|
Festival kembar
Oleh NORAINON OTHMAN
[email protected]
Mencipta rekod baru perhimpunan
PETALING JAYA: Tiga pasang kembar serta kembar empat daripada satu keluarga menghadiri Festival Pasangan Kembar di Padang Letak Kereta, Amcorp Mall, di sini, semalam.
Mereka sebahagian daripada 10 pasangan kembar dalam keturunan Abdul Hamid Amban dan Mariam Masod (kedua-duanya meninggal dunia) iaitu datuk dan nenek kepada ibu kanak-kanak kembar empat, Noor Jannah Ahmad Dini, 38.
Selain anak kembar empat Noor Jannah iaitu Ahmad Amjad Azri, Ahmad Amjad Bazi, Ahmad Amjad Fitri dan Ahmad Amjad Ghazi Ahmad Izhar, 5, kembar dari keluarga berkenaan yang menghadiri festival kembar terbesar di Malaysia itu ialah anak saudaranya, Nurmazihah dan Nurnazirah A Ridzuan, 14, cucu saudara, Izzul Afif dan Izzul Afiq Mohd Akmaludin, 3, dan cucu saudara sepupu, Mohd Denis serta Mohd Darwisy Norfazaini, 3.
Katanya, kembar bukan sesuatu yang asing dalam keluarganya kerana ada 10 kembar dalam keluarga berkenaan, termasuk kakaknya, Mahani dan Mahanum, 53, anak saudaranya, sepupu serta ibu mentua dan ipar Mahanum. Bagaimanapun, mereka tidak dapat hadir di festival berkenaan.
揝ebelum ini kami tidak pernah membuat data, tetapi apabila ada festival seperti ini, baru kami mengkaji semula ahli kembar dalam keluarga ini, |
|