|
Jejak: Raffles dalang sebenar bangsa Melayu dijajahOleh Nasron Sira Rahim
Ketidakstabilan politik, perebutan kuasa dan takhta, antara kunci utama British campur tangan
BERBANDING penjajahan Portugis dan Belanda, British adalah antara kuasa penjajah yang paling banyak meninggalkan kesan dan warisan budaya asing terhadap tanah air kita.
Malah, tatkala sejarah menunjukkan Portugis hanya menjajah Melaka manakala Belanda melebarkan pengaruhnya di Melaka, Perak dan beberapa beberapa negeri lain, British menjajah seluruh Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak.
Bermula dengan merampas Pulau Pinang dari Kedah pada 1786, penjajah asing itu kemudian mengasaskan zaman kolonial selama kira-kira 170 tahun sehingga meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu.
Sejarah panjang penjajahan penuh berliku itu bermula dengan kemunculan kapal laut British yang berlabuh di Tanah Melayu pada abad ke-18. Mereka pada mulanya mengangkat sauh dan belayar jauh meninggalkan bumi England untuk mencari peluang perdagangan dan meluaskan tanah jajahan.
Kempen menjajah tanah asing bagi meluaskan jajahan Kerajaan Inggeris itu sudah lama dirancang bangsa asing terbabit iaitu sejak 1600 apabila mereka menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
Mereka kemudian mula belayar dan sentiasa mengintai peluang menjajah tanah asing. Melewati masa, SHTI berjaya bertapak di India dan bermula dari situ, mereka meneruskan pelayaran sehingga tiba di Kedah.
Kedudukan Pulau Pinang yang strategik untuk dijadikan pangkalan tentera, pusat pengumpulan barang dagangan serta pelabuhan persinggahan, menarik minat SHTI untuk menduduki pulau itu. Peluang itu tiba apabila Kedah menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI dengan syarat British perlu memberi bantuan ketenteraan apabila Kedah diserang Siam.
Kapten SHTI, Francis Light dan Sultan Kedah, Sultan Abdullah kemudian menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 tetapi SHTI tidak mengotakan janji mereka apabila Kedah diserang. Sebaliknya British terus menduduki Pulau Pinang secara haram.
Serangan demi serangan dilancarkan Kedah bagi membebaskan tanah watan mereka yang dirampas British, gagal dan akhirnya pendudukan penjajah itu di Pulau Pinang diiktiraf Siam menerusi Perjanjian Burney 1826.
Selepas menduduki Pulau Pinang, British ingin menduduki Singapura pula berikutan mereka beranggapan pulau itu lebih sesuai dijadikan pelabuhan. Kesempatan itu muncul apabila wakil SHTI, Stamford Raffles mendapati berlaku perebutan kuasa dalam Kerajaan Johor.
Raffles tiba di Singapura pada 12 Januari 1819 dan memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian membenarkan SHTI membina loji di pulau itu. Temenggung Abdul Rahman terpaksa menandatangani perjanjian itu kerana khuatir diserang angkatan perang Raffles.
Bagi menjayakan rancangannya menjajah Singapura, Raffles menjadi batu api dengan memperalat kekanda Sultan Johor, Tunku Hussein yang gagal ditabal sebagai Sultan Johor untuk kembali merampas kuasa.
Di bawah sokongan British, Tunku Hussein dilantik menjadi Sultan menyebabkan Johor ketika itu memiliki dua Sultan iaitu Sultan Hussein yang bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga.
British kemudian semakin 慴esar kepala |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FAKTA: Penjajahan British
1786: British menjajah Pulau Pinang
1819: British menjajah Singapura
1824: Perjanjian London dimeterai menyebabkan Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
1826: Melaka, Pulau Pinang dan Singapura disatukan menjadi Negeri-negeri Selat.
1867: Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan SHTI kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London.
1873: Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat.
1874: SHTI dibubarkan. Dasar campur tangan British di negeri Melayu diperkenalkan bagi membolehkan British mencampuri urusan pentadbiran negeri Melayu menerusi Sistem Residen dan Penasihat British. Berlakunya kebangkitan menentang British oleh penduduk setempat.
1883: Eksploitasi British terhadap hasil bumi menyebabkan Tanah Melayu menjadi pengeluar terbesar bijih timah di dunia.
1885: Jalan kereta api dibina menghubungkan Port Weld (kini Kuala Sepetang) dengan Taiping bagi memudahkan pengeksportan timah.
1895: British menggabungkan Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi 慛egeri-negeri Melayu Bersekutu |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat akulah, kita patutnyer berterima kasih dengan penjajah itu, kerana jika meraka tak menjajah negara Malaysia dan Singapura, pada pendapat aku kita tidak akan menjadi semaju sekarang, mungkin negara kita masih dibawah kategori "Third world country" tanpa mereka. Memang kita sekarang sudah boleh berdikari sendiri, tapi penjajah itulah yang telah memberi laluan pada kemajuan negara yang dijajahnyer. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
british ni mmg oportunis. pandai mengambil peluang yg ada. salah org-org besar kite jugak asyik nak bergaduh jer - mng jadik arang dan kalah jadik abu - mng sorak kg tergadai. dasar pecah dan perintah ni masih diamalkan sehingga kini - sorry to say. strategi british kite semua dah tahu iaitu 'divide n rule' - dasar ini telah dipraktikan di timur tgh, india benua amerika utara.
di timur tgh - british memberi bantuan kpd suku-suku arab yg bertelagah.
di india yg mangsa ialah maharajah-maharajah
di benua amerika utara ialah puak-puak red indian
di tanah melayu ialah pembesar-pembesar tempatan.
kesimpulanya ialah - apabila bersengketa sesama adik-beradik, sekampung atau dlm syarikat senantiasa watch out for outsiders yg mengambil kesempatan.
always learn from history - its free for life. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by <i>tyrone</i> at 2-7-2007 10:39 AM <a href="http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=16532142&ptid=287737" target="_blank"><img src="http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif" border="0" onload="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onmouseover="if(this.width>screen.width*0.7) {this.resized=true; this.width=screen.width*0.7; this.style.cursor='hand'; this.alt='Click here to open new window\nCTRL+Mouse wheel to zoom in/out';}" onclick="if(!this.resized) {return true;} else {window.open('http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif');}" onmousewheel="return imgzoom(this);" alt="" /></a><br />
Pada pendapat akulah, kita patutnyer berterima kasih dengan penjajah itu, kerana jika meraka tak menjajah negara Malaysia dan Singapura, pada pendapat aku kita tidak akan menjadi semaju sekarang, ... <br />
aku agree....tapi masih ada pro & kon |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah ni kan tertakluk kepada siapa penulisnya seperti kata winston churchill,
"History is written by the victor"
"sejarah tu ditulis oleh pihak yang berkuasa"
korang tunggulah kalau kerajaan keluarga lee di singupura di 'vote out' tentu lain pandangan mereka terhadap raffles lebih berbeza |
|
|
|
|
|
|
| |
|