View: 4842|Reply: 17
|
Sarawak dalam sorotan kemerdekaan negara
[Copy link]
|
|
Sarawak dalam sorotan kemerdekaan negaraOleh Mohd Ayop Abd Razid
PADA 16 September ini, genap 44 tahun Sarawak dan Sabah menyertai Malaysia. Pada tarikh keramat itu jugalah terbentuk secara rasmi nama Malaysia, tetapi sejarah penjajahan British terhadap Sarawak bermula dengan kedatangan James Brooke yang mengasaskan Dinasti Brooke dari 1941 sehingga ia diserahkan kepada kerajaan British pada 1946.
Dinasti Brooke terkenal dengan gelaran 慠aja Putih |
|
|
|
|
|
|
|
info yg bagus.
ada yg aku baru tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak atasi komunis, konfrontasi
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar
Kejayaan merdeka bersama Semenanjung hasil usaha pejuang tempatan, polis
JIKA rakyat Tanah Melayu berjuang menentang British untuk mencapai kemerdekaan pada 1957, Sarawak pula tidak kurang dengan cabaran tersendiri apabila hasrat sebahagian besar rakyatnya untuk menyertai Tanah Melayu, yang akhirnya terbentuk nama Malaysia, mendapat tentangan bukan saja dari dalam, malah luar negeri itu.
Keadaan bertambah buruk apabila Sarawak menyertai Tanah Melayu, Sabah dan Singapura bagi membentuk Malaysia pada 16 September 1963, berikutan ancaman dari Indonesia semakin bertambah menerusi gerakan konfrontasi 慓anyang Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
very informative.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Jejak: Pelombong emas Cina tentang penjajah asing
Oleh Nasron Sira Rahim ([email protected])
Bangunan British musnah dibakar, lima penduduk Eropah termasuk seorang pegawai disangka Brooke dibunuh
PENENTANGAN terhadap penjajah di Sarawak tidak saja dipelopori penduduk tempatan dan Bumiputera tetapi sekumpulan pelombong emas Cina di Bau iaitu sebuah daerah yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuching.
Cerita penentangan itu bermula pada 18 Februari 1857 iaitu 24 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina:
Liu Shanbang berdiri memandang kira-kira 600 pelombong Cina yang berjaya dikumpulnya di hadapan kuil lama 慣ian Sze Lung Kiung |
|
|
|
|
|
|
|
Ingati detik keramat 16 September
Oleh SAYED HESHAM IDRIS (Wartawan Utusan)
Hari ini berlangsung sambutan perayaan 慚alaysia Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
benarkah sidak cina pelombong emas menentang penjajahan atau.... sidaknya sik puas hati kerana candu yang sidaknya seludup sicukai oleh J.Brooke??
Menurut ada beberapa buku yang saya baca, pelombong emas ini kerana kerja kuat mereka amat perlukan candu sebagai 'painkiller' maka mereka bawa masuk candu..
J.Brooke kenakan cukai, mereka tak puashati... maka mereka menentang... |
|
|
|
|
|
|
|
mod,sila berik kedit kpd mek urang suma atas sumbangan amal bakti info2 tok
|
|
|
|
|
|
|
|
muskel la... kenapa setiap kali Sejarah Sarawak diwar2kan, hanya bermula dari pemerintahan Brooke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mo-mo at 12-9-2007 09:08 AM
benarkah sidak cina pelombong emas menentang penjajahan atau.... sidaknya sik puas hati kerana candu yang sidaknya seludup sicukai oleh J.Brooke??
Menurut ada beberapa buku yang saya baca, pel ...
aokk ho? sidak tok mun diat dari segi luarannya nang kedak ya ...jarang nak nemu sidak mena mena menentanng kerna negara semuanya kerna nok yo.... nok berego... |
|
|
|
|
|
|
|
Suruhanjaya Cobbold bawa penyatuan
Oleh Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud
APABILA membicarakan mengenai kemerdekaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia, peranan Suruhanjaya Cobbold amat besar sekali.
Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 17 Januari 1962 atas cadangan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang bertanggungjawab untuk meninjau pendapat penduduk di kedua-dua negeri itu mengenai gagasan Malaysia serta membuat perakuan bentuk negara Malaysia.
Berasaskan laporan dan cadangan suruhanjaya ini, Kerajaan British bersetuju membebaskan Sarawak dan Sabah daripada belenggu penjajahannya dan menyertai Malaysia. Sempena ulang tahun ke-44 penubuhan Malaysia Ahad ini, elok juga ditinjau semula peranan Suruhanjaya Cobbold dalam merealisasikan impian penduduk di Sarawak dan Sabah untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain dalam sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Sesungguhnya, kerajaan penjajah British tidak pernah merancang melepaskan kekuasaannya ke atas Sabah dan Sarawak pada 1963. Apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membisik kepada Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara, Sir Malcolm MacDonald, pada 1958 mengenai hasratnya menggabungkan tanah jajahan British di Borneo dengan Persekutuan Tanah Melayu, cadangan itu ditolak.
