View: 2768|Reply: 5
|
Tak salah bomoh jampi guna ayat al-Quran
[Copy link]
|
|
Tak salah bomoh jampi guna ayat al-Quran Oleh Mohd Feroz Abu Bakar
MINGGU lalu, akhbar ini melaporkan bomoh di Pasir Mas, Mohamad Arifin Ibrahim, 59, mengebumikan enam batang pisang sebagai kaedah 'membuang' makhluk halus yang mengganggu pesakitnya.
Pada 19 Jun lalu pula, Berita Harian melaporkan seorang bomoh wanita di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu menari bogel beramai-ramai ketika mengamalkan sejenis ajaran dan merawat pesakitnya.
Februari 1995, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Juraimi Husin serta pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman.
Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Idris.
Semua kes yang dilaporkan media atau tidak dilaporkan, menggambarkan kepercayaan kepada bomoh, dukun atau pawang masih popular di kalangan penduduk negara ini, sama ada di kalangan rakyat biasa hinggalah kepada orang kenamaan.
Bomoh adalah tabib kampung mengubati orang sakit menggunakan cara tradisional atau cara kampung, iaitu jampi. Dukun pula ialah orang yang mengubati orang sakit atau memberi ubat cara kampung dan tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya.
Dukun dianggap orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu, biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib. Dukun juga adalah orang yang pandai mengubati orang sakit menggunakan jampi mantera dan sebagainya.
Orang Islam di negara ini mempunyai kepercayaan dan amalan tradisi yang ada pengaruh daripada fahaman animisme, Hindu dan sebagainya.
Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 揓auhilah tujuh perkara yang merosakkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bomoh yg menggunakan ayat2 al-quran mestilah perkataannya jelas & difahami
bomoh hanya berusaha,ikhtiar.. ALlah yang menentukan..
kalu bomoh leh menjamin kebaikan,kesembuhan.. syirik..
mcm kita percaya ubat menyembuhkan,makan mengenyangkan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Syd's post
"Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman."[69:41]
- dinyanyikan?di lagukan? penuh harkatnya? akademi al-Quran?
"Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan."[69:42]
- utk apa al-Quran diturunkan? sebagai jampi serapah halau jin? jin kacau manusia sebab apa?
[ Last edited by Syarul at 4-7-2007 05:48 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tetapi dr apa yg mon tau, ada juga bomoh yg menyalahgunakan ayat al-quran
sesungguhnya penggunaan ayat al-quran sbg tangkal/azimat bukanlah blh digunakan sewenang2nya sperti membawa masuk ayat al-quran ke dlm toilet
tetapi ada juga bomoh2 yg menyalahgunakan ayat al-quran..
untuk tujuan kurafat...
dan jgn sesekali tertip dgn penggunaan ayat al-quran oleh bomoh..fahami maksudnya dan berhati2 lah, kita tak nak tergolong dlm golongan khurafat dan syirik...
yg membawa dosa besar... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 monterez's post
boleh ke? xsyirik?
Wahai anak-anak Adam!Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. [7:27]
"Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman" <---- yg kene rasuk tu kawannye
[ Last edited by Syarul at 5-7-2007 03:27 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jampi boleh bawa syirik
Oleh Dr. Amran Kasimin
JAWAPAN: Perkataan jampi dalam bahasa Arab disebut seperti ruqyah (al-Munjid, 1960: 276) bererti perlindungan, iaitu berlindung daripada segala keburukan.
Ia juga dikenali sebagai al-mu抋wwizat atau at-ta抋wwuz, juga bererti perlindungan. Penggunaan ruqyah lebih terkenal. Menurut Ibn Athir, ruqyah ialah meminta perlindungan menggunakan jampi mantera kerana sakit ataupun demam, gila dan sebagainya.
Dalam hadis, riwayat Abu Daud dalam sunahnya dijelaskan, daripada Auf bin Malik ia berkata, kami pernah menggunakan jampi mantera ketika zaman jahiliah. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah, apakah pendapat tuan mengenai perkara ini. Baginda menjawab: Perdengarkan kepadaku jampi mantera kamu itu, tidak mengapa selagi ia tidak mengandungi syirik.
Menurut keterangan hadis ini, jampi mantera ada kalanya boleh menyebabkan seseorang itu syirik. Di antara sebutan yang boleh menyebabkan syirik ialah ungkapan meminta perlindungan kepada makhluk seperti jin, menyamakan qudrah Allah dengan keupayaan makhluk-makhluk, beriktikad keberkatan jampi mantera yang boleh menyembuhkan penyakit, memberi kuasa, kekuatan atau hikmat terhadap objek-objek tertentu.
Seorang sahabat, Jabir memberitahu Rasulullah, bapa saudaranya pandai menjampi. Mendengarkan kata-katanya, itu, baginda terus melarang amalan jampi mantera. Bapa saudara Jabir kemudian menemui baginda dan memperdengarkan bacaan jampinya untuk merawat sakit sengatan kala jengking. Setelah mendengar, baginda menjawab, sekiranya ada di antara orang Islam yang berupaya menolong saudaranya, ia hendaklah berbuat demikian.
Dalam peristiwa ini baginda mula-mula menegah bapa saudara Jabir melakukan jampi kerana menyangka jampi dituturkan dengan kalimah yang boleh mendatangkan syirik. Setelah mendengar jampi itu, baginda membenarkannya apabila mendapati jampi itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
Orang yang meminta pertolongan, sama ada perlindungan diri ataupun harta benda, termasuk perlindungan keluarga kepada makhluk-makhluk halus berkeyakinan bahawa objek di mana ia memohon perlindungan itu mempunyai keupayaan berbuat demikian, padahal hakikatnya hanya Allah yang mempunyai keupayaan. Kerana itu apabila seseorang itu memohon perlindungan kepada makhluk, ini bererti bahawa individu berkenaan menyamakan atau menyekutukan kudrah Allah yang sebenar, dengan keupayaan yang dimiliki oleh makhluk tadi. Penyekutuan atau penyamaan ini dinamakan 搒yirik |
|
|
|
|
|
|
| |
|