CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 13

Kenapa umat bercakaran?

[Copy link]
Post time 2-9-2007 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Kenapa umat bercakaran?Oleh: IBNU IDRIS


PERPECAHAN umat Islam timbul kerana perbezaan pendapat dan fahaman politik. Dan disebabkan perbezaan inilah juga sebahagian daripada ulama diheret sama dalam kancah ini.

Akibatnya, timbul pertentangan sesama kita, fitnah memfitnah di merata tempat.

Tokoh-tokoh agama, para ulama, para ustaz tanpa segan silu lagi dengan membelakangkan prinsip hidup Islam mengatakan orang ini tidak betul dan orang itu salah.

Dalam perhimpunan, majlis ceramah dan ilmu dimuatkan dengan ucapan-ucapan mengata orang itu dan orang ini serta fitnah memfitnah.

Tujuan pokok majlis ceramah dan ilmu itu sudah hilang, sudah menyimpang jauh. Ilmu agama yang hendak dibentangkan tidak wujud.

Perkara yang mahu diberitahu kepada orang ramai mengenai ilmu Allah s.w.t tidak dibentangkan, sebaliknya mengumpat, mengeji, mencerca dan mengaibkan orang lain ditimbulkan dan seolah-olah hal itu semacam dibolehkan oleh agama.

Mendedahkan 揳ib orang seolah- olah macam perkara biasa, apa lagi pendedahan itu dibuat di depan umum.
Dalam kuliah-kuliah agama pula, para penceramahnya tidak mengikut kitab yang ada di depan mereka. Kadang-kadang ceramah mereka terkeluar dari soal pokok.

Di kedai-kedai kopi, warung-warung di kaki lima, di tepi-tepi kedai dan di merata tempat, orang ramai duduk bersembang dan kita akan mendengar mereka bercakap tentang politik semasa.

Dalam sembang-sembang itu timbul berbagai-bagai hal yang tidak diizinkan oleh agama, iaitu mengumpat orang itu dan orang ini.

Orang biasa pun, yang berjualan roti canai, nasi lemak, surat khabar mampu untuk bercakap soal politik yang berbentuk 搈aki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 01:09 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

Ada dalam Surah Al-Mu'minun:

"Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu.Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa."
(Surah Al-Mu'minun 23:52~54)

Dan berselisih pendapat adalah sifat manusia.

Allah berfirman:

" Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah danberselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampaikepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yangdisuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian)semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri dan kalaulah tidakkerana telah terdahulu kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untukmenangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulahdijatuhkan hukuman azab dengan serta-merta kepada mereka dansesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agamakemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkanterhadap Kitab itu."
(Surah As-Syu'ara 42:14)

Dan Allah melarangnya:

Allah berfirman:

"Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya)."(Surah Al-An'aam 6:159)

Hanya Allah Yang Tahu

[ Last edited by  eastrun at 2-9-2007 01:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 02:42 PM | Show all posts

Salah Satu Sebab

Sebab tak baca sejarah. Jgn Marah aa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 2-9-2007 12:38 PM
Kenapa umat bercakaran?Oleh: IBNU IDRIS

PERPECAHAN umat Islam timbul kerana perbezaan pendapat dan fahaman politik.
Tetapi kenapa kita saling bercakaran? Masing-masing mahu menegakkan benang basah. Orang- orang yang tidak ada ilmu agama, yang tidak ada pengetahuan agama mahu jadi juara ulama? Suara mereka lebih lantang dari suara-suara ulama yang diiktiraf?

...


pada haku dalam percakaran umat Islam nih.........musuh2 Islam gak yg bertepuk tangan......krn selagi umat Islam tak bersatu, selagi itulah bantuan Allah tidak bersama mereka........tak heranlah umat Islam diserata dunia ditindas......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 11:46 PM | Show all posts
berbincang, berdebat, berbeza pendapat, and so on tak mengapa.............tapi jgn sampai menumpahkan darah seagama sebagaimana umat2 islam terdahulu. mrk bukan setakat berdebat, tetapi sampai mengangkat senjata utk memancung kepala orang islam yg tak sependapat dgn mrk. ini berlaku sejak zaman khalifah hinggalah ke hari ini. umat islam tak habis2 menumpahkan darah saudara seagama mrk. mrk hanya bersatu bila Nabi ada. bila Nabi wafat mulalah nak bunuh membunuh, balik ke zaman jahiliyah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 01:42 AM | Show all posts
Ini kerana kita mudah menghukum. Kita menghukum apabila ada sanggahan pada agama, kita labelkan dia sesat, syirik, dan sebagainya. Malah ada kita labelkan sebagai murtad. Kemudian mereka yang taksub ini, mengangkat pedang kerana darah orang yang murtad halal di bunuh..

