CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2418|Reply: 19

MAYBANK: Ushawan Melayu masih tiada pembelaan

[Copy link]
Post time 11-5-2007 06:13 PM | Show all posts |Read mode
.Asalamualaikum,
Wakil2 dalam kabinet  semua macam takboleh mempertahankan 50 % sharemelayu  dalam bidang guaman sekirannyanak berurusan dengan maybank. orang lain pun nak hidup jugak janganlerpikir kocik sendirijer.Kemudian masa kempen dia ler seolah2mempertahankan maruah bangsa ugama dan negara, tapi bile meeting semuapikir pasal diri sendirijer kemudian bersetuju denganpembangkang pasal soal ini.Ini kerana masuk parti bukan nak menjuangkanbangsa dan ugama tapi kerana memperjuangkan kocik sendiri....Maybank Patut dipuji.Saya rasa bangsa melayu ni takler tamak cuma nak share businessguaman dengan bangsa2 lain .Bangsa lain rasa macam hak dia sekarang takleh disentuh.100% mesti dapat kat dia isk     wasalam

Petikan akhbar Utusan Malaysia
Tindakan Maybank mesti dipertahankanKUALA LUMPUR 10 Mei ?Ahli-ahli ekonomi, peguam dan tokoh politikMelayu hari ini meminta kerajaan mempertahankan tindakan MalayanBanking Bhd. (Maybank) mengenakan syarat pemilikan 50 peratuskepentingan bumiputera dalam firma-firma guaman yang mahu menjadi panelbank tersebut
Mereka berpendapat, langkah Maybank ?bank perdagangan terbesar dinegara ini ?memperkenalkan dasar baru berkaitan firma-firma guamanadalah selari dengan polisi kerajaan untuk mengagihkan secara adilkekayaan negara, khususnya kepada kaum bumiputera yang masih jauhketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding kaum lain.
Menurut mereka, kerajaan perlu menghargai langkah Maybank kerana apayang dilakukan itu membuka banyak peluang kepada firma-firma guamanbumiputera untuk terlibat secara langsung dalam pembangunan ekonominegara.
Seorang ahli ekonomi, Haim Hilman Abdullah berkata, Maybanksebenarnya telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat terhadapkaum bumiputera di negara ini dengan memperkenalkan syarat-syarat baruberkaitan firma-firma guaman.
Katanya, semua pihak harus menyokong langkah berkenaan keranaMaybank bersedia memberi peluang kepada firma-firma bumiputera tanpadisuruh.
揗engapakah kita tidak sama-sama mempertahankan langkah ini?
揚ada pendapat saya, firma-firma guaman yang tidak memenuhi syaratyang Maybank tetapkan itu mempunyai banyak pilihan untuk membuat urusniaga dengan bank-bank lain yang tidak mengenakan syarat yang Maybanktetapkan,?katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang menyebut bahawa JemaahMenteri telah meminta Maybank supaya memansuhkan syarat pemilikan 50peratus bumiputera ke atas firma-firma guaman yang ingin menjalankanurus niaga dengan bank itu.
Beberapa buah akhbar memetik sumber peringkat tertinggi sebagaiberkata, arahan Kabinet itu dibuat kerana syarat yang dikenakan olehMaybank itu bukan dasar kerajaan.
Laporan itu juga memetik sumber tersebut sebagai berkata bahawaKementerian Kewangan juga tidak pernah mengarahkan Maybank untukmelaksanakan peraturan tersebut.
Mengulas lanjut isu itu, Haim Hilman berkata, dasar Maybankberkaitan ekuiti bumiputera dalam firma-firma guaman itu adalah 慳matpragmatik憯?pada masa ini memandangkan orang Melayu memang belum mampubersaing.
揓ika kita bersungguh-sungguh mempertahankan kepentingan bumiputeradalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan AmerikaSyarikat, apakah bezanya dalam isu ini??tanya beliau.
Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof.Madya Asan Ali Gulam pula berkata, langkah Maybank itu akan membantuusaha kerajaan meningkatkan penglibatan bumiputera sebanyak 30 peratusdalam ekonomi negara serta menjadikan mereka masyarakat ekonomi danperindustrian.
揔abinet sepatutnya menggalakkan bank lain mengikuti langkah Maybankdan tidak melihat syarat itu sebagai diskriminasi kepada kaum lain.Maybank syarikat milik kerajaan. Jika orang lain lihat tindakan itubertentangan dengan dasar kerajaan, saya pula melihat apa yangdilakukan oleh bank itu adalah sebaliknya,?kata beliau.
Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMKL), DatukSyed Amin Aljeffri pula mahu tindakan bank itu dilihat dalam 憌ajah扢alaysia kerana ramai kakitangan yang berkhidmat dalam firma guamanMelayu adalah peguam kaum Cina.
Katanya: 揓ika tindakan Maybank dianggap diskriminasi kaum,bagaimana pula tindakan sesetengah syarikat yang siarkan iklanpekerjaan mengutamakan mereka yang fasih berbahasa Mandarin sahajauntuk menghadiri temu duga.?
Pemangku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional(BNBBC), Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menegaskan, tindakanmengekalkan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera bagi firma guaman yangingin berurusan dengan Maybank dibuat bukan untuk menguasai ekonomi.
憫Kita mahu wujud keseimbangan dalam ekonomi, bukannya hendakmenguasai. Dasar itu tidak jejaskan orang lain kerana semua kaum dapatpeluang yang sama,?kata beliau.
Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Razali Ibrahim menjelaskan,setelah berlaku eksais penggabungan bank di negara ini, bantuan kepadabumiputera, termasuk kepada firma guaman, semakin berkurangan.
Dalam konteks ini, beliau menyokong dasar Maybank itu. 揃ank itumerasakan penglibatan bumiputera amat diperlukan,?kata Ahli ParlimenMuar itu.
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datin Paduka ZaitoonOthman pula mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan isu itukontroversi.
Beliau berkata, firma guaman bukan bumiputera tidak perlu bimbangdengan perkembangan itu memandangkan kebanyakan bank lain di Malaysiatidak mengenakan syarat-syarat seumpama itu.
憫Syarat itu tidak bermaksud firma bukan bumiputera tidak bolehmenawarkan khidmat kepada Maybank, cuma mereka perlu memastikan ada 50peratus ekuiti bumiputera dalam firma mereka,?katanya.
Menurut Zaitoon, selama ini firma guaman bumiputera khususnya yangbersaiz kecil sukar untuk mendapatkan pelanggan yang terdiri daripadabadan-badan korporat besar.
Sekurang-kurangnya, kata beliau, langkah yang diambil oleh Maybankitu memberi harapan baru kepada firma guaman bumiputera untuk terusberkembang.
憫Tolong jangan perlekeh usaha Maybank ini,拻 katanya.
Sementara itu, kajian semula Maybank ke atas kriteria pelantikanpanel guamannya yang berkuat kuasa pada 1 Julai ini tidak membuatsebarang perubahan berhubung syarat pemilikan 50 peratus kepentinganbumiputera dalam firma-firma guaman yang ingin menjadi panel banktersebut.
Utusan Malaysia juga difahamkan bahawa satu memorandum telahdihantar kepada semua panel peguam Maybank bagi memaklumkan kepadamereka mengenai perubahan kriteria pelantikan panel guaman bank itu.
Memorandum itu juga mengingatkan panel peguam Maybank supayamematuhi kriteria baru itu dalam permohonan mereka untuk menjadi panelguaman berkuat kuasa 1 Julai ini.
Antara kriteria baru itu ialah firma guaman yang mahu menjadi panelMaybank mesti memiliki minimum tiga rakan kongsi dengansekurang-kurangnya seorang rakan kongsi bumiputera menguasai 50 peratusekuiti dalam perkongsian itu dan firma tersebut telah beroperasisekurang-kurangnya tiga tahun.
Kegagalan memenuhi kriteria itu akan menyebabkan Maybank bolehmengambil tindakan termasuk menamatkan perkhidmatan firma guamanterbabit.

