View: 2989|Reply: 12
|
2 soalan mengenai sakit semasa mati dan bahasa di hari akhirat
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum ,
1. Saya ada terbaca mengenai sakit semasa mati diumpamakan seperti ditetak dengan 300 kali tetakan pedang
2. Saya juga ada terbaca mengenai bahasa yang akan digunakan di akhirat nanti ialah bahasa arab.
Ada tak sesiapa di sini yang boleh bagi sumber hadis atau ayat al-quran yang menceritakan kedua-dua perkara di atas , terima kasih
Nota kaki : Saya ada cuba mencari mengenai kedua perkara di atas tapi tidak jumpa , itu yang saya bertanya di board ini |
|
|
|
|
|
|
|
adakah bahasa arab akan digunakan kepada Nabi-nabi yg tak berbahasa arab? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 27-8-2007 09:09 AM
adakah bahasa arab akan digunakan kepada Nabi-nabi yg tak berbahasa arab?
Saya yang bertanya di dalam thread ini , kalau pakcik ada jawapan , tolong jawabkan
Kalau pakcik ada kemusykilan lain , tolong buka thread lain
Saya harap soalan saya ini akan mencampahkan perbincangan yang sihat dalam mencari ilmu , terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 AniSani's post
ada hadith tapi hadith dhaif:
Rasulullah saw bersabda bermaksud: Sesungguhnya mati itu adalah amat pedih seumpama ditetak dengan pedang beberapa kali atau digergaji atau digunting dengan beberapa kali guntingan(Hadis riwayat Abu Na'im).
Mereka menyukai bangsa Arab kerana tiga perkara, kerana sesungguhnya aku seorang Arab, Al-Quran didalam b.Arab dan perbicaraan ahli syurga didalam b.arab (Hadis riwayat Al-Tabarani )
Aku seorang Arab, Al-Quran berbahasa Arab dan perbicaraan Ahli Syurga ialah b.Arab (Hadis riwayat Abu Hurairah dari At-Tabarani)
Sebab dhaiflah perkara bahasa dalam syurga dan kesakitan mati ini tidaklah jatuh hukum wajib kita mengimaninya sebagai aqidah, akan tetapi boleh diguna untuk meningkatkan amal sebab gerun sakit mati dan minat belajar ie Bahasa Arab.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Mnrik jgk ni |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
ini sy petik dari sumber al-ahkam!!! soalan bekenaan dgn sakit sewaktu sakaratulmaut...
Memang banyak hadith-hadith yang bertaraf dha'ef berkenaan dengan sakit pada masa sakaratul maut. Diantaranya adalah :
لمعالجة ملك الموت أشد من ألف ضربة بالسيف . ( ضعيف جدا ) _ 1604
"Malaikat maut melayan lebih dasyat dari 1,000 pukulan pedang" [Hadith #1604, di kelaskan oleh syiekh Nasyirudin al-Albani sebagai Sangat Lemah, al-Silsilah al-Dhaefah jld 4].
Walaubagaimanapun hakikat sakaratul maut adalah benar, sebagaimana firman Allah swt :-
وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيد "Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu): Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya! " [Surah Qaf : 19]
Menurut tafsir al- Alusi (Ruhul Ma'ani) dan tafsir Qurthubi bahawa ayat diatas ini membawa makna bahawa setiap orang yang hidup akan menghadapi sedikit kesakitan dan azab.
Sabda Nabi :
لَا إِلَه إِلَّا اللَّه إِنَّ لِلْمَوْتِ سَكَرَات "Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya terdapat sakarat didalam kematian" [dipetik dari Tafsir al-Qurthubi, 17/10].
Bagi mereka yang tidak beriman, apabila malaikat maut mencabut nyawa mereka, maka terasa kesakitannya. Firman Allah swt :-
وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ " Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratulmaut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri);" [surah al-An'am : 93].
