TEKA-teki mengenai nasib helikopter utiliti Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akhirnya terjawab apabila kerajaan mengumumkan untuk menggantikannya dengan helikopter baru.
Pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu lalu pastinya melegakan banyak pihak khususnya yang meragui kemampuan helikopter berusia 38 tahun itu.
Mengikut pengumuman tempoh hari, helikopter baru itu dijangka diterima TUDM dalam tempoh dua setengah tahun sehingga tiga tahun akan datang.
Walaupun disahkan selamat untuk digunakan, langkah menggantikan Nuri dilihat sebagai wajar dilakukan segera.
Bukan sahaja kerana soal keselamatan tetapi cabaran besar yang akan ditempuh oleh negara dan TUDM khususnya menuntut persediaan rapi dari sudut pengurusan dan kesiagaan aset sedia ada.
Malah, hal ini diakui oleh seorang penganalisis pertahanan tempatan Muhammad Fuad Mat Noor yang menyifatkan sepanjang 38 tahun perkhidmatannya, Nuri sebenarnya telah 慸ilanyak
DI SEBALIK jasa bakti Nuri, tidak dapat dinafikan sejak 1968, sudah 18 kali ia menjadi paparan utama akhbar di Malaysia membabitkan tragedi yang meragut nyawa selain pendaratan kecemasan.
Sehingga kini, tragedi membabitkan Nuri sudah meragut 101 nyawa termasuk kes yang terbaru di Genting Sempah. Hanya beberapa orang yang cukup bertuah terselamat dalam nahas Nuri seperti Sarjan T Balasubramaniam yang terbabit dalam nahas Nuri di Banding, sempadan Malaysia-Thailand pada 1991.
Mungkin, satu daripada nahas Nuri yang sering diingati adalah tragedi 18 Disember 1989 berdekatan Sungai Lundu Sarawak. Kejadian yang meragut 16 anggota Tentera Darat dan TUDM itu turut mengorbankan Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Dua, Mejar Jen Datuk Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri Brig Jen Datuk Hasbullah Yusoff.
Bagaimanapun, nahas paling buruk dan menyentuh hati tentu saja membabitkan dua helikopter Nuri yang terhempas selang beberapa saat pada Mac 1997 di Gunung Lumaku, Sipitang Sabah. Sejak 1968, kejadian yang meragut 11 nyawa itu menimbulkan tanda tanya.
Pelbagai andaian dan teori dibuat termasuk kemungkinan ia bergesel antara satu sama lain. Selain itu kabus tebal juga dikaitkan sebagai punca nahas.
Dalam tragedi itu dua kapten terkorban selain dua leftenan, tiga sarjan, dua koperal dan dua prebet.
Ketika operasi menyelamat dibuat, helikopter kedua ditemui hanya 4.8 kilometer jauhnya daripada helikopter pertama. Malah, penumpang helikopter kedua dikatakan melihat bagaimana helikopter pertama terjunam dan hilang sebelum terhempas.
Setiap kali nahas membabitkan Nuri berlaku, perkhidmatannya akan digantung untuk beberapa ketika atas alasan siasatan. Bagaimanapun, selepas itu perkhidmatannya disambung semula.
Namun Rabu lalu, Kabinet memutuskan perkhidmatannya akan terus ditamatkan dalam tempoh tiga tahun selepas tragedi terbaru di Genting Sempah yang mengorbankan enam pegawai dan anggota TUDM.
Nostalgia Nuri
Oleh Hafizah Iszahanid, Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Norakmah Mat Youb
Pesawat baru perlu dicari bagi menggantikan Nuri yang semakin 'tua' dan telah berkhidmat hampir setengah abad dengan TUDM
HAMPIR 39 tahun helikopter jenis Sikorsky S61 Sea King atau lebih dikenali sebagai Nuri digunakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi ketenteraan dan misi kemanusiaan.
Kini, perkhidmatan pesawat itu bakal dihentikan dalam tempoh tiga tahun akan datang selepas kerajaan membeli pesawat baru bagi menggantikan helikopter pelbagai guna berkenaan.
Keputusan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas mesyuarat Kabinet Rabu lalu. Kabinet bersetuju menggantikan Nuri dengan pesawat baru yang pastinya mempunyai spesifikasi lebih moden dan selamat.
Malah, tindakan itu dibuat selepas mengambil kira nahas udara membabitkan Nuri, pada Jumaat lalu yang turut mengorbankan enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Walaupun pelbagai nostalgia suka dan duka dicatatkan sepanjang perkhidmatannya, kredibiliti Nuri sebagai pesawat paling lama dan banyak berjasa kepada rakyat dan negara tidak boleh dipertikaikan.
Nuri dibeli Kerajaan Malaysia daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat pada 1968. Pada awalnya helikopter seberat 3,652 kilogram ini berfungsi sebagai pesawat yang menyalurkan bantuan logistik kepada Tentera Darat sebelum diberi mandat menyertai operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan.
