View: 1939|Reply: 16
|
Tarawih 20 rakaat & no tazkirah
[Copy link]
|
|
Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau dinegeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulanRamadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negerijuga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakantazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakatIslam.
Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islamtidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama adatazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.
揫b]Kita kena ingat siapakita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudahdikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam bacaayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak berimanfaat kepada kita.
揔ita tidak benarkan tazkirah ketikaTarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir,membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dansurau seluruh negeri di sini, semalam.
Hadir sama ialahPengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyatnegeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes AbdulWahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk MohammedKhusrin Munawi.
Tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.2juta untuk moreh dengan setiap masjid menerima RM1,000 dan surau,RM400. Ada 359 masjid dan lebih 1,800 surau di seluruh Selangor.
Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau danmasjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahmandi Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.
SultanSelangor baru-baru ini mengarahkan surau itu ditutup sementara apabilapenduduk mengadakan solat dua imam kerana tidak puas hati denganpelantikan ahli jawatankuasa baru surau. Bagaimanapun, ia diselesaikanselepas kumpulan bertelingkah itu, berkompromi.
Dr Mohamad Khirjuga menegur khatib yang tidak membuat persediaan sebelum menyampaikankhutbah Jumaat sehingga menyebabkan mereka selalu tersasul. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu....
bagus jugak..sekurang2 nyer leh tambah pahala... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju!!
sebabnya, ni la satu2nya bulan utk kita berterawih .. sedangkan tazkirah sepanjang tahun ... |
|
|
|
|
|
|
|
tazkirah tu bukan ibadat ker?
ker MB takut dengar tazkirah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 chebot81's post
tazkirah pun tambah pahala gak... |
|
|
|
|
|
|
|
揫size=5]Kita tidak benarkan tazkirahketikaTarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkanberzikir,membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjangRamadan," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dansurau seluruh negeri di sini, semalam
yg bercakap ni faham tak apa dia tazkirah...? adeehh... |
|
|
|
|
|
|
|
tazkirah tak leh. sama macam tak leh main mercun dan bunga api. takut terbakar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 ibnur's post
terbakar hati..... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum.Tidak salah kita berzikir sebanyak banyaknya lebih lebih lagi dalam bulan ramadan kerana ianya dituntut kepada kita semua.
Dalam surah Al Ahzab ayat 41 Allah berfirman:
"Wahai orang yang beriman ,Berzikirlah dengan menyebut nama2 Allah,zikir dengan sebanyak banyaknya."
Pembaca sekalian,kita harus berhati2 dengan fahaman wahabi kerana mereka ini sentiasa sakit hati dan benci apabila melihat orang Islam melakukan amalan2 sunat.Fahaman ini juga mensyirikkan orang yang berzikir dengan menyebut nama2 Allah.Tak percaya?
ini buktinya.
(credits to abu-syafiq.blogspot.com)
disini Wahhabi yg merupakan pembantu orieantalis dan yahudi menyatakan:
[size=130%]SESIAPA YANG BERZIKIR LA ILAHA ILLALAHU DAN BERSELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD, MAKA ORANG ITU DIANGGAP PEMBUAT BID'AH BAHKAN MENSYRIKKAN ALLAH :
pd mukasurat 25 :
Kenyataan kufur Wahhabi tersebut antara ertinya : zikir 1000 kali atau selawat keatas Nabi Muhammad 10000 kali ataupun lebih, ini semua merupakan bid'ah orang jahiliyyah dan demikian adalah zikir YANG SYIRIK KEPADA ALLAH.
apakah SYIRIK orang mengingati Allah ?Apakah dosa orang yang mengingati tuhannya sehinggakan mensyirikkan mereka?
Oleh itu kita perlulah berhati hati daripada fahaman ini kerana ianya mengajak kita lari dari ajaran Islam sebenar.
[ Last edited by sayangpakwahab at 4-9-2007 01:47 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 sayangpakwahab's post
so boleh ke tak boleh tazkirah? |
|
|
|
|
|
|
|
tak habis-habis ahbash mengkafirkan orang ..... |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa baik pakwahab translate kesemua mukasurat yg cakap arab tu. ni ambik potong sekerat kecik jer pastu buat rumusan. apa daaa... kasi rosak topik jer.
ni hafiz_alghumari ka pakwahab ni? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kena zikir 1,000 kali..?
kenapa kena zikir 10,000 kali..?
kalau zikir 1,000 kali sebab nak boleh terbang , kebal, dll.....
kalau zikir 10,000 kali sebab nak boleh berjalan atas air, jadi halinuman dll....
kalau zikir juta-juta kali sebab nak sesuatu yang Nabi tak ajar boleh ker..? |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah kerja moderator wahabi bila dah tak ada hujah.
Lihatlah dia telah memotong kredit pakwahab tanpa bukti yang kukuh.
Sama sahaja seperti AhkAm yang banned orang bila dah kalah hujah. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal jadi cam tu pak Ibnur.....????
