|
MADU MENURUT KAJIAN SAINTIFIK
Menurut Dr.Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, madu lebah mengandungi pelbagai kandungan
mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi. kuprum. magnisium, manganese, phosporus, potassium, sodium dan zink.
Madu juga berperanan sebagai antioxida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kendungan madu lebah yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. ini meningkatkan stamina para atlet, menurut Dr. Susan lagi.
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi inuk kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mempu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
[ Last edited by indah1285 at 22-5-2007 12:19 PM ] |
|