|
Aku diapproach & dioffer peluang jadi jutawan (Merchantile Point (MPSB))
[Copy link]
|
|
Reply #60 kabukiman's post
skrg downline melawat penganjur di penjara......... mrk masih mharap dpt balik duit. |
|
|
|
|
|
|
|
kasihan sape yg masuk....
bench mark aku kat Warren Buffett ( Berkshire Hathaway ) jea...pelabur paling famous n kaya ( no 2 ) kat dunia pun just boleh bagi 22% yearly, tu pun tak tetap ( pernah negative) dan ambil masa berpuluh tahun...
ni kan pula yg jual lembu la, sewa kereta la, jual siramik la boleh bagi fix sampai 10% SEBULAN LAK TU.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #64 tobby\ catat
rasa ada satu thread kat sini kan...
kalau betul2 nak melabur emas ni....melalui bank yg sah tak tipu org pun byk...
nak yg secara fisikal dan virtual cam maybank n public pun ade... |
|
|
|
|
|
|
|
Dua didakwa ubah wang haram RM32.5j
KUALA LUMPUR 15 Jan.- Dua pengarah sebuah syarikat pelaburan skim cepat kaya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas 11 dan 18 pertuduhan mengguna, memindahkan dan memiliki wang hasil aktiviti haram sebanyak RM32.5 juta sepanjang 2007 dan 2008.
Rusdie Ganning, 48, dan Hariyah Yaacob, 51, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.
Mengikut 10 pertuduhan pertama, Rusdie dan Hariyah yang merupakan Pengarah Mercantile Point Sdn. Bhd. didakwa menggunakan wang hasil aktiviti haram sebanyak RM10,502,586.57 untuk membeli dua kereta mewah dan 216 lot tanah.
Mereka juga didakwa memindahkan dan memiliki wang hasil aktiviti haram sebanyak RM20,808,777.80 antara 16 Ogos 2007 dan 30 April 2008.
Sementara Hariyah juga didakwa atas enam lagi pertuduhan menggunakan wang hasil aktiviti haram sebanyak RM832,533.20 untuk membayar deposit dan bayaran pinjaman lima kereta mewah dan membeli sebidang tanah.
Selain itu, dia juga didakwa atas dua tuduhan memiliki RM691,258.56 dalam dua akaun di Malayan Banking Berhad dan CIMB Bank Berhad antara 2 dan 30 April 2008.
Sementara Rusdie pula didakwa memiliki wang hasil aktiviti haram sebanyak RM121,817,20. dalam akaun CIMB Islamic Bank Berhad pada 30 April 2008.
Bagi setiap pertuduhan, kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggunaan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Peguam bela yang mewakili Rusdie dan Hariyah, Datuk Salehuddin Saidin memaklumkan bahawa kedua-dua anak guamnya juga menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 di mahkamah yang sama.
Sehubungan itu, beliau memohon agar kedua-dua kes itu dibicarakan bersama kerana pertuduhan sebelum ini merupakan kesalahan asal manakala pertuduhan hari ini merupakan lanjutan daripadanya.
Salehuddin juga memohon agar mahkamah mengekal dan mengguna pakai jumlah jaminan RM100,000 yang diputuskan bagi kes terdahulu untuk pertuduhan hari ini.
Rozana membenarkan kedua-dua permohonan itu selepas tiada bantahan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Husin.
Kedua-dua kes itu akan dibicarakan bermula 20 Julai depan.
Pada 12 November lalu, Rusdie dan Hariyah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen yang sama atas tuduhan menerima deposit kira-kira RM172 juta daripada para pelabur tanpa memiliki lesen yang sah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rusdie Ganning, satu2nya penganjur skim cepat kaya yg diberikan peluang mempromosi skim cepat kaya di buletin utama TV3. dah kena tangkap TV3 tak nak pulak buat liputan di buletin utama. |
|
|
|
|
|
|
|
RM32.5j duit orang melayu lesap mcm tu jer. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|