View: 7208|Reply: 5
|
Mintak tolong carikan lirik selawat nabi
[Copy link]
|
|
assalamualaikum
saya ingin meminta tolong rakan-rakan seagama yang masih ingat atau pernah mendengar lagu selawat nabi yang pernah dinyanyikan ketika mailidur rasul. lirik penuh saya tidak ingat...saya ingin gunakan lagu tersebut sebagai salah satu aktiviti dalam Persatuan agama Islam sekolah dan boleh digunakan ketika sambutan mailidur rasul.
apa yang saya ingat cuma sedikit sahaja iaitu beberapa rangkap lagu tersebut, ketika saya belajar di fardu ain ketika kecil, selawat ini selalu dinyanyikan oleh saya dan rakan-rakan memandangkan kami masa tu baru petah berbicara.lagu dia macam ni...
pada malam isnin kelahiran nabi kita
12 hari bulan rabiul awal
keluarlah nabi dari perut ibunya
Gilang gemilang cahaya wajahnya
rangkap lain
sekelianlah makhluk berseru seruan
Apalah cahaya memenuhkan padang
kata Jibrail alam Islam
Telah lahir seorang nabi akhir zaman
setakat itu sahaja yang saya ingat, diharap rakan-rakan boleh membantu bagi mendapatkan lirik penuh(selawat ni betul-betul membangkit nostalgia saya waktu kecil). memandangkan tempat saya ini penduduk islamnya tidak pernah mendengar selawat tersebut, Jadi mungkin lebih menarik nanti jika saya pelbagaikan.....lagipun saya masih terkejut dengan "Marhaban" yang di adakan disini... pertama kali saya mendengar..menyertai "Marhaban"
tolong ya..terima kasih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Al Mizan (S Atan / Dakwah Control)
Junjungan Mulia
( 1 )
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah
( 2 )
Malam isnin subuh yang indah
Dua belas rabiul'awal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putra yang utama
( ulang 1 & 2 )
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri
Terima putra yang berbakti
( ulang 1 & 2 )
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia
( ulang 1 & 2 )
>>>info yg awak kasi tu,,lebih kurang je dengan lirik saya bagi nie,,,ntah-ntah lagu nie kot,,,
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 sazeryus's post
suka lagu nih..masa kecik2 darjah 2 dulu cikgu ada ajar..tapi x ingat, terima kasih sazeryus. |
|
|
|
|
|
|
|
Cahaya Shalawat
Album : Senyum
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Yaa nabi sallam alaika
Yaa rasul sallam alaika
Yaa habib salam alaika
Sholawatullah alaika
Yaa nabi sallam alaika
Yaa rasul sallam alaika
Yaa habib salam alaika
Sholawatullah alaika
YA rasul kau bawa cahaya
Penyinar di alam buana
bumipun subur kembali
Rasa gembira dihati
Yaa nabi sallam alaika
Yaa rasul sallam alaika
Yaa habib sallam alaika
Sholawatullah alaika
Lahirmu pembawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh untuk seluruh umat
Yaa nabi sallam alaika
Yaa rasul sallam alaika
Yaa habib salam alaika
Sholawatullah alaika
Mulyanya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Mulyanya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah
Yaa nabi sallam alaika
Yaa rasul sallam alaika
Yaa habib salam alaika
Sholawatullah alaika
Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnah lah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman dan sentosa
Yaa nabi sallam alaika
Yaa rasul sallam alaika
Yaa habib salam alaika
Sholawatullah alaika
Cuba2lah nikmati yang ini pula ya...
Wassalam.
[ Last edited by saifulms at 3-7-2007 10:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 sazeryus's post
Terima kasih sazeryus's
malangnya bukan yang ini, tak salah saya dia ada 12 rangkap, agak panjang.
bagusnya lagu tu, sebab ia menceritakan peringkat awal kelahiran Nabi, kemuliaan yang dirahmati ketika itu, tanda-tanda keNabian, kemudian penglibatan nabi ketika berdakwah, dan terbinanya Islam di dunia atas usahanya itu dan rahmat dari Allah untuk sekalian makhluk.
kalau orang kelantan kebanyakkan mereka yang bersekolah sekitar tahun 1980-1995 rasanya tahu pasal selawat ni. kerana sekolah-sekolah rendah dan menengah ada nyanyikan ketka maulidur rasul. melodinya sama dengan melodi selawat standard kepada rasul.
malangnya bila saya bertanya kepada rakan2 saya di kuala lumpur, mereka tidak pernah mendengarnya..malahan kawan-kawan berasal kelantan pun kata tidak pern ah...ini membuatkan saya rasa pelik (saya ni kat alam lain ke?). apapun saya masih cuba mendapatkannya semula. tapi entah la ia agak lama juga
sekarang saya cenderung kearah lagu-lagu tradisional dan lagu lama-lama,
terima kasih kerana cuba membantu.saya harap ada forumner lain yang mungkin tahu sikit-sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
ok juga.... terima kasih juga. Sr Saifulms
hm... lain di cari lain yang dapat....
ni di namakan pencarian yang berkat
cari satu... dapat lebih pula
sekali lagi terima kasih |
|
|
|
|
|
|
| |
|