CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2917|Reply: 4

Melupuskan al Quran usang

[Copy link]
Post time 26-7-2007 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Di kediaman saya terdapat beberapa nashkah al Quran yang telah usang. Nak di simpan telah terlalu usang malah ada bahagian yang telah dimakan anai-anai. Ada sesiapa yang boleh bagitau macamana cara terbaik untuk melupuskan al Quran tersebut....

Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2007 02:05 AM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 26-7-2007 11:13 PM
Di kediaman saya terdapat beberapa nashkah al Quran yang telah usang. Nak di simpan telah terlalu usang malah ada bahagian yang telah dimakan anai-anai. Ada sesiapa yang boleh bagitau macamana ca ...


Dibakar ajer wak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 09:03 AM | Show all posts
Pastu abu nya kumpulll dlm bekas... ada masa gi piknik ke, mandi laut ke.. buang ler dlm laut / sungai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2007 01:55 PM | Show all posts
Macamana pulak dengan ayat-ayat Quran dlm akhbar? Aku tengok kat Dubai ni dia org main bubuh semacam je bismillah dang fatihah dalam surat khabar dia org. Apa hukunyer ek?.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 07:58 AM | Show all posts
Mesin insinerator lupus al-Quran

Oleh NUR FARISHA FAIZ
[email protected]



DEMONSTRASI mesin insinerator pembakaran bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran dilakukan di Pusat Perdangangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 6 April - Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi pegangan dan panduan yang diikuti oleh semua umat Islam di dunia ini.

Justeru setiap individu Muslim wajib mengambil air sembahyang sekiranya ingin memegang dan membaca kitab suci ini dan tidak boleh diletakkan di merata-rata tempat.

Malah, bahan bacaan lain yang mengandungi isi kandungan al-Quran juga mesti dipelihara sama seperti naskhah kitab suci tersebut.

Semua teks al-Quran yang ingin dicetak, diterbit, diimport, dijual dan diedar di negara ini juga perlu mendapat Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN).

Bagi mana-mana individu atau syarikat yang ingin mencetak dan menerbit teks al-Quran mesti mendapatkan lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 5 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).

Apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak sesuatu ayat al-Quran juga tidak boleh dibuang begitu sahaja bagi memelihara kesuciannya.

Al-Quran atau bahan bacaan yang mengandungi ayat suci kitab itu yang tersalah cetak perlu dimusnahkan serta-merta dengan cara membakar di suatu tempat tertutup serta terkawal yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam.

Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah secara menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci tersebut yang telah dibakar perlu dipastikan dapat dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

Abu daripada bahan bakar tersebut akan diambil dan dibuang ke dalam sungai ataupun laut yang bersih dan mengalir airnya.

Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pengawai Jabatan Agama Islam atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut.

Bagi memudahkan proses pelupusan itu, syarikat Brand Heaven Sdn. Bhd. telah mencipta sebuah mesin yang dipanggil mesin insinerator pelupusan al-Quran khusus untuk kerja-kerja pelupusan bahan itu dan buku-buku serta lampiran-lampiran yang mengandungi ayat-ayat suci kitab tersebut.

Pembangunan mesin ini adalah hasil kerjasama pakar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan pengeluaran produk itu telah dijalankan di Indonesia.

Pengarah Syarikat Brand Heaven, Azizul Rahim Mohd. Hussain berkata, antara pendekatan untuk mereka bentuk mesin ini adalah atas alasan seperti banyaknya kitab-kitab suci al-Quran salah cetak yang terdapat di masjid atau surau yang tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

''Kebanyakan pelupusan yang dilakukan sekarang tidak mengikut syariat di mana ia tidak diuruskan sepenuhnya oleh orang Islam walaupun ia menjadi sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Karnival Halal 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, baru-baru ini.

Katanya, kebanyakan bahan-bahan bacaan yang terkandung ayat suci al-Quran seperti buku-buku agama dan kertas peperiksaan agama Islam di sekolah di seluruh negara tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk dilupuskan.

Selain itu dengan adanya mesin pelupusan ini, ia dapat memaklumkan kepada umat Islam cara pelupusan al-Quran mengikut landasan Islam.

Kekuatan mesin insinerator ini terletak pada keupayaannya untuk mengawal sisa abu yang dikeluarkan akibat daripada pembakaran bahan bacaan tersebut supaya tidak bersepah ke tempat lain.

Azizul Rahim berkata, dengan teknologi terkini yang digunakan iaitu 'chamber water spray,' ia dapat memerangkap sisa-sisa abu yang berterbangan.

''Kitaran air semburan juga digunakan bagi memastikan sisa-sisa kecil akan terperangkap di dalam tong kitaran yang disediakan," katanya.

Bukan itu sahaja, keistimewaan mesin ini ialah dengan penggunaan gas LPG, penjimatan bahan bakar dapat diminimumkan.

Mesin ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Alam Sekitar di Indonesia setelah ia disahkan tidak mengeluarkan asap.

Menurut Azizul Rahim, mesin ini sudah berada di Malaysia dan didatangkan khas dari Indonesia bagi tujuan pameran sempena Karnival Halal 2009.

''Ini merupakan mesin pelupusan al-Quran pertama yang di bawa masuk oleh syarikat kami dan segalanya bermula di negeri Melaka," katanya.

Mesin yang dijual dengan harga RM650,000 sehingga RM700,000 itu disarankan kepada Jabatan Agama Islam dan syarikat-syarikat yang berminat untuk kerja-kerja pelupusan bahan-bahan bacaan mengandungi ayat-ayat suci al-Quran tersalah cetak dan tidak digunakan lagi.

Syarikat yang diterajui oleh bumiputera ini beroperasi di Jalan Pudu, Kuala Lumpur dan kesemua ahli lembaga dan pekerjanya terdiri daripada mereka yang beragama Islam bersesuaian dengan konsep perniagaan tersebut.

Selain daripada mesin insinerator pelupusan al-Quran, syarikat ini juga membuat mesin pelupusan untuk bahan-bahan buangan yang digunakan di hospital dan klinik.

Bahan buangan yang dimaksudkan adalah seperti sisa-sisa pembedahan seperti darah, nanah dan peralatan yang digunakan seperti jarum suntikan dan lain-lain lagi.

Selain itu, syarikat itu juga menyediakan kelengkapan hospital lain seperti mesin inkuabator untuk bayi.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan mesin insinerator pelupusan al-Quran dan lain-lain boleh menghubungi Azizul Rahim melalui talian 019-2628150.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042156 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list