Penolakan itu, atas alasan tanah jajahan berkenaan masih mundur dan belum layak dimerdekakan. Sebagai seorang pejuang kemerdekaan, Tunku mahu melihat bukan saja Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, malah juga Brunei, Sabah dan Sarawak.
Kerajaan British pula mendesak Tunku supaya menerima percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku bersetuju menerima Singapura dengan syarat Brunei, Sabah dan Sarawak juga dibawa bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Jika Singapura saja bercantum dengan Persekutuan Tanah Melayu, tegas Tunku, maka kedudukan orang Melayu di Tanah Melayu akan terancam dari segi bilangan penduduk. Singapura mempunyai 80 peratus penduduk bukan Melayu.
Kerajaan British tidak mempunyai pilihan. Demi menyelamatkan kepentingannya di Singapura, cadangan Tunku terpaksa diterima. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan hasratnya menubuhkan Melayu Raya menggabungkan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 26 Jun 1961 Tunku mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri Britain ketika itu, Harold MacMillan mengenai gagasan Malaysia secara rasmi. Dalam jawapannya, MacMillan menganggap cadangan Tunku sebagai membina.
Pada Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada penduduk di Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa ini dipengerusikan Donald Stephens.
Jawatankuasa ini mencadangkan penubuhan suruhanjaya dan ini dipersetujui Kerajaan British. Pada 17 Januari 1962, suruhanjaya itu yang dipengerusikan Lord Cobbold, bekas Gabenor Bank England, ditubuhkan.
Ahlinya terdiri daripada Datuk Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie (kini Tun, bekas Menteri) yang dilantik Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston yang mewakili kerajaan British. Setiausaha Suruhanjaya ialah J H Harris.
Oleh kerana Lord Cobbld mengetuai suruhanjaya itu, maka ia dikenali Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Cobbold memulakan tugasnya pada 20 Februari sehinggalah pertengahan April 1962 dengan menemui lebih 4,000 orang serta menerima kira-kira 1,600 memorandum daripada orang perseorangan dan persatuan politik, agama kemasyarakatan dan kesatuan sekerja.
Dalam laporannya, Suruhanjaya menyatakan kira-kira 80 peratus penduduk di Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Kebanyakan yang menyokong terdiri daripada golongan Bumiputera, manakala 20 peratus, kebanyakannya bukan Bumiputera menentang rancangan Malaysia. Ada parti politik yang menyokong dan ada yang menentang.
Suruhanjaya itu menganggap bahawa nama Malaysia sebagai nama sesuai sekali bagi negara yang hendak ditubuhkan itu. Dalam soal penghijrahan, suruhanjaya bersetuju kerajaan Sabah dan Sarawak akan mempunyai kuasa untuk menentukan kemasukan orang luar.
Dalam beberapa aspek, ahli suruhanjaya berbeza pendapat. Dalam soal agama, ahli suruhanjaya yang dilantik oleh Kerajaan British bersetuju supaya soal agama diputuskan Majlis Mesyuarat Undangan Sarawak dan Sabah.
Ahli Suruhanjaya dari Persekutuan Tanah Melayu berasakan bahawa pengiktirafan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia adalah penting bagi keseluruhan Malaysia dengan jaminan bahawa kebebasan diberi kepada penganut agama lain.
Dalam soal bahasa rasmi, ahli dari Tanah Melayu mencadangkan supaya bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi hendaklah dihadkan penggunaannya kepada beberapa tahun yang tertentu.
Ahli suruhanjaya juga berbeza pendapat mengenai tarikh penubuhan Malaysia. Ahli dari Britain mencadangkan supaya masa diperlukan untuk penubuhan Malaysia hendaklah lebih kurang lima tahun, manakala ahli dari Tanah Melayu mencadangkan masa yang diperlukan ialah setahun saja.
Laporan itu dikemukakan kepada Kerajaan Britain dan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi pada Jun 1962. Sebelum itu, Tunku Abdul Rahman mengingatkan Lord Cobbold bahawa sekiranya Kerajaan Tanah Melayu tidak menerima laporan suruhanjaya, maka Britain boleh terus menguasai Singapura, Sabah dan Sarawak.
Pada 1 Ogos 1962, Kerajaan Britain dan Persekutuan Tanah Melayu menyatakan bahawa hampir semua cadangan Suruhanjaya Cobbold diterima dengan sebulat suara. Mereka juga menyatakan persetujuan menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963 bersamaan dengan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Sungguhpun gagasan Malaysia mendapat sokongan majoriti penduduk di Sabah dan Sarawak, Filipina dan Indonesia memilih untuk tidak mengiktirafnya. Tentangan terhadap penubuhan Malaysia oleh kedua-dua negara jiran ini semakin lantang selepas berlakunya kebangkitan di Brunei pada Disember 1962.
Bagi mengelak konflik antara Tanah Melayu dengan Filipina dan Indonesia, satu sidang kemuncak diadakan di Manila pada Jun 1963 bagi menyelesaikan pertikaian itu. Mereka bersetuju meminta Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau wakilnya meninjau semula mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia.
Bagi memberi laluan kepada tinjauan itu, penubuhan Malaysia yang dirancang pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditangguhkan kerana Setiausaha Agung PBB tidak dapat menyiapkan laporannya sebelum 31 Ogos 1963.
