CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3411|Reply: 0

Antibiotik berkesan, selamat untuk anak

[Copy link]
Post time 14-5-2007 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Antibiotik berkesan, selamat untuk anak

> Apa itu antibiotik?

Antibiotik adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh kuman. Ubat ini amat penting dan penggunaannya dalam merawat penyakit banyak menyelamatkan nyawa. Penggunaan antibiotik juga membantu komplikasi penyakit berkurangan.

> Kanak-kanak dan antibiotik

Kini ramai ibu bapa bimbang dengan penggunaan antibiotik. Mereka bimbang penggunaan antibiotik akan menyebabkan imuniti kanak-kanak berkurangan. Sesetengah ibu bapa pula bimbang akan kesan sampingan antibiotik dan secara tidak langsung menimbulkan lebih banyak masalah kepada kanak-kanak.

Jarang sekali antibiotik akan menyebabkan masalah kepada kanak-kanak. Ini kerana ada kanak-kanak yang memerlukan antibiotik berminggu-minggu dan selepas penggunaan untuk tempoh itu, tidak pula timbul masalah. Apabila antibiotik digunakan, itu bermaksud ia perlu dan amat berguna dalam merawat penyakit kanak-kanak.

> Bakteria dan virus

Bukan semua jangkitan memerlukan antibiotik. Kebanyakan infeksi seperti batuk selesema atau cirit-birit tidak memerlukan penggunaan antibiotik. Penyakit seperti ini yang selalunya disebabkan virus lebih memerlukan daya ketahanan badan untuk membunuh virus berkenaan.

Bagaimanapun, bukan selalu kita dapat mengetahui sama ada penyakit itu disebabkan virus atau bakteria. Ini lebih ketara lagi jika ia membabitkan infeksi pada tekak (upper respiratory infection). Kelaziman kanak-kanak, apabila mereka sudah bergaul dengan kanak-kanak lain, mereka akan mengalami lebih kurang enam episod batuk dan selesema setahun.

> Bilakah antibiotik diperlukan?

Penggunaan antibiotik berbeza daripada seorang doktor dengan doktor lain. Jangka masa penyakit dan juga komplikasi yang timbul turut mempengaruhi penggunaan antibiotik. Kadangkala ujian darah akan membantu dalam menentukan keperluan penggunaan antibiotik.

> Antibiotik manakah yang diperlukan?

Ada pelbagai jenis antibiotik yang boleh dipilih. Sesetengahnya hanya berkesan untuk beberapa jenis bakteria. Ada juga antibiotik yang mempunyai kesan kepada pelbagai jenis bakteria (broad spectrum). Dalam rawatan antibiotik yang dipilih, sepatutnya ia berkesan kepada jenis kuman yang menyebabkan masalah.

Adalah penting menghabiskan semua ubat-ubatan antibiotik yang diberikan walaupun kanak-kanak yang sakit semakin pulih. Ini kerana bakteria itu mungkin tidak dihapuskan secara lengkap. Justeru, ia boleh menimbulkan jangkitan sekali lagi. Penggunaan antibiotik yang tidak lengkap juga boleh menyebabkan kuman menjadi kebal (resistant) kepada antibiotik yang digunakan.

> Kesan sampingan

Tidak ada jaminan yang ubat-ubatan tidak menimbulkan kesan sampingan, begitu juga dengan antibiotik. Bagaimanapun kesan sampingan yang buruk agak jarang berlaku. Cirit-birit adalah kesan sampingan yang kerap berlaku dengan antibiotik. Alahan kepada antibiotik tidak begitu kerap. Lazimnya, jika ada alahan akan menimbulkan ruam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042888 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list