Ketika era konfrontasi, TUDM menjadikan Nuri sebagai pengangkutan utama membawa anggota Tentera Darat membanteras kegiatan komunis di pedalaman Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.
Pesawat yang mempunyai kemampuan membawa 21 anak kapal itu turut memberi khidmat masyarakat melalui penerbangan ihsan terutama kepada mangsa yang ditimpa musibah seperti bencana alam dan kemalangan.
Bagi masyarakat pedalaman dan Orang Asli, jasa helikopter ini disifatkan terlalu besar terutama kepada keluarga pesakit kronik kerana Nuri sentiasa 慴ersedia
Kronologi membabitkan nahas dan pendaratan cemas Nuri sejak 1969
25 April 1969 - Nahas pertama Nuri menyebabkan empat anggota TUDM
terbunuh selepas pesawat itu terhempas di Kuching, Sarawak.
11 Mac 1972 - Empat anggota terbunuh apabila helikopter Nuri
terhempas di Gambang, Pahang.
26 April 1976 - Sebelas krew dan penumpang terbunuh selepas
helikopter Nuri ditembak komunis sebelum terhempas dalam hutan di Gubir,
Kedah.
19 Julai 1980 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di kawasan hutan
dekat Ipoh, Perak tapi semua 18 penumpangnya terselamat.
25 April 1981 - Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 cedera dalam nahas
helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang
Kuching, Sarawak.
11 Julai 1981 - Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang,
Perak, tapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.
9 Nov 1989 - Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang
termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas helikopter Nuri
terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak.
18 Dis 1989 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu,
Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentera Darat dan TUDM, termasuk Pegawai
Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Datuk Mustaffa Awang dan
Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Datuk Hasbullah Yussoff.
28 Ogos 1990 - Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam
latihan pertunjukan udara sempena perayaan Hari Merdeka membuat
pendaratan cemas di padang sekolah berhampiran Rawang, Selangor.
16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM
Sungai Besi ke Kluang, Johor, terhempas ketika pendaratan kecemasan di
sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor. Semua 12 anggota
terselamat.
10 Jun 1991 - Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri
terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak
kira-kira jam 5.20 petang.
11 Julai 1991 - Tujuh maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika
cuba mendarat di Banding, Perak.
16 Oktober 1996 - Dua terbunuh, tiga hilang, manakala dua lagi
selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau
Pinang.
19 Mac 1997 - Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter
Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang,
Sabah.
5 Mac 2004 - Dua anggota TUDM maut selepas helikopter Nuri terhempas
di Taman Udara, Butterworth.
30 Mac 2004 - Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter
Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat
bandar Labuan di Sabah, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin
sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.
15 Ogos 2004 - Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 penumpang
termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh
dari Marudi, ketika dalam perjalanan dari Miri ke Ba'Kelalan, Sarawak.
13 Julai 2007 - Enam anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut apabila helikopter Nuri Sikorsky S-61 terjunam di hutan Gunung Bunga Buah tidak jauh dari terowong Genting Sempah.
Maaf, Nuri dibeli 'keluar kilang' bukan second hand ye?
Seingat saya pembelian senjata Malaysia hampir kesemuanya baru. Yang secondhand yang saya ingat adalah:
1. McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk - pembaikan semula pesawat A-4C dan A-4L USN/USMC. Mengalami kadar kemalangan yang tinggi. Tapi bukan semata2 'secondhand' sebab pesawat A-4N Israel dan A-4S Super Skyhawk RSAF juga secondhand (mungkin sebab kerja baikpulih tak menepati piawaian)
2. KD Hang Tuah - ex HMS Mermaid, ex-Black Star. Tiada masalah..memberi perkhidmatan cemerlang.
3. korvet kelas Laksamana - dibina oleh firma Itali untuk Tentera Laut Iraq. Tidak diambil akibat sekatan ke atas rejim Saddam. Malaysia beli ...jadi bukan secondhand la sebenarnya seba x pernah pakai.
4. KD Sri Inderapura - ex USS Spartanburg County. Perkhidmatan baik. terbakar beberapa tahun lepas tapi ditugaskan semula.
Saya tak masukkan perlatan lain seperti LST kelas Raja Jarom yang telah lama dilucut tauliah serta perlatan'hands-me-down' dari tentera British.
[ Last edited by alphawolf at 22-7-2007 03:25 PM ]
aku rasa dah tiba masa utk msia wat heli sendri arr...asyik beli brg2 luar je, at least spend la duit sket utk wat research heli, design engine, chasis etc etc...takes a while but worth it la
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Helikopter Nuri tidak lagi akan digunakan dalam operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selepas 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk menamatkan perkhidmatannya secara berperingkat mulai tahun ini.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Zainal Abidin Zin berkata kerajaan memutuskan untuk tidak menamatkan perkhidmatan pesawat itu sekaligus kerana sumbangannya masih diperlukan pada masa ini.