Berkata Imam al-Qurthubi didalam menterjemah ayat "Keluarkanlah nyawa kamu " berkata :
رُوح الْمُؤْمِن تَنْشَط لِلْخُرُوجِ لِلِقَاءِ رَبّه , وَرُوح الْكَافِر تُنْتَزَع اِنْتِزَاعًا شَدِيدًا "sesungguhnya ruh orang Mukmin bersungguh-sungguh (aktif) hendak keluar berjumpa tuhannya. Ruh orang Kafir terseksa sangat apabila nyawa dicabut..." [Tafsir al-Qurthubi 7/29].
Ruh orang-orang Mukmin akan kurang sakitnya apabila mendengar khabar gembira yang di bawa oleh malaikat. Firman Allah swt :-
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. "(surah Fushilat :30)
Pada masa kematian, orang mukmin takut akan dunia lain yang menanti, dan sangat sedih meninggalkan orang-orang yang masih memerlukan mereka, akan tetapi malaikat memberitahu mereka agar jangan takut akan masa depan dan tidak bersedih meninggalkan mereka yang disayangi.
Begitulah keadaan manusia apabila tibanya sakaratul maut. Tiada siapa yang boleh lari darinya. Keimanan akan mengurangkan kesakitan pada masa kedatangan maut. Bagi mereka yang kufur, malaikat maut akan menyentap keluar rohnya, disebab keenggan ruh itu untuk keluar. Walaupun terdapat banyak hadith yang tidak bertaraf sahih berkenaan dengan sakaratul maut, ketahuilah bahawa perkara ini benar. Menurut al-Qurthubi rh. bahawa Allah swt menentukan samada dia ingin menurangkan azab ataupun tidak kepada sesiapa yang dia pilih. WA.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 AniSani's post
boleh dptkan dalam kitab ihya ulumuddin dan siras salikin slm bab mati...
byk hadis2 dhaif dan citer2 israeliyat di situ.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AniSani at 27-8-2007 01:29 PM
Saya yang bertanya di dalam thread ini , kalau pakcik ada jawapan , tolong jawabkan
Kalau pakcik ada kemusykilan lain , tolong buka thread lain
Saya harap soalan saya ini akan mencampahkan pe ...
ohhh tak leh tanya ke? ingatkan boleh tambah soalan. ni kena jawab jer yer?
Boleh dikatakan para-para Rasul yg disebutkan dlm al-quran hanya Nabi Muhammad saja yg saya berbahasa arab. Nabi Ibrahim berbahasa Kana'an, Nabi Musa mungkin berbahasa Mesir lama sebab dibesarkan dlm istana firaun, Nabi Isa berbahasa aramaic. Ramai pula Nabi-nabi bani israel berbahasa hebrew. Semua kitab-kitab pula, diturunkan mengikut bahasa yg dituturkan oleh rasul-rasul kitab-kitab berkenaan.
Tetapi kita ingat dalam hadith isra' mikraj bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bercakap dengan Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan beberapa lain. Dalam bahasa apa mereka bercakap? (ooopppsss... sori tertanya lagi). Mungkin dia org bercakap dlm bahasa arab kerana hadith tu dlm bahasa arab dan nabi pula tak komen pasal bahasa. Ini menunjukkan bahasa itu akan difahami semua org kerana para nabi lain tu tak berbahasa arab. Kemungkinan juga nanti ada bahasa akhirat yg tersendiri. Walau apa bahasa sekalipun yg akan digunakan, sudah tentunya ia akan ditutur oleh semua orang. |
|
|
|
|
|
|
|
tak kira la bahasa apa. tapi yang menjawab bukan kita tapi amalan2 kita kan? so dun wory abt bahasa. (if im not mistaken la) wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak. Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: "Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan. Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-
Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih
Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri (Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.")
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as, lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as ingin mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa Nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris, lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?" Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."
Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu. Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: "Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu. Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."
Wallahua'lam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 CEO-Cari's post
TQ for the info.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|