Berikutan dengan pengesahan oleh perwakilan Setiausaha Agung PBB mengenai kemahuan rakyat di Sabah dan Sarawak seperti ditunjukkan menerusi laporan Suruhanjaya Cobbold, pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan penubuhannya secara rasmi.
Pemilihan penduduk di Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia adalah tepat. Kemerdekaan membawa kemajuan pesat kepada kedua-dua negeri itu dalam semua bidang.
Atas nikmat itu, jasa dan perjuangan Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Datu Mustapha, Tun Temenggong Jugah, Tun Ghazali Shafie, Tun Abdul Rahman Yaakob serta pemimpin dan penyokong yang tidak 慴ernama |
|
|
|
|
|
|
|
Hamdan sekat komunis
KUCHING: Esok genap 44 tahun Sarawak dan Sabah merdeka menerusi Malaysia, tetapi tidak ramai tahu mengenai ancaman yang diterima sehingga Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terpaksa mengumumkan pembentukan Malaysia lewat dua minggu daripada tarikh ulang tahun kemerdekaan.
Sarawak menerima ancaman hebat daripada Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) iaitu sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) yang paling berpengaruh ketika itu.
“Sarawak dengan kerjasama polis terpaksa melancarkan perang psikologi untuk memenangi hati dan jiwa anggota komunis kerana ancaman mereka menjejaskan pembangunan meskipun selepas Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia” kata Tan Sri Hamdan Sirat, 87, anak tempatan pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak selepas merdeka.
Ancaman komunis semakin meningkat ketika Hamdan menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis pada 1969 kerana pertubuhan sulit komunis (CCO) dapat mempengaruhi kebanyakan ketua Cina dan taukeh balak di bandar Sibu.
“Ini menyebabkan kerajaan menubuhkan Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang (Rascom) membabitkan pentadbiran awam, polis dan tentera pada 1972 bagi mengekang ancaman komunis,” katanya.
Selepas penubuhan Rascom, kerajaan berjaya mengurangkan tekanan komunis di kawasan bandar menyebabkan mereka melarikan diri ke hutan bagi mengelak ditangkap.
“Komunis di Bahagian Simanggang pimpinan Bong Kee Chok semakin lemah, sehinggakan Bong menghantar surat untuk menerima tawaran menyerah diri kepada Ketua Menteri ketika itu, Tun Rahman Yaakub,” katanya.
Hamdan berkata, Sarawak menghadapi tahap paling kritikal pada tahun selepas merdeka mulai 1963 hingga 1973 kerana berdepan gerakan konfrontasi dan komunis, menyebabkan pembangunan tidak dapat berjalan lancar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Nape?Tak caye? at 13-9-2007 05:18 PM
aokk ho? sidak tok mun diat dari segi luarannya nang kedak ya ...jarang nak nemu sidak mena mena menentanng kerna negara semuanya kerna nok yo.... nok berego...
sik paham apa nak disokong nape tok
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamdan hapus Paraku di Sarawak
Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar
Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak saksi penyerahan diri ketua komunis, ahli
SEBELUM mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada 16 September 1963, Sarawak berdepan keadaan getir iaitu ancaman konfrontasi dari luar negara, manakala dalam negeri pihak komunis berusaha mempengaruhi orang ramai sehingga menjejaskan keadaan keselamatan.
Tetapi ada satu perkara yang menarik berlaku apabila Ketua Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku) iaitu gerakan komunis paling berpengaruh di Sarawak ketika itu, Bong Kee Chok tiba-tiba keluar daripada persembunyian di hutan dan berkeliaran di pekan Simanggang (kini Sri Aman). Paraku adalah sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU).
Perkara ini diceritakan oleh bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Tan Sri Hamdan Sirat, 87, yang dapat melihat dan merasai sendiri zaman kesengsaraan ketika konfrontasi Malaysia-Indonesia; ancaman bersenjata komunis; pergolakan politik yang berakhir dengan pembangunan berterusan sehingga kini dinikmati semua.
Sebagai orang nombor satu dalam pasukan polis di Sarawak (1969-1978), Hamdan sudah tentu menjadi sasaran komunis tetapi akhirnya beliau turut memainkan peranan melemah dan seterusnya menghapuskan saki baki komunis di Bumi Kenyalang.
Hamdan berkata, komunis di Bahagian Simanggang yang dipimpin Bong Kee Chok semakin lemah, sehinggakan ketua Paraku itu sendiri menghantar surat menerima tawaran menyerah diri kepada Ketua Menteri ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakub (kini Tun dan bekas Yang Dipertua Negeri).
揂nehnya, belum pun kandungan surat itu dibincangkan dalam mesyuarat yang turut saya hadiri, pada 20 Oktober 1973, Bong bersama dua pengawal peribadinya keluar ke pekan Simanggang bertemu polis untuk meminta berjumpa sendiri dengan Tun Rahman. Ketika itu, Tun Abdul Rahman berada di Kuala Lumpur, |
|
|
|
|
|
|
|
pjg eh..penat mok baca.. klak2 la baca nyeh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|