Jangan salahgunakan kuasa sebg MODERATOR , tk baik .... |
|
|
|
|
|
|
|
Paksa tarawih 20 rakaat: Khir Toyo 'tidak reti' agama? |
Zaini Hashimi
Tue | Sep 04, 07 | 04:39:28 PM
| KALAU Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo, menyebut bahawa pada bulan Ramadan jangan terlalu banyak bercakap (kurang bercakap) atas sifatnya sebagai seorang doktor gigi, mungkin kita boleh terima, mungkin kerana kalau banyak bercakap di bulan Ramadan boleh menyebabkan kesakitan di gusi atau sebahagian gigi. (Kenyataan Khir disiarkan sebuah akhbar harian 3 September lalu).
|
Tetapi kalau beliau tetapkan solat Tarawih dengan 20 rakaat dan bukannya lapan rakaat atas sifatnya sebagai seorang bertaraf menteri besar, menunjukkan kekurangannya dalam ilmu agama, bahawa beliau kurang duduk dalam majlis-majlis tazkirah.
Ini kerana perkara sunat tidak boleh dipaksa atau ditentukan untuk buat lebih atau kurang, sebenarnya lapan pun tak apa dan 20 rakaat pun tak apa, yang tak bolehnya yang tidak buat langsung, itu pun masih boleh dipertikai, kerana solat Tarawih sifatnya sunat.
Sepatutnya Khir nasihatkan, mana-mana orang Islam yang kurang biasa datang ke surau sebelum bulan Ramadan, diharapkan dapat lakukan solat Isyak berjemaah dan kemudian tunggu sebentar kerana digalakkan buat sunat Tarawih, selepas daripada itu ada majlis tazkirah (penerangan) mengenai kelebihan solat Tarawih dan peranannya dalam menjadi Muslim sejati untuk mencapai matlamat berpuasa pada bulan Ramadan iaitu bertakwa kepada Allah seperti dalam ayat 183 surah al-Baqarah.
Bagaimana para jemaah yang tidak biasa dengan berjemaah nak faham kalau tidak ada penerangan melalui majlis tazkirah, kerana menurut satu kaedah yang ada dalam "Usul Fiqh", setiap amal ibadat yang dilakukan tanpa disandarkan atas dasar ilmu dan kefahaman yang mendalam mengenainya, maka amal ibadat itu akan ditolak di sisi Allah.
Pernahkah Dr Khir menganjurkan sendiri siri-siri penerangan mengenai perkara yang utama dalam Islam.
Tazkirah Ramadan amalan para ulama di bumi al-Azhar
Kalau Dr Khir berkesempatan ke bumi al-Azhar (Mesir) pada bulan Ramadan setelah melakukan umrah, 90 peratus masjid melakukan solat Tarawih lapan rakaat diselangi dengan tazkirah, atas alasan kerana umat Islam sering lalai hingga tidak datang ke masjid melainkan pada bulan Ramadan.
Tazkirah-tazkirah yang disampaikan amat menyentuh perasaan dan tanggungjawab untuk membangunkan jati Muslim yang sebenar kepada Allah SWT.
Begitu juga pada pengamatan penulis, bahawa tazkirah-tazkirah yang disampaikan di masjid-masjid atau surau-surau dalam negara kita tidak kurang hebatnya, kerana dipenuhi dengan peringatan, apa yang penting Dato' Seri duduk dan mendengar baru boleh buat penilaian, jangan hanya menerima laporan orang tertentu yang mempunyai banyak muslihat.
Orang yang tidak suka kepada tazkirah diancam oleh Allah dengan menjadikan hidup mereka dalam keadaan bahaya, dibutakan Allah pada hari akhirat, tidak dapat masuk syurga, sila lihat penjelasan Allah dalam teks Arabnya menerusi ayat 124-127 daripada surah Toha iaitu surah yang ke-20 dalam al-Quran bagi mewujudkan kesedaran dalam diri.
Perbanyakkan membaca al-Quran pada bulan Ramadan
Kita bersetuju cadangan Dr Khir agar umat Islam memperbanyakkan membaca al-Quran, tetapi tahukah beliau bahawa Allah SWT amat marah kepada orang Islam yang baca al-Quran tetapi cara hidupnya bukan berdasarkan sistem Islam, seperti sistem politik, ekonomi, kemasyarakatan, pendidikan, rumah tangga, persekitaran dan banyak lagi.
Peringatan Allah dalam al-Quran berbentuk perkara yang kadang-kadang menyeronokkan orang yang membaca, tidak kurang juga perkara yang menakutkan orang yang membaca, sebagai contoh, Allah sifatkan orang yang membaca al-Quran di kalangan orang Islam boleh bertukar menjadi orang kafir.
Apa makna kafir (iaitu golongan penentang kebenaran Allah)? Sedarkah Dato' Seri bahawa orang-orang Cina, India, Serani, Kadazan, Iban selalu dilabelkan sebagai kafir, sedangkan para ulama menyebut mereka adalah golongan bukan Islam kecuali benar-benar anti-Islam, tetapi ada di kalangan mereka tidak pernah tahupun mengenai Islam kerana kurang diadakan penerangan.
Kalau kita merujuk ayat 101 dan 102 menerusi surah ~Ali 'Imran, Allah berfirman yang bermaksud: "Bagaimana kamu boleh jadi kafir, sedangkan kamu selalu membaca al-Quran atau diperdengarkan al-Quran dan Rasulullah bersama-sama dengan kamu |
|
|
|
|
|
|
|
....bercakap (kurang bercakap) atas sifatnya sebagai seorang doktor gigi, mungkin kita boleh terima, mungkin kerana kalau banyak bercakap di bulan Ramadan boleh menyebabkan kesakitan di gusi atau sebahagian gigi.....
macam-macam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|