|
Rawatan
Berita baiknya, rawatan awal boleh menyelamatkan kelelakian anda. Kata Dr. Kumaresan, apabila priapism terjadi, pesakit akan berasa sakit dan ubat tahan sakit akan diberikan.
揝elepas itu darah dari alat kelamin akan disedut keluar dan air suling (larutan salina normal) akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang tersekat di alat kelamin.
揚ada masa yang sama ubat adrenergic agonist dimasukkan beberapa kali ke dalam alat kelamin sampai priapism itu hilang. Tiada ubat untuk dimakan yang berkesan bagi merawat priapism,拻 jelasnya.
Jika darah yang dikeluarkan dari alat kelamin tidak berkesan, maka pembedahan terpaksa dilakukan.
Tujuan pembedahan adalah untuk mencantumkan saluran darah yang tersumbat di alat kelamin dengan saluran lain supaya perjalanan darah menjadi lancar dan priapism akan hilang.
Kesimpulannya
Priapism merupakan sejenis penyakit yang boleh merosakkan alat kelamin dan jika ia tidak diubati secepat mungkin iaitu kurang dari 12 jam ia akan menyebabkan fungsi alat kelamin menjadi lemah.
憫Ia boleh diubati dengan mendapatkan rawatan segera daripada doktor. Selain itu, masyarakat kita harus mengetahui dan mempunyai pengetahuan mengenai penyakit priapism ini.
憫Kebanyakan pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana malu dan kurang pengetahuan tentang penyakit ini atau pergi mendapatkan rawatan tradisional,拻 kata Dr. Kumaresan.
Beliau turut mengambil kesempatan menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan ubat-ubatan tradisional yang tidak terbukti, begitu juga dengan terapi urut pada kemaluan yang boleh menyebabkan kecederaan dalaman.
憫Urut yang paling berbahaya selain alat kelamin adalah kawasan perut. Tekanan yang kuat boleh menyebabkan organ dalaman pecah dan memerlukan pembedahan kecemasan. Sepanjang bertugas di Kota Bharu, Kelantan tidak lama dulu, boleh dikatakan, setiap minggu ada sahaja kes-kes pembedahan seumpama ini, |
|