[ Last edited by  elle_gogo at 19-5-2009 19:49 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2007 06:24 PM | Show all posts
bleh tak kalau tak sebut nama parti..... biar akhbar je... nampak kepartian plak ... sensitif gak sesetengah orng..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2007 06:27 PM | Show all posts

Reply #2 sinar_inspirasi's post

HANGAT GAK MASA MEMBACA PAPER TENGOK TIADA PEMBELAAN SEMASA MEETING KABINET TU PM PUN ADA TUR,  DI SINI /KITA BUKAN NAK 100% SIKIT JER TAK LEH BOLEHKER
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2007 09:39 AM | Show all posts
Mendaftarler sebagai ahli untuk mengembangkan network business kita .Kekuatan didalam perniagaan bergantung kepada network kita juga wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 11:39 AM | Show all posts
..aku tak nak jadi orang melayu....
..nama cina aku MAN AH YAK...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2007 01:41 PM | Show all posts

share

Agama yang benar adalah ISLAM :

Segala puji bagi Allah Azza wa Jalla yang telah memberikan nikmat Islam yang dengannya menjadikan kita tergolong orang-orang yang selamat.



Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub  "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". (QS. Al Baqarah 132)



Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepadaNya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam (QS Ali Imran 102)



Selanjutnya agar tetap selamat dalam jalan yang lurus kita diperintahkan untuk membaca, memahami, mempelajari dan mengamalkan  AL QURAN. Sebagaimana firmannya :



Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (Al Baqarah : 2)



Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam (Al Furqaan: 1)



Al Quran adalah petunjuk jalan, pembeda antara yang haq dan yang bathil, pemberi peringatan untuk seluruh alam semesta. TIDAK ADA SEDIKITPUN KERAGUAN PADANYA, dan Jangan sekali kali anda ragu terhadapnya !!!



