CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6272|Reply: 4

Fistula Usus

[Copy link]
Post time 3-9-2007 12:58 PM | Show all posts |Read mode
My husband dah 3 tahun mengalami Fistula usus, dalam pada tu lebih kurang 5 kali pembendahan besar dan kecik yang dah dibuat kat bahagian perut dia. aku sebenarnya hairan macam mana dia boleh kena fistula usus ni.

Kes ni bermula pd pertengahan tahun 2004, masa tu  husband aku suspect appendix dn emergency di hantar ke hospital Kuantan. sampai sana dr. buat pembedahan appendix. lepas buat pembedahan tu mcm biasala tunggu luka pembedahan tu kering. lepas sebulan luka tu masih x kering, masih berair dan kena tampal. dalam masa tu memang makan berpantang dan minum pati ikan haruan supaya cepat kering lukanya. tapi masuk bulan kedua, masih juga x kering-kering.

Jadi, sebab  husband aku kena masuk kerja semula kat KL dia pergi ke PPUM refer di sana. Pakar di PPUM nengok dan buka balik luka pembedahan appendix untuk kesan apa masalah yg sebabkn luka tu x kering-kering. lepas dh buka dan tunggu luka tu sembuh hingga dh 6 bulan tetap mcm tu juga luka tu masih keluar air dan x kering. dalam masa yg sama 2-3 hari sekali berulang ke PPUM untuk cuci luka tersebut.

Sebab masih x sembuh2, pakar minta buat  lagi pembedahan kecik untuk nengok kat dalam dari mana punca luka tu x mahu kering. masih mcm tu juga x elok2. lebih kurang 3 kali pembedahan kecik 1 hari tu pakar cakap kena buat pembedahan besar sebab masih x dapat nengok punca luka tu masih berair. lepas buat pembedahan besar tu la, pakar sahkan yg husband aku kena penyakit 'fistula usus'

Pakar cakap luka appendix tu dah tertutup dan elok cuma timbul masalah bila satu kebocoran kecil kat usus tu melekat kat dinding perut yg menjadi 'track' atau laluan cecair dr usus keluar. Sebab tu luka kat perut tu x mahu kering. Jadi penyakit tu dipanggil 'Fistula Usus'. Lepas pembedahan tu pakar ckp akan sembuh sebab saluran tu dh ditutup jadi luka tu akan sembuh. Tapi malangngya luka  tetap berair sampai sekarang, dah 3 tahun perut suami aku bertampal. masalahnya bila luka tu kering, husband aku akan sakit pd bahagian parut luka tersebut, sebab air dr usus tu mcm tersekat dr mengalir keluar. terpaksa tebuk sikit bagi air tu keluar baru dia x rasa sakit.

Husband aku plak dh x nk refer kat hospital sebab asyik kena bedah, dia dh fobia sikit. Tapi klu x refer hospital pasal penyakit dia ni sampai bila nk biar perut tu bocor luar memang nampak luka kecik je, tapi dalam kita x tahu mcm mana rupa sebenar pemyakit tu...aku bimbang merebak jadi besar.Dijauhkan Allah S.W.T.

Pada Dr. dan sesaper yg ada pengalaman atau tau tentang penyakit ni, boleh la bagi pandangan mcm mana nk atasi penyakit Fistula Usus...yang baru aku tau wujud bila husband aku alami..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2007 01:44 PM | Show all posts

Reply #1 cimiau's post

pndgn aku..
try la mkn produk yg berasaskan alovera, yg jnis mkn n sapu.. (bukan nk berniaga)
sbb salu bc kt mag, alovera ni baik utk luka2..

lg satu, x ingt apa nama produk tu..tp berasakn alovera..
mkcik tu nk kena potong kaki, sbb luka dia x sembuh2..dia kncing manis..
lepas dia  amalkn mknan tu, luka dia smbuh, bawak g hspital, doktor kata x yah potong..

[ Last edited by  samilzdaf at 3-9-2007 01:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 07:59 AM | Show all posts
Kes macam ni dipanggil external intestinal fistula. Keadaan nya agak bahaya juga sebab boleh mengundang jangkitan kuman yg kemudian nya membawa kematian. Juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan (imbalance) electrolytes dlm badan kerana garam sodium, potassium, chloride akan keluar melalui fistula tu. Biasanya bhg usus yg ada fistula tu dipotong dan disambung semula, fistula tu juga akan dibuang. Kalau nak ikutkan cara pembedahan macam ni boleh menyelesaikan masalah suami you. Kita harap suami you dapat menjaga kebersihan lubang fistula tu supaya tak dijangkiti kuman. Sambil tu banyak minum 100 plus utk seimbangkan electrolytes.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 11:32 AM | Show all posts

Balas #3 zerozone\ catat

Ha ah memang betul, masa lepas pembedahan besar dulu pakar memang ada pesan supaya jaga luka tu jangan sampai dijangkiti kuman, in case kalau dia demam dalam masa seminggu lepas pembedahan kemungkinan besar luka tu dah dijangkiti kuman. Sekarang pun dia memang jaga 'womb' tu elok2. biasanya dia boleh rasa yg klu dia demam disebabkan jangkitan kat womb tersebut.

biasanya, perluke major surgery utk buang fistula ni?, sbb ngeri betul masa nengok jahitan major surgery yg first dulu. dari bawah pusat smpai ke pangkal perut. besar juga la....lepas dari surgery yg tu la, husband dh fobia nk operate lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 11:35 AM | Show all posts

Balas #2 samilzdaf\ catat

Terima kasih, aku sendiri pernah makan produk aloe vera gel yg dlm botol tu, tapi itu dh lama dulu, setakat ni brand apa yg masih aktif kat pasaran boleh la cuba nnti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.393834 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list