ini bukan sifat kita sebagai seorang muslim...wallahuallam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 06:31 AM | Show all posts
Originally posted by zalliza1717 at 3-9-2007 01:42 AM
Ini kerana kita mudah menghukum. Kita menghukum apabila ada sanggahan pada agama, kita labelkan dia sesat, syirik, dan sebagainya. Malah ada kita labelkan sebagai murtad. Kemudian mereka yang tak ...


krn itu muslim yg mati disembelih oleh orang islam sendiri lebih ramai berbanding yg disembelih oleh yahudi. mrk lebih cepat menyelesaikan masalah dgn mata pedang krn yakin itulah tuntutan jihad yg sebenar-benarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 06:20 PM | Show all posts
dunia akhir zaman mmg sebegitu..apabila manusia cintakan dunia, pangkat, harta benda, anak2 yg ramai, ramai pengikut, timbul rasa bongkak, angkuh, riak, org lain semua salah dia sorang yg betul..mereka gembira melihat kesusahan org lain, suka menjatuhkan org, apabila harta2 hanya beredar di kalangan kaya..itulah hakikatnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by ninja boy at 3-9-2007 06:20 PM
dunia akhir zaman mmg sebegitu..apabila manusia cintakan dunia, pangkat, harta benda, anak2 yg ramai, ramai pengikut, timbul rasa bongkak, angkuh, riak, org lain semua salah dia sorang yg betul.. ...


sebelum akhir zaman pun dah ramai yg cintakan dunia & pangkat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 11:18 PM | Show all posts
sebab:

-merasakan diri berilmu dan orang lain jahil
-terlalu berkeras dalam menuntut orang lain ikut pegangan/kefahaman/pendapat mereka
-tidak boleh berunding - amalkan dasar kuku besi
-taksub
-jahil tetapi mengaku berilmu
-pentingkan keduniaan, harta pangkat kedudukan
-selalu berhujjah dengan niat nak menang dan tidak suka mengaku salah
-hati penuh dengan kebencian kepada orang lain
-suka besarkan perbezaan pendapat Ulama2
-tidak faham perbezaan fiqh
-tidak faham konsep ijtihad dan taqlid
-tidak banyak berzikir kepada Allah, tetapi suka cakap salah orang lain
-lupa kesalahan diri
-tidak mahu bermuhasabah
-tidak mengikut Sunnah Nabi tapi mengaku sebaliknya

Wallahu a'alm
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 12:12 AM | Show all posts
pape pun harap kite sume org islam bersatu kembali... b4 bala/bencana/malapetaka diturunkan bagi mengingati manusia yg leka... hopefully sempat bg kite membetulkan keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 08:48 AM | Show all posts
tu lah pasal, bila kena bencana sunami, banjir, ribut habis harta benda, pangkat darjat..masuk tv kecoh semalaysia, bantuan kerajaan + kemanusiaan lambatlah, minta itu inilah..bla..bla..bla..

bila hidup senang lupa diri, bila susah baru tau langit x sentiasa cerah..lupa hidup ini ibarat roda..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 03:37 AM | Show all posts
satu lagi kejayaan umat Islam hari ini............


25 maut serangan bom -- Isu politik, keselamatan di Pakistan makin kritikal

PAKAR pemusnah bom dari pasukan tentera Pakistan memeriksa sebuah bas yang musnah dalam dua letupan berasingan di Rawalpindi, berhampiran Islamabad, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

pada pendapat saya lah...
sekarang ni jawatan jadi rebutan
alim ulamak diketepikan
quran dan hadith bukan bahan rujukan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.357706 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list