CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4431|Reply: 7

Anak-anak dan ancaman pengaruh negatif bahan bacaan lucah

[Copy link]
Post time 29-8-2007 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Anak leka 'ulang kaji' novel lucahOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALALUMPUR: Seorang bapa terkejut apabila 'buku' yang disangkakan novelsastera ketika memeriksa beg sekolah anak lelakinya adalah kompilasicerita lucah yang dibeli dengan wang saku.

Lelaki terbabit yanghanya mahu dikenali sebagai Yusoff, 44, berkata novel lucah bertajuk'Gelora Nafsu 2' itu ditemuinya dalam beg sekolah anaknya, pelajartingkatan tiga sebuah sekolah di Sentul, malam kelmarin.

Juruauditsebuah syarikat di Ampang itu berkata, pada mulanya dia menyangkaanaknya khusyuk mengulang kaji pelajaran dalam bilik sebelum tiba-tibaberminat untuk melihat lebih dekat.

"Tanpa disedarinya, sayamemantau dari belakang. Namun sebaik dihampiri, dia kelihatan cubamenyembunyikan sesuatu dalam beg sekolahnya.


"Tindakanitu menyebabkan saya mula rasa syak sebelum merampas dan memeriksa begitu. Saya terkejut apabila menemui sebuah novel lucah yang disorokdalam buku teks," katanya.

      
Menurutnya,dia kemudian meneliti kandungan novel lucah itu yang mengandungikompilasi enam cerita panas, antaranya 'Sumpah Gadis Sunti', `DiriDihantui Jin Belaan Bekas Kekasih', `Diri Menjadi Pemuas Wanita',`Melayar Nafsu Bersama Gadis Perantau' dan `Kerana Hati Binasa Badan'.

"Novelterbabit yang menyelitkan elemen percintaan cuba meracuni jiwa pembacaterutama pelajar dengan plot adegan seks keterlaluan.

"Initerbukti apabila dalam cerita bertajuk `Diri Dihantui Jin Belaan BekasKekasih', penulis menceritakan secara terperinci adegan ranjang untukmembuatkan pembaca berahi," katanya.

Yusoff berkata, anaknyamemberitahu novel terbabit dibeli dari sebuah kedai menjual suratkhabar dan majalah berhampiran Perhentian Bas Klang di sini.

"Dia beritahu novel berharga RM9.50 itu pernah dikeluarkan empat jilid dan menjadi kegilaan rakan-rakan sekolahnya.

"Justeru, saya menyiasat sendiri dakwaannya sebelum mendapati novel terbabit dijual secara terbuka di kedai itu," katanya.

Diayang kesal dengan tindakan pekedai itu membuat aduan kepada HarianMetro supaya perbuatan tidak bertanggungjawab itu didedahkan.

"Sayaberharap pihak berkuasa merampas novel terbabit selain mengambiltindakan terhadap penerbit yang cuba mengaut keuntungan hasil penjualanbuku tidak bermoral berkenaan," katanya.

Wartawan Harian Metroyang turut meneliti kandungan novel terbabit mendapati ia jelasketerlaluan selain menyelitkan babak mangsa diperkosa yang bolehmempengaruhi fikiran pembaca terutama remaja.

Selain itu novel 'Gelora Nafsu 3' yang turut diperoleh wartawan didapati mengandungi lima cerita pendek berunsur lucah.

Padakedua-dua buku lucah terbabit turut tertera nama editor dan ketuapengarang selain alamat syarikat di Taman OUG dan Taman Yarl di sini,menyertakan nombor telefon untuk dihubungi.

Penerbit juga cubamenarik perhatian pembeli dengan sengaja menulis pada bahagian belakangbuku 'jika helaian sudah dibelek demi dibaca, pasti kedua kelopak matatidak akan lena sehingga ke lembaran muka surat terakhirnya'.

Lambakanbacaan lucah di pasaran bukan isu baru berikutan Harian Metro pernahmendedahkan kewujudan majalah mini berunsur lucah yang turut dijualsecara berleluasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2007 01:27 PM | Show all posts
aduhai!

macam2 dugaan nak tempuh bagi anak2 remaja ye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 01:28 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

siapa kata Harian Metro ini tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat tempatan.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 01:35 PM | Show all posts
Toksah kan bhn bacaan, iklan kt TV pun melampau!! Iklan concert Gwen Stefani dgn aksi lucahnya, minyak lintah sensa oil lahhhhh... apa kebenda sumer tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2007 02:13 PM | Show all posts
bad influence ni kebanyakkannya datang dari kawan2.

So as parents, kita kena monitor siapa kawan2 anak2 kita.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2007 12:10 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

assalamualaikum.. hmm.. pendapat Shah, bebudak skg nih mudah terikut dgn kate kwn.. Shah percaye.. anak2 kite xkan dgn sendiri nyer wat bende2 bodo nih! tul tak? sume ni terikut2. nak tangani pon susah.. kene gune care yang baik utk bg diorg (anak2) tu berubah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2007 01:18 PM | Show all posts

Reply #5 macademia's post

bg diorang berkawan ngan yg sebaya....kalu anak baru 13 tp dok berkawan ngan budak umur 17-18 YO, bahaya skit kot sbb at that age diorang dah explored by benda....
Reply

Use magic Report

rimram This user has been deleted
Post time 30-8-2007 02:40 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

kalau ramai ayah mcm u..saya yakin byk masalah gejala sosial budakx muda dapat di cegah lebih awal..mak bapak skarang ni tau bagimakan dan manja je..tp x tahu nak didik anakx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.045093 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list