Sesungguhnya Kamilah yang telah menurunkan Al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya". (Al-Hijr : 9)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2007 12:19 PM | Show all posts
memang ramai melayu nak lihat melayu berjaya... sekarang pun ramai dah step foward untuk buka compeni sendiri... sume geng-geng biz yang aku kenal dulu jadi partner cina , la ni dah buka business sendiri... so, benda ni in progress semua melayu nak berjaya... benda nilah yang memotivasikan aku untuk terus bekerja... hahaaaa
Reply

Use magic Report

phLush This user has been deleted
Post time 6-7-2007 01:41 PM | Show all posts
memang semua melayu nak berjaya... malahan semua org tak kira bangsa apa pon nak berjaya... takde siapa yg nakkan kegagalan...

tapi sampai bila nak disuap je? kena la belajar suap sendiri... it's been 50 yrs now...

juz my opinion...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 07:17 PM | Show all posts

Reply #8 phLush's post

betul tu... aku pun naik hairan berape banyak kerajaan nak bagi baru berjaya? bagi aku kerajaan dah banyak offer untuk usahawan bumiputra dengan bantuan-bantuan... mungkin ramai yang x tahu... tapi as long diorang buat reaserch dan x belagak macam bos-bos mesti dapat bantuan.

tetapi kalau usahawan ni kalau nak bantuan mesti nak bantuan pasal modal... loan... hairan aku x pernah cukup kot... hahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 07:24 PM | Show all posts
usahawan melayu
usahawan parasit
pokok yg hidup menompang atas pokok lain tu

usahawan melayu menompang atas bantuan kerajaan jer
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 07:10 PM | Show all posts
yerla kalau dah melayu sendiri yang tanak tolong melayu macam mana melayu nak maju, org2 cina berniaga pun mengharapkan org2 melayu yang beli, tapi bila org2 melayu baru nak meniaga, baru nak mintak tolong dah kena jerkah beramai-ramai... ingat sket, org2 cina dah lama berniaga di malaysia selepas british berambus dari tanah melayu, tapi la ni ler org2 melayu baru nak menapak dalam perniagaan tak sampai 30 tahun pun melayu baru sedar untuk berniaga, dah kena jerkah ramai2... itupun lepas mengamuk masa 13 mei dulu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:23 AM | Show all posts
Bila buat bisnes, semua bangsa pun nak buat untung. Kalau tak cari untung, bukan bisnes namanya.
Dalam mencari untung, semua usahawan menggunakan segala-gala yang ada untuk menguasai pasaran (dan seterusnya buat untung).
Jika anda tak gunakan peluang yang ada, orang lain pasti akan tetap gunakan peluang itu dan akhirnya anda kalah. Kalah bermakna, boleh jadi anak isteri susah nak makan.

Umno (DEB), MCA (dewan perniagaan cina) dan MIC adalah alat-alat politik yang digunakan oleh usahawan dalam menguasai pasaran. Ayat-ayat naif seperti "kita mau buktikan melayu tak perlukan bantuan untuk berjaya" cuma sesuai untuk mereka yang tidak tahu realiti dunia bisnes.  

Hakikatnya, Cina yang memang hebat dan experienced dalam bisnes pun, berlumba2 nak dapat grant SMIDEC. Tapi pada masa yang sama parti politik ni "cucuk2" orang Melayu dengan sentimen "Orang Melayu tak teringin ke nak buktikan anda boleh berjaya tanpa DEB" dan "Jangan jadi bangsa subsidi"...

Tak rasa hairankah bila orang yang meminta agar orang Melayu berhenti diberi bantuan adalah orang yang sama juga berlumba2 merebut grant2 kerajaan ? Kuota reserve untuk bumiputra mungkin hanya 30-50% .. tapi kuota bumi selalu tak habis, yang habis ialah kuota non-bumi. Sapa yang paling banyak guna bantuan kerajaan ni ?

Bagi aku dunia bisnes ni mmg hebat persaingannya. Sapa yang suka sangat bagi chance kat org lain pasti akan kalah sebab orang lain mmg takkan bagi chance kat dia. Selagi cara kita berbisnes tu halal, selagi tu kita buat. Peduli apa orang kata. Diorang pon ada agenda tersendiri dan tersembunyi.

