib, dan barulah qada kan solat asar??
ada sesiapa blh tlg jwb tak..tq |
|
|
|
|
|
|
|
salam
Originally posted by rieyna at 22-3-2007 01:55 PM
adakah bermakna kalau..cthnya: sy ingin solat asar, tp masa tu dh pukul 7. masuk waktu maghrib beberapa minit ja lagi...adakah bermakna sy sepatutnya tunggu masuk maghrib, kemudian solat maghrib, ...
Mengenai persoalan u...
Ada pendapat yg mengatakan boleh solat selagi dlm waktu. Ada pendapat yg mengatakan boleh terus qadha solat Ashar.
Better kita pastikan berdasarkan hukum dr ulama yg diiktiraf.
Yg pasti....
Waktu2 yg dilarang solat...
- Sesudah sembahyang Subuh sampai terbit matahari.
Sabda nabi saw
Dari Abu Hurairah: "Nabi s.a.w. telah melarang sembahyang seslldah sembahyang Subuh sehingga terbit matahari".
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
- Sesudah sembahyang Ashar sampai terbenam matahari.
Dari Abu Hurairah: "RasululIah s.a.w. telah melarang solat sesudah solat 'Ashar.
[Riwayat Bukhari]
- Waktu istiwa {Tengah hari} selain hari Jumaat.
Dari Abu Hurairah: "Rasulullah s.a. w. telah melarang sembahyang waktu tengah hari tepat, sampai tergelincir matahari kecuali hari Jumaat".
[Riwayat Abu Daud]
- Tatkala terbit matahari sampai setinggi tombak (jam 8 - 9) jam Zawaliyah.
- Tatkala hampir terbenam matahari sampai terbenamnya.
Dari 'Uqbah bin Amir:
" Rasulullah s.a. w. melarang sembahyang pada tiga waktu:
- Tatkala terbit matahari sampai tinggi.
- Tatkala hampir Zuhur sampai tergelincir matahari.
- Tatkala hampir terbenam matahari".
[Riwayat Muslim]
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
SOLATlah semampu saudari
walaupun kekadang terlewat
cam NABI jugak, kekadang terlewat
kerna sebab dan penyebab
susah nak terangkan
sebab saya tak bersolat maghrib atau asar
tapi solat pada waktu yg ditentukan
(ada perbezaan disini!!!)
SESUNGGUHNYA SOLAT ITU ADALAH SEBAIK BAIK PERBUATAN
TETAPI MENGINGATI AKU ITU LEBIH BAIK |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih atas jwpn yg diberikan... insyaAllah lepas ni akan cuba solat di awal waktu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 29-3-2007 01:47 PM
salam
SOLATlah semampu saudari
walaupun kekadang terlewat
cam NABI jugak, kekadang terlewat
kerna sebab dan penyebab
susah nak terangkan
sebab saya tak bersolat maghrib atau asar
tapi ...
Boleh jelaskan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 29-3-2007 01:47 PM
salam
SOLATlah semampu saudari
walaupun kekadang terlewat
cam NABI jugak, kekadang terlewat
kerna sebab dan penyebab
susah nak terangkan
sebab saya tak bersolat maghrib atau asar
tapi solat pada waktu yg ditentukan
(ada perbezaan disini!!!)
Saya melihat secara keseluruhan perenggan yang terakhir, terutamanya tentang solat pada waktu yang ditentukan, rujuk pada surah An Nisaa' ayat 103:
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
setahu saya lah
NABI bersolat dan mengajak umatnya berSOLAT
pada waktu yg ditentukan
BUKAN SOLAT MAGHRIB, ISYAK dll
(faham tak???)
dan mungkin NABI sendiri tak berniat SOLAT MAGHRIB
(mungkin kottttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)
tapi mengerjakannya bila matahari benar benar tenggelamnya
dan cuba periksa balik AL QURAN berkaitan AYAT TUHAN:
SESUNGGUHNYA SOLAT ITU ADALAH SEBAIK BAIK PERBUATAN
TAPI MENGINGATI AKU ITU LEBIH BAIK
INGAT!!!!!
INGAT!!!!!!!
INGAT!!!!!!!
(entahlah, apa yg dimaksudkan dgn sebenar benarnya....................) |
|
|
|
|
|
|
| |
|