|
Reply #1 AniSani's post
Masalah apabile terjemahan dilakukan ialah kekayaan tatabahasa dalam bahasa selain bahasa Arab tuh sendiri yang kurang lengkap...kekadang maksud sesuatu makna dalam Bahasa Arab tiada equivalent atau persamaan yang benar2 tepat dalam bahasa melayu atau bahasa2 lain dan terjemahan diambil dengan mengambil ayat2 bahasa melayu yang paling hampir dengan maksud tersebut. Bile maksud menjadi tidak tepat, ia akan memudaratkan dalam penyampaian mesej yang asli.
Inilah yang berlaku bile kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Aramaic (bahasa ibunda Nabi Isa a.s.) diterjemahkan secara total ke bahasa Greek, Latin, Inggeris dan lain-lain lagi....mutu mesej yang mula2 disampaikan bole berubah-ubah dari satu bahasa kepada bahasa yang lain.
Sebab tuh Al Quran dan bahasa yang digunakan dalam ibadat umat Islam dikekalkan dalam Bahasa Arab agar mesej yang diwahyukan 1400 tahun yang lampau dapat dikekalkan dan tidak berubah.
[ Last edited by rurouni_khairul at 7-9-2007 07:40 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
seronoknye baca...takde gaduh gaduh pun...
lepas Anisani bagi kat kawan tu jawapan yg bernas dari forumer lain kat sini...cakap cam ni plak
"tak baek tau awak cakap macam tu pasal agama kita.." kalau dia tak puas hati gak...back off je..tak rugi pun...lagipun dia tak sedar bahawa Tuhan orang Islam adalah Tuhan sekian alam...semoga dia beroleh hidayah.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sekalian alam ....sorry... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 rurouni_khairul's post
Tak payah pi jejauh, ambik contoh bahasa Melayu jer:
Maka ada dalam benua Yaman, sebuah negeri amat teguh lagi berkota-kota kechil,
lagi berpurata tanah bata,
lagi berpintu dari tembaga,
lagi berturap tanah karang,
lagi berparit,
lagi berjorong-jorong,
lagi bertangga,
lagi berpapan kasat-kasat,
berlebuh berpintu gudang. Bertentu orang nan ke masuk pintu berkawal hulubalang. Halaman cerana basah , urai tertebar tidak hilang, disinilah orang kaya-kaya, budak bermain-main rial, orang bujang bermain emas, orang tua berdiam diri, bersarang tua bertambah pekak.
Disinilah orang senang-senang, negeri bernama Kota Saba, Penghulu nan dua kali tujuh, Menteri nan dua kali lapan, Malim nan bukan alah-alah, orang menyembah matahari. Ular pun tiada dalam kota, kala pun tiada dalam kota, tuma pun tiada dalam kota, buah-buahan dalam kota tidak termakan oleh orang, negeri senang, padi menjadi, jual-berjual tiada pada adat, pakaian tinggal diampaian, barang mendapat pulang-pulang jua.
Kita boleh faham apa yang nak disampaikan, tapi untuk menukarkan text diatas ke bahasa melayu modern, akan larut lah keaslian dan mesej yang terpendam, seperti larutnya dirimu kedalam darah orang yang kamu cintai...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 St.Yeepi's post
Dulu aku ade gak belajar skil2 terjemahan kat Institut Terjemahan Negara...cikgu aku tuh cakap walau secekap mane pun terjemahan tuh dilakukan, ia takkan dapat menyamai 100% dengan mesej yang disampaikan dalam bahasa yang asal.
Thanks atas analogi yang diposkan tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 St.Yeepi's post
wah dasatnye....fahamla sesikit tapi berkerut juga dahi ni...buku Malim Deman ke..?sebab nampak perkataan malim kat situ....sorry ye..just nak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 St.Yeepi's post
oooh tajuk pun best.....tq St.Yeepi
yg kita tak tahu maksud perkataan jorong,kasat,cerana,tuma...byk juga perbendaharaan kata bahasa melayu yg tak pernah jumpa rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan Nabi pernah berkata kepada sahabat yang bertanya, bagaimana nak solat?
Nabi jawab yang maksudnya lebih kurang solatlah macam mana kamu lihat aku solat
Dan kalau ada yang pertikai, itu kerana mereka tidak diberi kefahaman agama. Kita doakan saja untuk mereka mudah-mudahan mereka faham dan diberi petunjuk oleh Allah
Di samping solat, doa boleh dalam apa2 bahasa. Allah faham bahasa apa pun. Tetapi solat adalah perintah Allah dan Allah perintah bersolat ikut cara Nabi dalam bahasa Arab kenapa nak dipertikaikan?
Ini soal ketaatan kepada perintah Allah, kalau kita taat kita yang untung. Kenapa dalam soal ketaatan kita pula nak pertikaikan perintah Allah?
Hikmahnya termasuk kita boleh bertutur dalam bahasa Arab iaitu bahasa nabi kita, tanda penyatuan umat Islam, dan paling utama itu cara Nabi yang Allah suka
Kalau boleh pertikai perintah Allah, akan jadilah agama ikut nafsu atau pun ATHEIS
Harini ramai nak ikut logik akal, tetapi bila guna logik banyak sangat dalam hal agama yang dia tak boleh faham terus, dia mudah dirasuk idea2 syaitan... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
persoalan yg AniSani timbulkan tu mmg dah jenuh ditanya oleh non-Muslim..
malah berbagai versi soalan yg lebih kurang camtu jugak...
bagek dorang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 karengkang's post
non-muslim yang sengaja tanye soalan nie berulang kali kerana mereka tahu inilah punca kekuatan umat Islam sedunia....kalau mereka leh bangkitkan sentimen Asabiyah (perkauman) kononnye orang Arab nak menjajah bangsa lain, maka akan berpecahlah kesatuan umat Islam sedunia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|