Ramai orang Melayu ni ibarat seorang pemain sepaktakraw yang suka bagi bola lambung kepada pihak lawan dengan alasan "Kita perlulah gentleman, buat baik dibalas baik, buat baik nanti orang hormat kita, bagi chance lah pada org lain baru nampak mulia". Pihak lawan pulak dapat bola lambung terus lipat gunting/gulung langsung Melayu terkedu tak dapat sambut. Pihak lawan sedar, at the end of the game, people only remember who win or lose not who's dermawan or not.

Sekian ^_^

[ Last edited by  thedude at 20-5-2009 00:34 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:42 AM | Show all posts

Balas #12 thedude\ catat

huh! ... dalam tu..... tp yg peliknya... nape koata melayu tak abis?... tak rebut peluang ke mcmana? huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:48 AM | Show all posts
RAHSIA MENJANA PENDAPATAN DI RUMAH

KLIK HERE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 20-5-2009 00:42
huh! ... dalam tu..... tp yg peliknya... nape koata melayu tak abis?... tak rebut peluang ke mcmana?
huhuh



1. tak ramai usahawan melayu tau apa yg krjaan boleh offer, sebab krajaan sendiri tak der cara2 promosi. INI SOAL DAH MEMANG MACAM TU CARA GOMEN KERJA.

2. walaupun krajaan tad der cara2 promosi, usahawan2 yg tau tentang produk tersebut, akan/patut berkongsi dengan usahawan2 lain mengenai info produk tersebut.

3. agak2, usahawan2 cina ni berkongsi tak dgn rakan2 mereka JIKA DIBANDINGKAN dengan usahawan2 melayu?. INI SOAL SAMA2 NAIK, SAMA2 KAYA.

4. agak2, bila usahawan2 cina datang ke sana, pegawai2 rendah atau  pegawai2 tinggi kerajaan yang akan layan mereka?

5. agak2, bila usahawan2 melayu datang ke sana, pegawai2 tinggi atau  pegawai2 rendah kerajaan yang akan layan mereka?

6. agak2,  pegawai2 rendah kerajaan tu ikhlas ke nak membantu bila dalam waktu sedar, mereka tahu, mereka hanyalah pegawai bergaji RM2k, dan bila lulus permohonan diluluskan, usahawan paling sikit dapat 20K belum lagi 20mill. INI SOAL DENGKI.

7. agak2,  pegawai2 tinggi kerajaan tu tak mintak apa2 balasan ker bila  permohonan diluluskan, yelah usahawan melayu paling banyak 20 juta, bangsa cina paling sikit 20juta.. INI SOAL IKHLAS.


heran, bila cina dapat - dikatakan pandai mencari peluang. tak der pun sebut, bertongkat.

sedangkan melayu, belum dapat - dikatakan hidup penuh subsidi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 02:34 PM | Show all posts

Reply #15 hazel23's post

Fuiyoo .. dalam makna kata2 akak ... tapi itulah realitinya ...
kita jangan harap sangat org nak tolong kita, cukuplah Allah sebagai sumber bantuan ..

Bila kita minta bantuan Allah, Dia tak minta komisen pon .. Dia cuma minta iman takwa shj

Ada benda nak cerita ni ... jap lg sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 02:56 PM | Show all posts

Reply #15 hazel23's post

nampak mcm nasib usahawan kita banyak bergantung pada apa yg org lain buat
nak bagi ke, nak tunjuk ke, nak tolong ke...
their not in control of their destiny... harap pada keadaan... nasib....

sampai bila pun takkan berjaya.. unless we are willing to take charge of our own destiny..

kalau tak boleh.. kenapa tak boleh? find out, baiki sampai depa kata boleh...
jangan bagi depa ada reason to reject or to refuse our application....
itu baru USAHAwan... bukan terimawan...

tapi kalau sendiri pun tau kita tak qualify
jangan salahkan org lain bila usaha kita tak berhasil...... baiki dan cuba lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 02:59 PM | Show all posts
tak bagus ek simpan duit di maybank?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 03:11 PM | Show all posts

Reply #18 ctredzuan's post

simpan duit kat mana2 pun bagus..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:52 PM | Show all posts
kuota melayu tak habis sebab melayu lebih sibuk cari kerja makan gaji, kebanyakan melayu kebanyakannya berkelulusan ijazah hanya berpikir bila dah grade company mana nanti aku nak kerja, berapa gaji yang aku perlu demand, kereta apa yang aku akan beli nanti, cukup bulan tunggu gaji masuk..

sebab itulah melayu masih tak ramai yang berniaga, kebanyakan melayu yang berniaga pun kebanyakannya tidak ada kelulusan, ade kelulusan pun bila bisnes mereka dah berjaya... sebab yg tidak ada kelulusan tapi hati inginkan kejayaan yang selalu berjaya, yang ada kelulusan plak sikapnya lebih suka kerja makan gaji sampai gaji dah tahap mati... yg dah jadi CEO (makan gaji) pun masih lagi dgn perangai suka makan gaji dengan org...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.065109 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list