"Kerajaan telah buat keputusan bahawa TUDM tidak akan tamatkan terus perkhidmatan Nuri sebaliknya ia akan ditamatkan secara berperingkat bemula 2007 dan dijangka tamat pada 2012," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai sejauh mana sumbangan pesawat Nuri kepada pertahanan dan keselamatan negara dan apakah jenis helikopter yang sesuai bagi menggantikan pesawat itu.
Zainal Abidin berkata setakat ini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengkaji jenis pesawat yang lebih sesuai dan dapat memenuhi kriteria bagi meneruskan tugas yang dilaksanakan Nuri terutama bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Jenis pesawat belum dipilih lagi dan akan ditentukan apabila proses Tender Terbuka Antarabangsa ditutup Disember ini, katanya sambil menjelaskan bahawa perolehan pesawat baru akan mengambil masa lebih kurang tiga tahun.
Zainal Abidin berkata pada masa ini helikopter jenis Sokorsky S-61A-4 buatan Amerika Syarikat itu masih diperlukan untuk menjayakan pengangkutan udara terutama di kawasan pedalaman yang sukar dihubungi dengan sistem pengangkutan lain.
"Antara fungsi utama Nuri sekarang ialah sentiasa bersedia melaksanakan tugas mencari dan menyelamat sama ada di darat, laut atau udara. Ia juga amat berkesan dalam melaksanakan tugas operasi khas seperti operasi menangani serangan pengganas," katanya.
Mengenai nahas membabitkan helikopter Nuri, Zainal Abidin berkata sebanyak 15 kejadian telah berlaku dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerajaan ialah RM86.9 juta.
Beliau berkata bagi memastikan pesawat berkenaan selamat digunakan, beberapa langkah telah diambil antaranya meningkatkan keupayaan untuk beroperasi pada waktu malam dan dalam keadaan cuaca yang kurang baik, menaik taraf peralatan kepada yang lebih canggih dan meneruskan penyelenggaraan yang rapi.
Secara purata TUDM telah membelanjakan RM24.5 juta setahun bagi kerja-kerja penyelenggaraan pesawat yang dibuat melalui penswastaan, katanya.
ak berharap pembelian EC725 ini adalah yang terbaik buat TUDM
1. RWR (RADAR WARNING RECEIVER)
2. LWR ( LASER WARNING RECEIVER )
penderia RWR dan LWR pada konfigurasi helikopter EC725 CSAR. Kedudukan penderia tersebut sepertimana yang telah d bulatkan dalam gambo Cougar ambil alih khidmat Nuri tahun depan
sos:cougar ganti nuri
Butterworth: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima dua helikopter Eurocopter Cougar jenis EC725 pada Disember ini atau selewat-lewatnya Januari tahun depan.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud, berkata penghantaran Cougar EC725 yang dibangunkan khusus bagi misi mencabar seperti tugas taktikal mencari dan menyelamat untuk menggantikan Sikorsky S61-A4 Sea Kings atau Nuri akan dilaksanakan mengikut jadual.
Baki 10 helikopter dijangka diserahkan secara berperingkat dengan pesawat terakhir bakal sampai pada Januari 2014.
“Selain itu, pesawat pengangkut jenis Atlas Airbus A400 yang dibeli kira-kira RM600 juta akan tiba menjelang Januari 2015 seperti yang dijadualkan,” katanya selepas menganugerahkan Sayap dan Sijil Penerbangan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth, di sini, semalam.
Beliau berkata, juruterbang TUDM kini berada di Perancis untuk mengikuti latihan sebelum penghantaran pertama dua daripada 12 helikopter itu.
Katanya mereka sudah tiba di kilang Eurocopter di Marseille, dua hari lalu untuk mengikuti kursus latihan mengendali dan mengetahui ciri pesawat itu supaya dapat digunakan secepat mungkin.
Sementara itu, Rodzali berkata, TUDM berharap kerajaan meluluskan peruntukan menggantikan pesawat Pilatus PC-7 yang diminta ketika Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) selain menggantikan helikopter latihan Alloute yang memasuki usia 50 tahun perkhidmatannya dengan TUDM tahun depan.
*kemungkinan pesawat yang dipaparkan adalah konfigurasi SAR dan kemungkinan sebahagian lagi dari 12 buah tersebut sememangnya ada konfigurasi CSAR, apa yang ingin ditekankan disini adalah keperluan konfigurasi CSAR ini disekalikan dalam perolehan EC725, itulah yang diharap-harapkan.adalah lebih logik sekiranya konfigurasi CSAR dalam TUDM diberi prioriti,bak kata pepatah alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang alang dah dapat biarlah yang terbaik